Menelusuri kehidupan Navy TLDM.

Amboi tajuk dah macam novel dah.
Tinggal nak letak berapa persen je lagi.
Menelusuri kehidupan navy 200%. Terus masuk Akasia TV3.
;D

Last two weeks, kitorang pergi Lumut.
Saje la jenjalan.
Lumut adalah tempat paling rare kat Perak bagi aku.
Sebabnya?
Banyak benda rare yang aku jumpa kat sini.

Masa lunch, aku jumpa ni:

 Makanan zaman jepun.
Last aku makan benda ni masa sekolah rendah kot.
Tetiba jumpa balik kat Lumut, mahu tak meroyan engko?
;D

Pastu kat Lumut kan ada Pulau Pangkor kan.
So kalau korang ke sana nak beli fridge magnet pangkor ke apa,
mesti korang akan jumpa jugak fridge magnet London, Paris, New York, New Zealand, etc.
Haaa rare tak rare? Kahkah.

Jangankan negara omputih, fridge magnet Lombok pun ada kalau nak.  Limited edition haha.
Fridge magnet Kampung Mengabang Telipot pun ada. Tapi tu kena custom made la.
Kampung kau bukan glemer mana pun nak buat ready made.
;D

Sebab ketiga aku kata Lumut ni rare,
adalah kerana dia ada muzium.
Ok sebut muzium je memang tak cukup rare.
Tapi kalau muzium kapal perang navy.
Haaa!


Ni haa. Muzium kat Lumut.
Kapal perang terus dia bagi.
;D

Masa aku up gambar naik kapal navy ni kat IG,
ramai yang tanya macam mana kitorang boleh naik kapal tu.
Siap ada yang ingat aku tengah shooting!
Hmm banyak sangat tengok Gerak Khas la tu. Haha!



Dah kata kapal tu dah jadi muzium kan.
Shooting tak shooting semua pun boleh naik.
Bayaran ialah RM12 dewasa. Kanak-kanak FREE.
Aku tengok ramai jugak pengantin buat photoshoot kat sini.
Cool gila kan gambar kawen dalam kapal perang!

Kapal kan is like a simbolik kepada marriage tu sendiri.
Like,
ayuh sayangku kita layari bahtera ini sayangku,
andai badai datang menerpa sayangku,
kita tembak je sayangku.

;D

Dua orang ni mengada asyik nak matchy-matchy.

Hubby tension sebab selalu sangat orang tak percaya Haikal tu anak dia.
Maybe sebab warna kulit berbeza kot kan.
Pernah sekali hubby pergi shopping groceries dengan Haikal,
tetiba ada orang tanya,
"Eh ini anak siapa? Bukan anak u kan?"

Kecikkkkkkk hati sayangku itu.
Kahkah.

Nak je aku tolong jawab,
Sudah geharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula, pernah rasa kaki di muka?
-_____-

Tu yang kalau pergi mana-mana hubby selalu nak sama baju dengan Haikal.
Baru nampak jelassss Haikal tu anak dia.
Tapi sebenarnya kalau diperhati betul-betul, Haikal tu 70% ikut muka hubby.
Seriously.
Semua anggota di muka Haikal ikut papa dia.
Otak je ikut Mama.
Eh! ;D

Ok berbalik kepada kapal navy.
*tetiba*

Nama kapal ni Rahmat.
Di dalam jaga ku tercari-cari, di dalam tidur termimpi-mimpi.
Rahmat Mega.
Heheh.



Walaupun ini ialah kapal perang oldskool, dan kebanyakan teknologi dia adalah teknologi lama,
dan dah jadi muzium dah pun,
tapi keadaan asal dia yang menampakkan fungsi sebuah  kapal perang, masih dikekalkan.
Bila masuk tu memang boleh rasa "feel" sebenar seorang navy nak pergi berperang lawan kapal Davy Jones.
;D


"Tuan! Saya Kapten Abu Bakar Elah melapor diri tuan!"




Camni la pathway sepanjang dalam kapal ni.
Agak sempit, penuh dengan wayar dan batang paip apa semua.
Now semua orang dapat tengok dan rasa pengorbanan seorang tentera demi keamanan negara tercehinta.

Can you imagine yourself berbulan-bulan dalam kapal macam ni?
Sempit. Dengan ramai anggota lain lagi. Di tengah lautan lagi.
7-eleven pun takde kot tetiba teringin slurpee ke apa.
-_____-

Allahu...
Besar betul jasa diorang.
Misi diorang cuma satu. Nak jaga hak keamanan negara.
Biarkan laut bergelora. Biarkan ombak memukul pantai.
Biarkan hidup terumbang-ambing. Badai di lautan tak siapa yang tahu.
Ok sumpah boleh masuk Akasia dah pasni.
 ;D


Kapal ni dari luar nampak kecik.
Tapi bila masuk, perghhhh memang boleh sesat ah!

Kapal ni ada 3 tingkat.
Dan every deck tu memang besar gila, kalau main hide-and-seek mahu tiga bulan tak jumpa.
Cuma dia punya bilik-bilik partitions tu memang ngam-ngam je untuk manusia bersaiz normal.
Kalau manusia bersaiz godang, memang sorry you're not qualified in this war mission.
Wah gitu. Hahaha.

Ye la kan.
Nanti bila berhadapan musuh, semua orang mampu berselindung di sebalik tiang,
engkau sorang je yang tersembul babat perut.
Tewas lah team kita nanti. ;D


Gambar kiri tu ialah dapur. Dah macam tempat buat burger dah heheh.
Dan gambar kanan tu aku tengah tunjuk ketinggian siling dia.
Rendah kan?

