14 perkara ibu bapa perlu tahu, sebelum layak hantar anak ke tadika.

Hai. Selamat tengahari.
Sudahkah anda senyum pada hari ini?
;D

Senyumlah, walaupun entry semalam panas. -..-
Tapi takpe. 
Semua orang BEBAS berfikir dan melontarkan pendapat. Kan?
Sama ada setuju atau tak, dua-dua betul.
Suka hati korang.
Heheh.

Cuma ada dua perkara saya nak bagitahu.
Satu, mak saya dulu adalah ibu bekerja. Dan dia tak pernah gagal dalam mendidik kami anak beranak.
Dua, betul, ibu bekerja juga adalah surirumah. Dan surirumah juga adalah ibu bekerja.

Fair and square.
Keep calm and eat popcorn.
;D

Ok ok kita dah takde masa nak debat lama-lama pasal ni.
Sebab masa itu gold. 
Magnum gold kalau lambat makan, cair. *tiba-tiba*

So tutup topik working mom versus stay-at-home mom.
Sebab hari ni saya nak share benda yang lebih sejuk dari semalam.
Di mana, 98% ibu di atas muka bumi ini,
akan bersetuju bersepakat berganding bahu berpegangan tangan berlaga pinggul sambil berkata 
"Ya kami setuju! Inilah yang kami mahukan! Hidup Jiji!" secara beramai-ramai.
;D

Sebagai seorang stay-at-home-mom yang menjaga anak sendiri, (ok takmo gaduh takmo gaduh haha)
saya selalu wonder,
apakah bentuk persediaan yang patut saya buat sebelum hantar anak ke tadika?
Adakah sekadar tunggu masa, sampai anak dah cukup umur then terus hantar je?
Anak ready ke tak ready, lantakkann..
Lama-lama kena paksa pergi sekolah kang ok lah dia.
Adakah begitu?
Atau camane?

Mungkin benda ni tak menjadi masalah kepada parents yang hantar anak ke nursery/ day-care center
sejak anak masih baby.
Sebab selalunya nursery pun ada schedule dan preparation supaya budak-budak lebih bersedia
untuk ditransit ke tadika betul kelak (4-6 tahun).

Tapi.
ini adalah masalah untuk golongan seperti kami yang menjaga anak sendiri,
atau yang hantar anak di bawah jagaan atok nenek,
atau di bawah jagaan bibik.
Sebab BIASANYA, anak-anak ini adalah super-manja, kurang beraktiviti,
kurang bergaul, kerjanya tengok TV je dari pagi ke malam.
-_____-

So saya dengan gigihnya telah menjalankan satu research kecil-kecilan,
bagi mengenalpasti kecelaruan masalah ini,
dengan harapan dapat membantu para ibu bapa dalam mempersiapkan anak masing-masing ke alam persekolahan.
Kenapa dah macam skrip penyimpan mohor-mohor besar dah aku baca?
;D

Saya ada buat satu survey,
dengan bertanya beberapa orang guru tadika,

"What do they expect from kids (4-6 years old) before entering the kindergarten."

Dan Alhamdulillah.
Survey tersebut berjalan dengan lancar,
 dan feedback mereka juga sangat bermanfaat sampai saya rasa saya kena share kat sini
sebab takut jadi kedekut ilmu takut nanti mati tanpa nikmat husnul khotimah. Haha!

So di bawah ni, saya kongsikan beberapa perkara yang cikgu-cikgu tadika expect dari anak-anak kita,
supaya kita ibu bapa boleh buat persiapan awal,
dan supaya anak lebih bersedia untuk menempuh alam persekolahan,
tanpa perlu melalui fasa penderitaan dalam hidupnya.
Pergh semacam betul entry aku hari ni kahkah.

So ni dia,
jawapan bagi soalan,
"What do teachers expect from kids (4-6 years old) before entering the kindergarten."

Atau jika dialihbahasa,
"Apakah yang cikgu tadika harapkan daripada anak-anak kita (4-6 tahun), untuk layak masuk ke tadika."



1) Berdikari
  
Pada peringkat macam ni,
anak-anak sepatutnya dah TAK PERLUKAN pampers. Dah pandai kencing dan vera kat toilet.
Pandai cakap bila nak membuang, dan pandai wash sendiri after membuang.
Ini penting.
Kerana semua manusia perlu berkumuh dan bernyahtinja untuk terus hidup. ;D
Namun berkumuh dan bernyahtinjalah secara bertamadun.
Iaitu di toilet, dan bukan di pampers.
Sebut nyahtinja, teringat ninja turtle. Kahkah.

