Haikal tiga tahun.

Last Friday, 31 October 2014, tepat jam 5.50 petang,
Haikal genap 3 tahun.

Means--
dah 3 tahun juga seorang ibu terlahir dalam diri aku,
dan dah 3 tahun juga seorang bapa terlahir dalam diri hubby.

Bak kata John Wilmot, 

“Before I got married, I had six theories about raising children; 
now, I have six children and no theories.”

Kelako.
Sebab ibu dan bapa itu sebenarnya--
TERLAHIR bersama anak,
dan GROWING UP bersama anak.
Membesar bersama anak.
"Membesar" tu maksudnya dari segi intelektual dan spiritual lah ye.
Kalau "Membesar" dari segi fizikal sekali, itu bonus.
;D

So..
Kalau every child is unique,
every child is special,
every child is a gift,

Begitulah juga kita--
parents.

Each one of us (parents) is unique.
Tiada parents yang boleh judge parents yang lain.
Sebab kita semua tak sama. Bermacam-macam.

Lain anak, lain kebolehan, lain kepandaian, lain kecenderungan.
Hence, lain cara didikan, lain prinsip, lain approach yang digunakan oleh setiap parents.

That is why in parenthood--
either it's right or wrong,
trust yourself--
you are doing it right.

Tiada mana-mana ibu bapa dalam seluruh galaksi ni,
yang kenal anak kita--
MELAINKAN KITA.
Kan?

Sorry la kalau korang pelik,
apakah yang Jiji merepek pepagi rabu nih?
Sebenarnya,
aku terima banyak sangat email/mesej seperti,

"Anak saya taknak baca buku, bila saya bagi buku dia buang."
"Anak saya geli main pasir, meraung-raung bila suruh sentuh."
"Anak saya dah 4 tahun tapi belum reti ABC, kerja dia asyik nak melukisss je."

Sorry--
email-email begini memang saya takkan reply.

Sebabnya--
saya tak nampak apa-apa masalah pun dalam email tersebut.
Anak taknak baca buku, anak tak pandai ABC, anak taknak main pasir.
IT IS NOT A PROBLEM.
It's just not their passion.
They are just not interested.

Macam kalau--
kita suka main guli,
tapi orang paksa suruh main chess.
Tak mengamuk engko?

So budak-budak pun sama.
Diorang ada passion sendiri.
Diorang ada kehendak dan minat sendiri.

Satu common mistake yang SELALU ibu bapa buat ialah--
compare anak sendiri dengan anak orang lain.
 "Tengok Daniel tu, belum 4 tahun dah hafal sifir 15. Yang engko ni ABC pun tunggang-langgang. Pemalas. 
Baca buku malas. Belajar malas."

Cepat-cepat la bertaubat kalau ada antara kita yang pernah compare-compare camni.
It is NOT about the kids.
It's about US parents!
Kita yang bangang suruh anak kita jadi orang lain.
Padahal kita yang tak tahu nak cungkil potensi anak. -..-

Dear parents,
jangan jangan jangan pernah putus asa.
CARI apa yang diminati anak.
Cari apa yang anak paling cenderung.

That is why masa kecik-kecik ni lah,
kena bagi pendedahan sebanyak mungkin kepada anak.
Bawak keluar rumah.
Bawak pergi jalan-jalan.
Bukan pergi sogo la tapi. -___-

Pergi zoo ke.
Pergi outdoor game ke.
Bagi anak try macam-macam aktiviti.
Sebanyak mungkin.
Let them find and explore their own potential, their own passion.

Soon--
kita akan nampak kecenderungan mereka.

Dari dulu lagi, saya duk ulang-ulang 3 ayat nih;
Dedahkan dengan aktiviti sebanyak mungkin.
Observe anak sekerap mungkin.
Sebab tiada ibu bapa dalam dunia ni, yang kenal anak kita--
melainkan KITA.

So please.

Kepada yang email anak tak pandai ABC tu,
anak anda sebenarnya BUKAN tak pandai ABC.
Dia cuma tak minat membaca. Dia tak minat buku.
Ajar dia dengan cara lain.

Dia tak suka buku. Ok takpe biarkan.
Tengok dia suka apa. Melukis?
Hah then ajar ABC melalui aktiviti melukis.

SEMUDAH ITU.

Jangan kita asyik nak senang kerja,
sampai ke tua pun malas nak explore dunia anak.
Hulur gadjet 24 jam.
Sampai ke sudah tak tahu apa bakat anak.
Tak tahu tahap kebolehan optimum anak.
Bagi kita, anak dah expert main candy crush seawal usia 2 tahun dah cukup membanggakan.

RUGI.

Nak-nak dalam dunia sekarang yang serba berlumba nih.
KITA kena tolong anak-anak kita.
Jangan sebab bangang kita, anak kita ketinggalan.
Anak kita lemas di kemudian hari.


Ok sekian sahaja ceramah keibubapaan by acik Jiji.
Dari entry birthday Haikal, terus jadi ceramah hahahahahahaha.

 So nak tahu birthday Haikal kali ni kitorang buat apa?
Tonton video di bawah.
Wah tetiba sangat. ;D



Bila dah 3 tahun ni,
Haikal semakin mengerti apa maksud "birthday".

Hari tu Haikal cakap,
"I love you, mama. Kesian mama sakit perut sebab Haikal duduk dalam tummy mama lama-lama. 
Nasib baik sekarang Haikal dah keluar."

;D

Terima kasih jugak kepada acik-acik yang bagi macam-macam hadiah kat Haikal.
Mama dia birthday dulu takde pulak yang bagi hadiah.
Aku punya la tungguuuuuu kat tepi gate kot-kot ada poslaju datang.
T______T

Okeh itu saje untuk hari ni.
Peserta #HaikalOPG sesi ketiga, standby k!
Ahad ni datang dengan semangat membara-bara tau!

6 comments:

Allene said...

happy besday haikal...

Mila Hilas said...

next sy nak join jugak la xtvt tu

eMMe said...

hye mama haikal... Alhamdulillah..moga Haikal jadi anak yg soleh...Amiin......best blog ni... atas rekemen dari sorg kawan, saya di sini... Salam kenal...

Amal Salleh said...

happy birthday haikal :)

norlina jusoh said...

HEPI BESDAY HAIKAL... ANAK INA, AMZAR 19.10.2014 GENAP 3 TAHUN.. SO DAH LEPAS LA :-)

Saidatul Azura Radzi said...

Happy belated birthday Haikal..Semoga menjadi anak yang soleh dan sentiasa dilindungi Allah..InsyaAllah AAmiin