Eidul Adha 2014

Okay lupakan sekejap pasal playgroup.
Nak meletup otak pagi petang siang malam memikio nya.
-_____-

Tapi Alhamdulillah sambutan dan sokongan dari pelbagai pihak adalah sangat luar biasa.
Siap ada yang dah book siap-siap in case ada Playgroup anjuran kedua lepas ni.
Lahai lahaiii..
Saya tak tahu la korang ni datang dari mana.
Tetiba je berpusu-pusu datang. Non-stop pulak tu.
Aku nak berak pun kena tahan-tahan. -..-

Yang nak sponsor pun kemain ramai.
Alhamdulillah!

Pihak media pun ada yang contact saya untuk buat liputan playgroup nanti.
Okay yang tu kita tak boleh cerita lebih-lebih bahahaha.
Cuma...
Ada tak yang nak sponsor make up artist?
Saya taknak eyebag sebakul keluor TV nanti plis.
;D

Ok cukup cerita playgroup.
Hari ni nak cerita pasal raya haji tempoh hari.

Selama 4 tahun kawen, kitorang sebenarnya tak pernah sambut raya haji dengan family.
Sebab tempat kerja hubby memang takde peruntukan cuti untuk itu.
-_____-

Raya haji sebelum-sebelum ni pun, lepas semayang raya,
terus sarung baju kerja dan pergi kerja macam biasa.
Dan saya, kunyah popcorn kat rumah seperti hari-hari biasa.

Tapi kebetulan raya haji tahun ni jatuh pada hari Ahad.
So siapa yang tak cuti hari Ahad, dia loser. Bahah.

Sehari sebelum raya tu, kitorang plan lah yang istimewa sikit raya haji tahun ni.
Buat puasa sunat, berbuka kat luar, pastu plan nak buat family portrait sempena raya haji.
So malam raya tu, kitorang pergi buka puasa kat pizza hut.
Pakai cecantik, mekap tebal-tebal kahkah.
Bagi seorang suri-di-rumah macam saya, mekap adalah sesuatu perkara yang ditunggu-tunggu ok.
Hahahahaha.


Tengok muka Haikal. Macam,
"Alamak! Aku lupa homework matematik nak kena hantar besok!"
;D



Saya order Creamy Curry Pasta.
Pergh serious terbaik! First time order yang betul-betul puas hati. 
Selalu pizza hut ni ada je yang tak kena kat tekak kahkah.

Tapi Creamy Curry Pasta ni memang win. Lagi sedap dari mee kari Secret Recipe.
Tak silap saya creamy curry pasta ni for limited time only.
So cepat pergi try.
Kang dah habis tempoh, tak dapat dah.

Habis makan kat Pizza Hut, kebetulan hujan lebat pulak.
Hujan yang banyak dan lama tuh.
Perghhh memang rahmat betul la raya tahun ni. :D

Pastu kebetulan lagi, mak mertua call tanya balik kampung ke tak raya ni.
Hubby rilek je, dia kata taknak balik pun takpe. 
Sebab tiap-tiap tahun pun memang tak balik kan.
-_______-

Saya sebenarnya ada satu kelemahan.
Saya lemah sikit bila tengok mak-mak mintak anak-anak balik.
Tak kisah la mak sesape pun.
Even dalam drama tivi sekalipun, mesti saya akan terbayang-bayang bila saya dah tua esok.
Mesti terbayang, camane la perasaan bila dah tua nanti, merayu-rayu mintak anak balik,
tapi anak jawab,
"Sorry tak dapat balik. Sibuk."

Perghhh.
T____T
 
So that's one of my weaknesses.
Seboleh-boleh kalau mak atau mama sebut "balik" je,
rasa macam nak ada kat depan pintu rumah diorang masa tu jugak.

Ibu.
Semua ibu sama.
Tak kira lah sesiapa pun, 
bila dia seorang ibu,
akan ada satu persamaan.
Setiap ruang sudut hati dia--
 selalu ada anak.
"Anak aku apa khabar. Anak aku dah makan ke belum. Anak aku bahagia ke tak hari ni. etc."

Sampai mati pun, dalam hati dia--
ada ANAK.

Tapi dalam hati anak,
tak semestinya ada IBU.
Mungkin kadang-kadang ada, kadang-kadang takde.
Kan?

So sekali-sekala, bila ibu mendambakan anaknya--
BALIK LAH.

Me being me,
yang hati tak kental mana untuk tak balik bila mak call, (mak mertua pun ibu ok) 
terus saya packing barang. Dan ajak hubby balik rumah mak.

Kebetulan hujan pulak masa tu, so nak photoshoot pun memang tak boleh.
Mungkin Allah nak suruh kita balik jenguk mak lah tu. 
So buat ke sekian kalinya, selepas empat tahun, raya haji kali ni kita raya dengan family.
:D

Malam tu jugak zassss pergi rumah mak.
Sampai-sampai je, langit sangat cantik. Mungkin sebab baru lepas hujan kot.
So kita photoshoot family portrait kat depan rumah mak je kahkah.