 Bab makan minum, pun anak perlu pandai berdikari.
Pandai suap dan sebagainya.
Kang kesian anak tak makan kat sekolah.
Pergi badan macam walrus, balik badan macam kerengga.
Susah hati mak bapak. Heheh.

Selain tu, anak juga perlu tahu jaga barang sendiri, jaga kebersihan diri, 
dan tak bergantung kepada bantal busuk to keep them behave.
Sumpah aku tak faham kenapaaaaa perlu ada bantal busuk?
-_____-

Bagi cikgu-cikgu tadika juga, they find this ANNOYING.
Ramai bebudak yang datang sekolah bawak bantal busuk.
Oh kamonnn.
Tak payah la ajar anak berbantal busuk.
Spoil tahu tak.



2) Enhance their eagerness & curiosity while doing activities.

Bila kat tadika, cikgu kalau boleh nak semua murid aktif.
Semua murid take part dalam setiap aktiviti yang dilakukan.
Kita taknak yang pasif, yang asyik melangut, yang asyik termenung,
yang asyik mintak TV, asyik minta game kat phone.

Haa!



3) Pandai minta pertolongan jika ada masalah.

Latih anak supaya pandai cakap dan beritahu orang dewasa
 bila sakit perut ke,
sakit kepala ke,
nak pergi toilet ke,
rasa haus atau lapar ke.
Apa sahaja permasalahan, mereka patut tahu cara untuk beritahu
dan tidak segan silu untuk rujuk kepada cikgu atau orang dewasa.



4) Mampu beri kerjasama dan berinteraksi dalam kelompok yang ramai.

Yang ni memang saya risau sikit, sebab Haikal tak biasa suasana ramai-ramai.
Dia cepat rimas dan meragam.
So lepas ni kena selalu bawak dia pergi pasar, pusat hiburan atau stesyen bas. *tiba-tiba*

Dan lagi satu, kena biasakan anak taking turns dan share barang.
Biar dia tahu,
bukan semua barang dia punya, dan bukan selama-lamanya barang yang dimiliki itu hak dia.
Kena kongsi dan kena bergilir.

Contoh kalau anak nak main ipad,
bagitahu dia,
"Haikal, ipad ni mama punya. Mama bagi Haikal PINJAM 5 minit saje, lepas tu pulangkan ye?"

Bukannya,
"Haikal, ipad ni mama belikan untuk Haikal. Nanti Haikal bawak pergi sekolah, kita skype ye?"

-_______-



5) Boleh mengikut arahan dan peraturan mudah.

Latih anak supaya patuh dan ikut beberapa simple instructions seperti,
Sila duduk. Sila berdiri.
Kemas buku.
Diam.
Buka kasut.
Dan sebagainya.

Cuba bagi diorang 1-2 arahan serentak, dan lihat dia boleh ikut atau tak.
Contoh macam yang saya selalu buat,
"Haikal, pensil ni tolong letak atas meja, dan cawan ni tolong isi air."

Atau,

"Tolong ambil remote TV, lepas tu tolong tutup pintu bilik." 

Itu contoh 2 arahan serentak.



6) Boleh ikut jadual. 

Sekarang pun saya dah mula buat jadual untuk Haikal, dan pastikan dia ikut.
Kalau sebelum ni, dia boleh makan ikut suka hati bila-bila dia lapar,
tapi sekarang tak. Kena makan ikut masa yang ditetapkan SAHAJA.

Dan cuba tetapkan masa untuk satu-satu aktiviti,
contohnya main lego untuk 40 minit sahaja,
buku mewarna untuk 30 minit sahaja,
main plastesin untuk 20 minit sahaja.
Dan sebagainya.

Camtu.



7) Pandai kemas dan simpan selepas guna. 

Lepas main, kemas.
Lepas guna, simpan.
Lepas pinjam, pulangkan.

Camtu.



8) Boleh faham simple directions/positions. 

Make sure anak boleh faham,
kanan kiri, atas bawah tepi, belakang depan,  jauh dekat, sana situ sini, pergi berhenti, etc.
Haikal dah passed semua, kecuali kanan kiri.
Mulut sebut kanan, tapi tangan tunjuk kiri.
-_____-



9) Faham beberapa perbandingan mudah.

Kecil besar, pendek panjang, sikit banyak, laju perlahan, penuh kosong, lebih kurang, tinggi rendah,
dan sebagainya.



10) Mampu bertutur dengan jelas dan mudah difahami.

No baby talks.
Big NO-NO.

