Felixia Yeap, just let them talk.

Aku jarang cerita pasal orang lain (selain keluarga) dalam blog ni.
Tapi tak tahu kenapa, pasal Felixia Yeap ni tetiba aku rasa macam terpanggil.

Aku betul-betul tak faham kenapa ramai sangat yang dengki dan tak puas hati dengan amoi ni nak masuk islam.
Ok sebab dia kecoh.
Pakai tudung pun nak kecoh.
Pergi masjid pun kecoh.
Nak masuk islam pun kecoh.
Mimpi nama Rania pun kecoh.
Kan?

HELLO ITU KAN BENDA BARU UNTUK DIA. 
Teruja.
Normal lah.

Kalau awak, suatu perkara baru berlaku dalam hidup.
Sambut bayi pertama, contohnya.
Pun awak akan kecoh satu dunia kan.
Mengandung kecoh.
Beli barang baby kecoh.
Masuk labour room kecoh.
Dah beranak kecoh.
Anak mula merangkak kecoh.
Kecoh sampai ke sudah.

Hello. Orang lain pun ada anak juga.
-____-

Same situation dengan Felixia Yeap ni.

 Bila aku tengok ada sesetengah pihak yang terlalu negatif, aku macam...
Why laaaaaa kau tak suka orang tu nak masuk islam???

Actually aku semacam faham apa sedang dia lalui.
Sebab aku pun dibesarkan oleh seorang muallaf.

Mama aku yang dulunya bernama Corazon Lucero Cuaresma (Now Fatimah),
seorang yang sangat berpegang teguh dengan agama Kristiannya.
Tapi Allah pilih dia untuk "bertemu jalan pulang" dan kembali kepada fitrah (islam).


Dan yes, perjalanan mama sebagai seorang saudara baru agak berliku.
Lebih kurang sama macam kes Felixia.
Penghijrahan mama diterima baik oleh keluarga dia yang bukan Islam,
tapi dicemuh dan dipandang hina oleh sesetengah orang yang mengaku islam itu sendiri.

Aku ingat lagi dulu.
Masa mama nak mendalami islam.
Dia cari sendiri tempat nak mengaji Qur'an. Cari tempat nak belajar agama.
Cari kawan-kawan yang boleh membantu.
Cari buku-buku terjemahan Qur'an, Hadis, Doa dan sebagainya.
SEMUANYA DENGAN INISIATIF SENDIRI.

Korang rasa tak keazaman dan kecintaan mereka orang-orang muallaf ni terhadap islam
adalah jauhhhhh lebih hebat dari kita yang dah semulajadi islam?
Malu kan?
SEPATUTNYA MALU.

Aku nak share beberapa pendapat lah walaupun aku sendiri ni pun ilmu agama takat buku lali je.
Bukan nak mengajar.
Cuma nak CUBA cerahkan mana-mana yang malap dalam otak melayu.
Cuba je.
Otak melayu bukan senang nak adjust.
Jadi saya cuba. KOT-KOT BOLEH.

 Ok camni.


Satu, kita semua tahu. Hidayah itu milik Allah. 
Dan ALLAH PILIH kepada siapa Dia nak bagi.
Dan orang yang dipilih itu pastinya BUKAN CALANG-CALANG.
Pernah terfikir kenapa kita yang lahir memang dah islam ni, semacam tak dapat hidayah Allah.
Masih tak rasa yang kita ni bertuhankan Allah.
Nama islam tapi tak mengamalkan islam.
Kenapa?
Kenapa Allah tak pilih kita untuk diberi hidayah? Kenapa?
Tepuk dahi, tanya iman.



Dua, kisah Umar Al Khattab.
Siapa tak kenal Umar Al Khattab? 
Yang sebelum pengislamannya adalah sorang yang bengis, kejam, perangai tak rupa manusia,
tanam anak perempuan hidup-hidup, bunuh-membunuh.
Tapi DIPILIH OLEH ALLAH untuk diberi hidayah.
Dan finally dia jadi orang yang paling hebat mempertahankan Islam,
lebih hebat dari orang yang memang dah Islam itu sendiri.
So siapa kita nak judge pilihan Allah?



Tiga, kalau dengan pendedahan kisah Felixia Yeap ni boleh menarik lebih ramai mengenali Islam,
apa salahnya??
Ya, dia menggelabah cipan duk canang pasal islam kat social media.
Duk canang selfie tutup aurat kat social media.
Walaupun dia sendiri belum islam.
Kan?
Hey gelabah-gelabah dia pun, dia canang benda baik!
Mungkin itu cara dia berdakwah, biarlah.
Bukan ke setiap wali Allah (orang beriman) itu pendakwah? 
Kita semua. Pendakwah. Wajib berdakwah.
Tak payah tunggu jadi ustad ustajah. Ikut cara masing-masing.
Kalau Felixia tu tak dapat menyentuh hati orang melayu islam untuk tutup aurat sekalipun,
at least dia membuka hati keluarga dan kawan-kawan cina dia untuk lebih kenal islam.

Kamonnn...siapa yang menggelabah cipan sekarang? 
Ya awak. Bukan dia.
-____-



Empat, awak kata dia mempersendakan agama kita sebab acah-acah tutup aurat walaupon belum peluk islam?
Eskiusmi??
Dalam Qur'an ada sebut, orang pompuan kalau nak berjaya, TUTUP AURAT.