So kalau anda mempunyai ketinggian pokok kelapa,
pun sorry you're not qualified in this war mission unless you're willing to work as a periscope.
;D

Ni bilik meeting untuk pegawai atasan.
Luas la sikit.
Boleh la nak buat doa selamat nak hampar saprah dan jemput kapal lain makan sekali ke apa.
-_____-


Ni bilik laundry.
Kalau mesin rosak, cedok air laut je la kot.
Heheh.


Ni katil diaaa!!!
Nak menistiskan air mata tengok katil dia.

Can u imagine yourself sleeping in this kind of bed? For months?
T_________T

Nyenyakkah tidur mereka?
Di kala kita di darat aman tidur di tilam empuk, katil luas, siap peluk teddy bear,
diorang kat sini, katil muat-muat saiz badan, peluk senapang je.
Sekali ombak kuat datang, bertebaran jatuh katil beramai-ramai.
Ok sorry sorry aku exaggerate. ;P


Hubby pun sebak. Teringat kat Abah katanya.
Abah dia dulu pun tentera.
Walaupun bukan tentera laut la tapi.
Tentera darat, but tetap tentera lah jugak kan.
Pengorbanan tetap sama.
Buang selesa hidup sendiri, demi selesa hidup orang lain.
Definisi seorang tentera. =)


"Hello. Kapten Abu Bakar Elah di sini. Boleh delivery pizza tak? Pizza chicken pepperoni large. Apa? Alamat? 
Err alamatnya.. alamatnya lemaslah kau. Bahaha. Gua atas kapal ni. Saje nak troll. Bye."

Kapten takde kerja.
;D


Ini bilik pegawai atasan. Selesa lah sikit.
Ada katil, sofa, meja, almari, bilik air asing etc.

"Eh bosan pulak nak tunggu musuh sampai. Tadi dah troll pizza hut. Sekarang nak log in facebook pulak lah. 
Kot-kot Mah tengah online ke. Takpun Zulaikha."
;D

Time ni tengah panas terik gila sebenarnya.
Tu yang mata tak nampak langsung tuh. 
So bila hubby nak ambik gambar, senyum je la tanpa mengetahui kedudukan sebenar camera.
-_____-


 Hubby paling lama berangan kat sini.
Tempat meriam. Heheh.
Tembak tembakkkkk!!


Ni bahagian depan kapal.
Tu yang mencanak kat belakang tu ialah meriam yang aku maksudkan.
So hubby tadi duduk di belakang benda tu.
Meriam tu siap boleh pusing-pusing tahuuu.
Dah macam main counter strike dah rasa.
;D


Take five sekejap kat roof top, untuk minum air dan makan limau.
Aku memang selalu standby air dan limau/orange untuk Haikal.
Supaya badan dan kulit dia tak cepat dehydrate.


Ni tempat driver dia.
Aku tak tahu la dalam navy diorang panggil driver sebagai apa. 
So driver je la kahkah.

Terms yang aku guna dalam entry ni, memang semua aku reka sendiri je tau.
Kot la ada abang navy yang baca blog ni ke kan.
Tengok term salah, terus berang sambil nak hunus senapang ke apa.
Minta maaf ye bang ye.
Saya bukan navy. Dulu pernah pergi interview tapi tak lepas. Sebab pondan.
-_____-



Kesimpulannya, memang best sekali-sekala berpeluang naik kapal perang.
Exciting sebab dapat pura-pura feeling nak pergi berperang.
Walaupun dalam tu sempit panas apa semua, 
dah la aku dengan berjubah hot pink mekap tebal apa semua kahkah.
Jadah la hai pergi perang pakai mekap?
-______-
 
Korang pun kalau ke Lumut, try la pergi muzium kapal navy ni k.
Best wehh.
Sebab kalau muzium yang tipikal yang ada pameran tengkolok terompah diraja apa semua tu
memang tak la nak pergi kan.
Tunggu anak ambik subjek sejarah la baru pergi yang tu kahkah.
So muzium kapal yang rare ceniaaa baru best!

Lepas keluar dari kapal tu, dah lecak-lecak ketiak apa semua,
kitorang singgah pekena ABC dulu sebelum gerak balik.
Baru masuk kapal beberapa jam dah kering tekak rindu ABC. Eee mengada!
Kalau ikutkan, kena tidur dalam kapal tu 40 hari 40 malam baru dapat feel sebenar seorang navy.
Rindu lah kau segala jenis nikmat atas darat sana.
Dua hari je pun dah setengah mati agaknya.
T____T

 
Yang belah kiri tu kenapa tu?
Amboi gelojohnya dia.
Malu kat abang navy.
;D

7 comments:

CikSiti said...

Hi kapten Abu Bakar Elah comel lah awak=)

Arwah abah saya pun navy..nanti nak bawaklah anak2 p sana..

Sally Samsaiman said...

jujur kata tak pernah sampai Perak...hahaha...teringin jugak nak kesana..huhuhu

nurul_luq_luq said...

WOW...SELALU NAU JIJI MAI SINI TP XPNH PLAK TERJUMPA KAN..HR TU MAI TELUK BATIK...LPS NI INSYALAH AKAN ADE LAGI BENDA2 BEST KT SINI TAU

ain.ya.nun. said...

Tajuk kemain serius tapi bila baca begetar-getar babat ni gelak sama.

Eh, tengok tang katil tu, sedih pulak haii.

Nurazmiah Zainuddin said...

Best baca:)

IeRA said...

Salam singgah

Jemput follow ye
http://teratakcassia.blogspot.com/

ziezah.com said...

lom pernah masuk lg dalam kapal navy even encik suami jijah pun navy.. tp part tido tu mmg betul. nak2 dia pegi belayar tidola reramai gitu..panas.. da la bawah tu enjin.