Kalau boleh, sejak lahir, tak payah la ajar anak bebi-bebi talk nih.
Bobok, bambam, babap, nyotnyot, omey omey, nak shushu, mindu mindu, nak main beyun.
Bluergghhhhh. -..-

Bercakaplah seperti biasa.
Supaya anak boleh bertutur dengan baik seperti masyarakat bertamadun yang lain.



11) Mampu menceritakan semula apa yang dilalui/ dilihat/ didengar.

Ni penting.
Kalau ada apa-apa yang tidak kena (dibuli, didera atau sebagainya) senang anak nak beritahu.
Dan senang kita dapat tahu.



12) Boleh mengenal huruf, nombor, bentuk, warna asas.

Huruf upper-case & lower-case. Lower-case lebih penting ye tuan puan.
Dan juga, pastikan anak tahu setiap bunyi huruf tersebut.
Nombor, at least dari 1-10.
Bukan setakat kenal, tapi juga kena tahu KIRA.

Cikgu tadika juga expect budak-budak pandai kaitkan bentuk dan warna dengan persekitaran sekelilingnya.
Contoh,
Green leaves, blue sky, red car, etc.
Circle clock, square bread, etc.

So nanti senang cikgu nak bagi arahan,
"Murid-murid, keluarkan buku latihan A, nombor 2, warna biru"
"Murid-murid, lukis sebuah bulatan berwarna kuning, yang didalamnya ada huruf A sampai Z."

Haa.
Komplikated betul cikgu-cikgu sekarang.
Haha!



13) Boleh buat aktiviti fizikal dengan selamat dan bertoleransi.

Aktiviti fizikal ni macam,
main ball ke,
main playground ke,
main jongkang jongkit ke,
main boyan ke.

Make sure anak kita tahu menitikberatkan soal keselamatan serba sedikit,
to minimize potential injuries.
Contoh, 
main slide kena turun kaki dulu, bukan turun kepala dulu.
Kang kepala bertemu tanah,
dah jadi ibarat asam di darat ikan di laut dalam kuali bertemu jua.
-_____-

Dan,
latih anak supaya bertoleransi dengan kanak-kanak lain.
Kalau ramai yang nak main jongkang-jongkit, sabar, take turn.
Kalau ramai yang nak turun slide, sabar, beratur, tangan ke bahu.
;D



14) Mampu memegang pensil dan gunting dengan betul.

Ini sebenarnya agak penting.
Tapi tak tahu kenapa last sekali.
Save the best for the last mungkin?
-___-

Pegang pensil dan gunting adalah satu cara untuk menguji fine motor skill anak berfungsi dengan baik atau tidak.
Ramai yang tanya saya, apa pentingnya gross motor dan fine motor skill nih?
Sebenarnya saya pun tak tahu camane nak explain hahaha.
Tapi masa jumpa child psychiatrist dulu,
dia kata fine/gross motor ni sangat berkait rapat dengan sistem saraf,
di mana secara tak langsung berkait rapat dengan OTAK.

So..
siapalah manusia kalau tak berotak?
;D

To ensure good brain development,
kena rajin stimulate fine/gross motor skills anak-anak.
Ok?

So ajar anak pegang pensil seawal mungkin.
Kalau boleh masa nak beranak dah siap-siap bawak pensil dalam labour room. 
Baby keluar je, nah pensil kahkah.
Ok tak kelakar. -..-



So itu saje.
Semoga bermanfaat hendaknya.
InsyaAllah.

=)

25 comments:

izudzuna mail said...

Really good info... kusyuk membaca tetiba terpaksa gelak berdekah baca point last.. thnks jiji... u memudahkan kerja mak mak yang malas wat research cm I .. :P

Z@i Z@mR33 said...

good info...

kena ajar dr baby2 lg jwbnya ni :)

Fatimah Jaafar said...

Assalammualaikum Rajiah, Bagus info ni..macam kebetulan pulak nak masukkan anak ke tadika tahun depan.. Banyak lagi perlu dibuat ni.. :)

umi farhan said...

Gud info...

Radin Aden said...

Bila dah baca baru tau anak saya memang tidak bersedia lagi untuk dihantar ke tadika =0 walaupun cikgu tu cakap tadika ni untuk main sahaja.

norlina jusoh said...

the best info yg ina pernah jupe.. ya allah alhamdulillah dipertemukan dgn blog yg bermanfaat camgini.. hihi go go rajiah. buat banyak2 enti k.. xjemu baca.

norlina jusoh said...

the best info yg ina pernah jupe.. ya allah alhamdulillah dipertemukan dgn blog yg bermanfaat camgini.. hihi go go rajiah. buat banyak2 enti k.. xjemu baca.