Surah An-Nuur, Ayat 31:
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

 Felixia Yeap dah menyahut seruan ayat ni.
Awak bila lagi?
Bila nak berjaya?
-..-



Lima,  semalam dia dah masuk islam.
Dia kata dia rasa seperti dia dilahirkan semula.
Itu punnnnnnn ada yang tak puas hati.
Memang. Memang muallaf ibaratnya seperti bayi baru dilahirkan.
Suci bak kain putih.
So??

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a :
"Rasulullah saw bersabda yang maksudnya, Apabila seseorang memeluk agama Islam dengan ikhlas, Allah akan mengampunkan semua dosa-dosanya di masa lalu. Kemudian setelah itu mulai diadakan perhitungan, pahala untuk setiap perbuatan baik yang dilakukannya dilipat gandakan sepuluh sampai tujuh ratus kali ganda sedangkan setiap dosa yang dilakukannya akan dicatat sebanyak dosa yang dilakukannya kecuali apabila Allah mengampunkannya." (Al-Bukahri) 



Enam, agak kelakar bila scroll down news feed FB dan nampak orang share links seperti,
"Gambar Felixia Yeap terdedah dan mengejutkan."
"Felixia Yeap berbikini."
"Felixia Yeap berkemban di parti tertutup"

BAHAHAHAAHAHAHAHA.

Awak kata dia attention seeker sebab pakai tudung pun nak show off.
Tapi awak tu mother of attention seeker sebab buka aib orang (yang dah bertaubat) semata-mata nak naikkan pageviews blog?
Bang, itu memang kerja bangang bang.
Kalau saya letak gambar lama abang yang paling aib sekali, abang suka?
Gambar abang tengah sunat, dengan tajuk: "Abang terkangkang."
Suka?

-______-



Tujuh, kenapa perlu dengki dan berburuk sangka.
Kenapa tak sokong dan doakan?
Secara lojik, kita islam dan Felixia nak ikut cara kita. 
Patutnya kita sokonglah.

Macam orang PAS nak masuk BN.
Kemain bangga buat press conference, "Doploh orang ahli PAS sertai BN".
Amboi lebih-lebih pulak sokong kalau bab itu.
Tapi bila orang nak masuk Islam, kita perli, kita aibkan. -..-

 Surah An-Nasr, Ayat 1-3:
"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat."


Dear Felixia Yeap,
I'm not a big fan of you.
I don't really know who you are.
 Tapi disebabkan orang-orang melayu-mengaku-muslim mengherdik awak.
Menyindir awak.
Tak semena-mena saya jadi penyokong awak. Sejak bila saya pun tak tahu.
You remind me of my mother. She struggled just like you. 
But now all the patience, istiqomah, and efforts have finally paid off.
She becomes a good example of muslim not only to us (her family) but to other muslims as well.
She is very active with her persatuan-persatuan surau and mostly she's the leader.

Betul. Allah pilih kepada siapa untuk diberikan hidayah.
Bukan calang-calang orang.
And Felixia, Alhamdulillah you're one of them.
=)

Saya harap dengan perkongsian yang sikit ni, akan meniup semangat dalam jiwa awak.
Untuk lebih mendalami Islam.
Untuk lebih kenal Allah.

Please know, Allah sangat baik dan Dia takkan tinggalkan awak selagi awak tak tinggalkan Dia.
You will grow stronger and better than those people yang berkokok tak sudah-sudah.
Ah just let them talk.
Because at the end of the day, they'll realize you're becoming better than them.
Satu hari nanti, tak mustahil mereka yang akan mencontohi awak. 

Surah Al-Kauthar 108, Ayat 3:
"Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu (orang beriman), dialah yang terputus. "

Please, never lose faith. Keep strong. Keep praying.


YOU ARE ON THE RIGHT TRACK, FELIXIA.
ALHAMDULILLAH.

9 comments:

ain.ya.nun. said...

Semoga terus tabah FY. Segala kutukan, hinaan & watever yang awak tempuh tu semua dugaan dariNYa juga. Hadapi dengan tenang jiwa, semua akan baik-baik saja sebab ada Dia.

I like your post AJ. Suka sgt!

Siti Sharini said...

true..alhamdulillah syukur for your mom juga..semoga hidayah Allah menjadi milik kita juga.

Amal Salleh said...

annoying mereka2 ni .. melayu y xmcm melayu tak plk nk kecoh2 T_T

Anonymous said...

Dah lama follow fy kat fb.
And eventhou dia belum islam secara rasmi (atas paper/hitam putih), dia dah lama islam dalam hati,

Kenapa org lain tak nampak??
Tu lah org kita, busuk hati.

Cikja said...

salam jie,
sebenarnyakan memang nak tau cerita mama jie masuk islam..tertarik sebab mama jie dari negara lain ...tapi malu nak tanya....kalau boleh tau majalah apa yang ada cerita mama jie tu..

Teacher Basariah said...

setuju..memang pelik manusia tmbh bernama melayu ni..org nak buat baik pon dengki..

Nor Eliyana said...

akak follow dia kat fb. seriusly suka sangat2 dengan dia. sebab dia bagi kita pengajaran. dia boleh jer tutup aurat dengan sempurna. kita ni masih lagi merangkak. patutnya kita malu dengan dia, bukannya mengeji dia

Mrs.Critical Thinking said...

Wow nice one dear. Keep on writing!!

Anna Louis said...

I can't stop laughing abt the abg kangkang part. I agree with you sister even I'm not muslim but I pity people keep on kecoh sma felixia. So what la she found peace in islam, as long she practice for good thats bring more happiness on her