31st Birthday, 4th Anniversary, Father's Day Surprise!

Ni entry yang agak basi.
Bulan lepas punya cerita.
Diibaratkan seperti roti gardenia yang dibiarkan selama sebulan,
nescaya dah bercendawan butang dah.
Dah boleh petik buat pasta bolognese.
-___-

Tapi takpe.
Basi-basi pun masih berguna dikala tiada modal nak update blog. ;D

Setiap tahun, bulan Jun ialah bulan paling busy untuk aku.
12th June - Wedding Anniversary
3rd Sunday of June - Father's Day
21st June - Hubby's Birthday

Juga dikenali sebagai bulan paling manja untuk hubby.
Ham. Boih.

So saban tahun memang aku akan buat persiapan untuk bulan jun.
Tak kisah la kecil-kecilan, mahupun besar-besaran, mahupun sederhana-sederhanaan. -..-

Dari bulan Januari aku kumpul ongkos pelan-pelannn. Demi meraikan suami tercehenta.
Tak salah kot setahun sekali melabur untuk orang yang kita sayang.
Dengan niat, harapan dan ingatan tulus ikhlas agar suami tak kawen lain. Kahkah.
Alahai bang..bukan taknak bagi.
Cuma ustaz kata kalau nak kawen lagi, kena hadiahkan bini BMW X6 at least.
Ustaz la kata. Ustaz mana tak pasti pulak bahahaha.

So 12 Jun lepas, aku ada la buat small surprise untuk hubby.
Tu sekali rangkum la tu 3 celebrations - anniversary, father's day, dan birthday.
Eh kuasa pulak saya nak buat asing-asing khonn. -..-

 12 Jun tu hari Khamis.
Sengaja pilih weekdays supaya kang time hubby pergi keroje,
hah time tu la kita pulun pasang lapik meja, pasang lampu raya apa semua.
Susah ok nak set up sengsorang dengan si kenit Haikal tu.
Dia punya banyak mulutttt. Haih.

"Mama buat apa tu?"

"Mama nak buat surprise untuk papa."

"Ooo buat surprise. Kenapa nak buat surprise?"

"Birthday papa, sayang.."

"Ooo birthday papa.. Cake ni untuk papa ke?"

"Iyee.."

"Untuk Haikal?" 

-________-"

"Ermm..mama, mama buat apa tu?"


Derrrrrr........?
Boleh tak pergi layan upin ipin kejap sementara mama nak setelkan benda ni?

-_____-

Nasib baik sempat jugak la set up dan semuanya berjalan seperti yang dirancang.
Fuh alhamdulillah.
Peluh-peluh keti aiyolls nervous you knoww.

So hubby balik je dari keroje,
terus aku lancarkan surprise tersebut.
Dan Alhamdulillah reaksi yang memberangsangkan diterima dari hubby kahkah.

Nak tahu camane reaksi dia?
Sila tonton video di bawah.

Amboi.



Actually masa kitorang celebrate ni adalah sehari sebelum aku keguguran. T__T
Nasib sempat bersuka ria sebelum berduka.
Sebab aku dah plan lama.
Kalau tak terlaksana, mungkin agak tekilan.

Tapi rancangan Allah memang terbaik.
 Ada rezeki dan sempat menggembirakan suami dahulu, sebelum terbuat dia kecewa dengan berita keguguran yang menyusul kemudiannya. Huhu.
Takpelah. Kitorang pon dah redha soal itu.

Bang, raya kang kita work out lebih sikit la.
Kata nak anak kembar. ;D


Buat suami tercehenta,
Happy 31st Birthday,
Happy 4th Anniversary,
Happy Father's Day.

Mama saaaaayang papa.
Mama tak mintak banyak, X6 sebijik pun jadi la.
;D

15 comments:

Baiduri said...

Wow...awesome!!!

Allene said...

betul.. sometime kita mmg kena bg suprise kat husband... br harmoni... >_<

nabila zaremi said...

Hukhukhuk..dah kenapa ternangis pulak tengok video tu..sebak..over terharu..

cinet said...

xdpt tgk video sbb internet kalah siput sedut...

Yatt Suhadi said...

tacing kite tgk vid tue... huhuhu
=)

idzwa kamaruddin said...

comeyyy :)

amirah said...

comel gila video especially part haikal enterprem merata-rata. hehe. semoga hubungan kalian sentiasa dirahmati Allah swt. Aminn. :)

Naemah Umi said...

alaaa tenet slow la plak, tak dpt nak tgk huhuhu

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak, salam ramadhan.. takpe, ada rezeki lain in shaa Allah. dont give up! heee pandai set up suprised! nice kak~~~

Siti Sharini said...

alamak..nak kena wat seperais untuk hubby jugak mcm nih.. :D

Amal Salleh said...

homeeeyyyyy !!!

Cemburu Closet said...

Adehlaaa tak leh tahan ayat mari kita tua dan kedut bersama. Bahahahaha

Sheila Salim said...

nangis sheila tgok video ni.. teringat suami dan anak kt rumah pengasuh tu. mohon share video boleh???

mrs.ecam said...

aaa jiji pesal aku plk yg sebak tngk vid ni...terasa cam ko buatkn seperise tuk aku plak..ehek...pnjm idea boleyy...hikhik....

Nurul Atiqah Baharuddin said...

comeeeyyyy :D