Surprise!

Bukan bukan.
Ni bukan cerita surprise semalam.
Ni cerita surprise dua minggu lepas punya.
Cerita surprise semalam lagi dua minggu kang baru aku update.
-______-

Lately memang a bit out of focus.
Bukan setakat blog tidak ku kesahkan.
Baju di ampaian juga tidak kukesahkan. *tetiba*

Actually aku tengah under medication sekarang.
Dan ubat yang aku consume tu agak kuat, sehinggakan buat aku lemah sepanjang hari.
Rasa nak tidurrrrr je. Tengok spongebob pun taknak. ;D

So tu lah. Apa topik kita mula-mula tadi?
-______-

Oh pasal seprais tu kan.
Dua minggu lepas aku ada pergi office Daddy.
Saje nak surprise dia.

Masa aku study kat Uitm dulu, banyak kali aku terjah office Daddy.
Uitm dengan Unisel kan sebelah-sebelah je.
So kengkadang saje datang nak tumpang tidur kahkah.

Tapi aku suka bila tengok Daddy yang tengah kerut-kerut dahi buat kerja,
tetiba terkejut dan terus tersenyum lebarrr bila tengok aku di muka pintu office nya.
Pastu terus ajak aku lepak kat McD. ;D
Takpon just borak-borak dalam office sambil perabih stok biskut dan kopi Daddy.

Kat Mama pon aku selalu buat benda yang sama.
Tapi itu dulu lah. Sebelum kawen.

Aku rindu sangat saat-saat macam tu.
Aku rindu bila ada satu perasaan yang wujud bila kita tahu parents kita HAPPY pandang wajah kita.
Walaupon parents memang selalu happy bila memandang wajah anaknya kan.
Anak je kengkadang tak happy pandang wajah parents. ;D

But it's amazing bila benda sekecik itu (a suprise visit), yang tak perlukan modal wang ringgit,
cuma perlukan sedikit effort, boleh mengubah seluruh hari orang yang kita sayang.
Cuma dengan membawa sedikit senyuman diwajahnya.
Hamboih.

Aku memang suka surprise dan aku suka buat surprise.
Surprise tu tak semestinya kena tunggu birthday atau anniversary atau special occasion sahaja.
In fact bagi aku, surprise pada hari-hari biasa adalah lebih best.

Dan surprise yang effective (kahkah) adalah bila perkara itu langsung tak disangka. 
Sebab tu bagi aku, tarikh-tarikh istimewa adalah kurang effective sebab orang dah tahu,
bahawa tarikh tersebut pasti akan ada "apa-apa".
Boring -..-

Aku nak share dua cara surprise yang effective yang aku selalu buat untuk orang-orang yang aku sayang.
Satu, surprise visit.
Cuba korang visit orang-orang tersayang secara random atau pada hari-hari yang rare macam weekdays contohnya.
Tak semestinya kat office. Mak bapak kat kampung ke. Adik beradik kat hostel ke.
Kawan-kawan yang dah lama korang tak visit ke.
Percayalah, pasti diorang akan tersenyummmm terbawak-bawak sampai ke tidur.
=)

Dua, kalau jauh atau susah nak visit,
send them a random card, hadiah, parcel, food, atau apa-apa sahaja.
Aku selalu bagi kad mengarut-ngarut kat hubby.
Just to make him smile masa tengah-tengah stress kerja.
Tengah hentak-hentak meja stress kerja, tetiba eh dapat kad.
Kad pulak dari istewi tercehinta.
Sure happy.

And make sure dalam kad tu korang tulis something yang can make him happy lah.
Setakat kad tulis,
"I love u sayang. I cinta u sampai mati tau."

Ok. Pergi berambus. *sambung hentak meja*
;D

Buat kad yang happy-happy, yang mengarut-ngarut, yang kelakar.
Macam,
"Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama dengan abang berlari,
 Kalau dah tetek dan perut dah tak selari,
Jangankan berlari, mengengsot pon jangan mimpi."
;D

Tapi kalau laki korang jenis kuat sentap, jangan lah k.
Kalau macam kitorang, kutuk-mengutuk tu memang penyeri rumahtangga. Kahkah.

Selain kad, korang boleh juga bagi hadiah dalam bentuk parcel.
Aku selalu shopping online untuk orang-orang yang aku sayang.
Macam baru-baru ni masa visit kakak ipar aku baru lepas beranak,
aku terdengar dia cakap dengan laki dia.
Dia nak beli nursing bra dan nursing pad yang washable tu.
Pastu dia nak buat stok breastmilk, nak simpan dalam storage bags.
Kebetulan aku memang berpengalaman bab itu kahkah.
Aku tahu kat mana nak beli benda-benda tu dengan harga yang murah.
So terus aku belikan (online) dan deliver terus ke rumah mak.
The next day, bila dia receive, dia call aku and I can feel dia punya excitement.
Hmmm..that feeling bila kita buat orang lain happy kan.
Totally worth the money and effort. =)


Ok habis mukaddimah. -..-
Ni gambar-gambar masa buat surprise visit kat office Daddy dua minggu lepaih.

Tengok dia punya senyummmmm. :D

Ye. Saya Prop Muhayap. Ada apa masuk opis saya? Nak sain? ;D




So pergi.
Pergi make some good surprises to your loved ones.
Even a simple tiny thing yang boleh buat diorang tersenyum.
Dan dalam tak sedar, actually we make ourselves happy too by making others happy.

Good luck!
=)

12 comments:

Prince Duyong said...

suka part prof muhayap tu ... ;)

Mama Safiy Arfan said...

huntung daddy ada ank mcm sis :-)

MaMa MuRsYiD said...

hahahahahah

dayana sukeri said...

Hhahaha..lawak gle pantun tu...rasa nak pinjam..boleh kannnn???hahaha..

Teacher Basariah said...

serius pantun tu mmg lawak..tangkap nangis..huhu (T T)

The Hilmans said...

Bab pantun tu mmg boleh bawak sentap.. tapi hilang stress la kejap kan. Senyum sorang2...

The Hilmans said...

Bab pantun tu mmg boleh bawak sentap.. tapi hilang stress la kejap kan. Senyum sorang2...

Naemah Umi said...

Suka suka suka sgt ngan entry ni 👍👍👏👏

Cik Asma BLuppy said...

comell je buat suprise mcm ni. i like!

Yatt Suhadi said...

sy pown suka wat seperais...
masa first anyversary sy pown wat seperais utk hubby... last2 sy kna tumbuk...bepino bijik mate...sbb hubby ingat st pencuri... hikhikhikhik... tp sy ttp xserik n suka wat seperais...terus kn berseperais.....

cinet said...

halop prop muhayap! mlm ni ade ceramah kt mane nak juin ;P

CintaKhadijah said...

baca entry ni terus rasa macam stalk prof sdirik. thihi