Syazwani Mohd Noh said...

The best info...saya memang berhasrat nak hantar anak sekolah tahun depan...
Dapat info ni, so kena latih dulu anak.
Thanks banyak2 sis...

Siti Aisya Ibrahim said...

akak jiji...ya Allah, saya baru terjumpa blog akak ni...sukenya baca perkongsian akak dekat sini...saya dah kawen, tapi sebab study lagi, belum ada anak...tapi saya mmg minat nak baca pasal parenting2 ni.... :D keep it up! :D

ada masa, sudilah datang blog saya jugak yer..

jindrisska.blogspot.com

Nurazmiah Zainuddin said...

Thanks alot

NuRuL MoHaMaD said...

kak, baguih sgt info ni.
ikut pnglmn sy sbg pmbntu guru tadika, parents hantar ank ke tadika dgn hrpn guru yg akn ajar ank diorg, dorg just hnta je.
diorg hnta ank dorg 0 dan nk guru isi 100% lepas habis tadika.
ya, ini mmg apa yg kami mahukan.

ida ahmad said...

Yang last kelakar!

ida ahmad said...

Eh eh.. nak tambah jugalah.. kalaulah anak - anak tak pandai nak bersosial, tak adalah sampai tak perlu ke tadika. Tak perlu perfect sampai all steps follow.

Anak saya, banyak juga yg baru belajar di tadika. Kena hantar awal juga sebab diorang jenis yang suka tiru rakan sebaya, mak ajar tak masyuk. Walaupun kurang bersosial sebelum masuk tadika, anak-anak saya jenis tak nangis dan xmanja. So, bolehlah!

Mrs Kamilah said...

Terima kasih. Maklumat yang selama ni saya cari-cari.

alia farhan Said said...

bermanfaat...semoga diberkati Allah ilmu2 yg dikongsi sis jiji!!
jemput singgah blog picisan i yer
http://aliafarhan.blogspot.com

Nor Murni Fairouz Rafingi said...

Bagus sangat info ni. Kebetulan saya hantar anak ke tadika seawal umur hampir 3 tahun. Alhamdulilah now dh setahun dia tadika. So far cikgu takde complain. Saya pun dah ajar basic pada dia. Lepas ni nak tambah mana yang patut. Tenkiu adik manisss♥

Hasnirah Iris said...

Alhamdulillah.gud info..in sha allah akan diperbaiki. Boleh train kakak pelan2..tq

danish aurora said...

salam perkenalan semoga kita sama sama berkongsi pengalaman. Terima kasih.....

Khalish Hasif said...

assalamualaikum..salahkah hantar anak umur 3tahun ke taska?sedangkan mama die surirumah.. mama die ikut nasihat doktor pakar terapi pertuturan utk hantar anak sekolah..tp ade yg membangkang..kata anak kecil lg..* runsing..

Khalish Hasif said...

assalamualaikum..salahkah hantar anak umur 3tahun ke taska?sedangkan mama die surirumah.. mama die ikut nasihat doktor pakar terapi pertuturan utk hantar anak sekolah..tp ade yg membangkang..kata anak kecil lg..* runsing..

umie ZaRa said...

Assalammualaikum..
terima kasih sudi share info ni..mmg berguna sgt.Rs rugi kenal blog jiji ni da lewat.. ;-/

Nor Shafina Mohd Din said...

memang kelakar ..berdekah-dekah ketawa bce entry ni. sy hantar anak ke taska sejak bayi lagi. sebab sy ibu bekerja. sy bnyk guna teknik BAD utk anak2 saya. memang berkesan utk tenangkn diorg dlm mase yg same tenangkn naluri hati ibu kita ni yg selalu risaukan anak2 di taska. mmg betul segalanya perlu bermula dr rumah. we have to try our best utk didik anak2 syurga kita ni..:)

aby ad said...

Rase nye kalu nk ikut semua rules kt atas mmg x masuk la tadika bg sesetengah budak.. sbb bkn semua budak2 ni mempunyai pkembangan yg same..ada yg cepat dan ada yg lambat..apa2 pun pendedahan awal tu penting..dn sbgai ibu bapa kite kena buat yg terbaik utk anak2 kita..

aby ad said...
This comment has been removed by the author.
Fazidawani Ari said...

anak saya seawal 4 tahun dah hantar ke tadika. alhamdulilah masa tu dah tak pakai pampers dan minum susu dalam botol...