Siap ditemani oleh Abah. -..-

Saya ada satu cerita pasal bapak mertua saya ni.
Dulu masa sebelum kawen, saya dapat tahu yang abah ialah bekas tentera.
Saya dah macam..
bekas tentera mesti garang. 
Mesti tak friendly. 
Mesti tak boleh ngam dengan menantu pompuan.
Saya ni dah la jenis pondan-pondan. Confirm tak serasi langsung dengan stok tentera-tentera nih.
-______-

So masa baru-baru kawen, bila ada Abah, saya banyak diam.
Sebab takut. Kahkah.
Kang kalau silap cakap, kena ragging kat tengah padang ke apa kan.
Kena berkawad ke apa ke.
;D

Tapi makin lama saya kenal family hubby,
hey abah best gila ok!
Siap boleh buat bergurau sambil pet-pet bahu saya.
Siap boleh sendukkan nasi, bubuhkan lauk kat pinggan saya.
Siap masa pregnant dulu, bila saya cakap nak makan mangga je, 
terus Abah pergi cari pastu kupaskan.

Ada sekali tu, saya cakap teringin nak makan putu piring.
Abah terus pergi beli berbungkus-bungkus.
Pastu siap join saya makan putu tu sama-sama supaya i don't feel awkward melantak sensorang kat situ. :')

Pastu kalau ada kenduri ke makan-makan ke atau ada tetamu datang ke,
ofkos semua orang kena bekerja kan. Basuh pinggan ke bancuh air ke apa.
So kejap-kejap abah akan approach saya dan cakap,
"Menantu abah ni ok?"

Lahaiiiiiii..

Siapa kata tentera/askar ni garang, tak friendly, tak ngam dengan pondan? -..-
Abah layan saya sama macam anak-anak perempuan dia yang lain.
Penyayang je.
Tak rasa pun macam dia nak hunuskan senapang ke apa.
;D 

Tapi tak tahu la nanti bila mak abah dah ada menantu perempuan lain.
Dapat pulak yang perempuan melayu terakhir ke kan.
So, bye bye pondan! 
-_____-

Tapi sementara masih menantu perempuan tunggal ni,
kita enjoy!
Kahkah.

Ok habis cerita pasal abah.
Masuk pagi raya, sesi bergelumang dengan daging lembu dan anak-anak buah.

Ni Pali. Biras saya.
Manusia yang paling susah nak jumpa. Tenggelam timbul kewujudan dia nih. -..-
Tu yang kalau dia ada, budak-budak semua menempek kat dia.
Tak tahu la sebab rindu ke atau..
sebab dia bawak balik banyak coklat. Haha!

Hari tu Pali bawak balik Kinder Bueno banyakkk,
so dengan aku-aku sekali menempek kat dia. ;D


Haikal, mana pergi leher dan dagu awak?
Jangan gemuk sangat please.
Awak tu dah la nak pergi toilet pun kena berdukung. 
-____-


Ni Tsara.
Salah sorang dari lima anak buah aku belah family mertua.
Dia ni dari jauh macam princess, comel, feminine.
Tapi bila keluar suara, mak oiii garaunya. Kahkah!
Saya syak dia ni bila besar nanti suara macam ning baizura.
Soprano versi meremang.
;D

Tsara pasni boleh geng maklang la k.
Geng perempuan berhalkum. Kahkah.


Sebelum kitorang gerak balik Teluk Intan,
kitorang sempat pergi site visit kat Surau Al-Munawwarah.
Saje tengok tempat playgroup nanti.


Time ni saya ketakutan sebab tetiba lembu tu pandang saya pffttt.
Terus patah balik laju-laju kahkah.


So camni lah rupa tempat playgroup kita nanti.
Saya tahu ramai yang membayangkan "Outdoor" tu ialah padang atau taman yang tak berbumbung dan tak berpagar.
Tapi kita kena ingat, antara peserta ialah kanak-kanak berusia 2 tahun yang tak boleh terdedah kepada matahari terik selama 2 jam. So bumbung is necessary actually.
Dan aktiviti ini juga adalah di bawah risiko sendiri. 
Means kalau kawasan tak berpagar,
budak-budak lari-lari tanpa pengawasan, bahaya.

Tapi takpe.
Kitorang dalam usaha untuk mencari kawasan yang SELAMAT, hijau, dan boleh construct khemah
untuk plan playgroup pada masa akan datang.
Jangan risau, kita akan improve dari semua aspek, dari semasa ke semasa.

Kerjasama dan sokongan korang amatlah dihargai.
Gitteww.

Selamat Hari Raya Haji, semua!
:D

6 comments:

Wan Fatihanum Wan Rusli said...

cantik-cantik gambarnya dan cerita pun menarik. suka nk baca blog ni:)

CikSiti said...

nice raya=)
menghunus senapang tu lawak ok

lovelywa said...

bapak akak pon pesara tentera jie..dia wat lek wat peace jer..heheh

Z@i Z@mR33 said...

lawa pic wktu mlm kt umah mertua.mmg ada hikmah kot dia bg hujan lebat kt sana

juicy X said...

cantik2 nyaaa gambar awak!

Nor Fauzah Samid said...

salam kenal…suka baca entrie skt sini. ^_^ tp part psl ayah mertua tue rasa syahdu pulak. saya dulu pun takut2 dgn ayah mertua. bila dah lama sikit, jadi malu sbb baiknya dia. jd dun judge a book by its cover kekdahnya, kan? hehe..