Paedophilia - Semua ibu bapa patut TAHU!

Ok topik hari ni serius sikit.
Sebab memang semua parents amat perlu ambik tahu pasal ni.
Dan aku sebenarnya dah agak lama jugak nak tulis pasal benda ni.
Cuma asyik bertangguh dan ambik masa.
Sebab kita ni, kalau nak tulis sesuatu yang untuk bahan rujukan orang lain,
kita sendiri kena buat banyak rujukan dulu.
Betoi?

Oh by the way.
Aku dah sihat heheh.
Not fully recovered lagi la tapi. Mungkin 78.6% recovered beheh.
Suara still macam wan maimunah.
Nafas masih tersekat-sekat di kala gerimis.
Biasa lah. Aku ni dah di tahap severe asthma kot.
T_____T

But takpe.
Lagi lama lagi banyak dosa terhapus insyaAllah.
Husnuzonni terhadap tuhan. Sebab tuhan tu tak pernah kejam.
Kan?
:)

Terima kasih kepada yang sudi mendoakan.
Bagi tips-tips kesihatan dan sebagainya.
Paling tak tahan ada yang wassapp,

"Semoga cepat sembuh Ji. Akak faham keadaan awak. Awak gemuk pun sebab steroid consumption kan?"

Gagagagagagaga!
Ada betul apa akak tu cakap.
Tapi saya baru je telan ciken foldover lima ketul.
Tu kira steroid jugak ke camane?
;D

Ok balik ke topik asal.
Tah kemana-mana kau melalut kan.

PAEDOPHILIA.
What is paedophilia?


Paedophilia atau paedophile,
adalah satu spesis manusia yang rare.
Diorang ni kalau tengok budak-budak,
akan timbul rasa SEXUALLY attracted.
Rasa STIM.

Scary kan?
Scary gila.

Sebenarnya kat Malaysia ni, ada golongan pedophile ini.
Memang ada dan memang wujud.

Cuma,
kesedaran kita ibu bapa di Malaysia terhadap gejala pedophilia ni amat sikit cikedis.
Cuba pergi randomly tanya mana-mana parents kat luar sana,
"Apa itu pedophilia?"

80% daripada mereka mesti ingat pedophilia tu nama kuih ke nama pokok ke apa.
-______-

Most of us tak aware pasal ni.
Dan bila tak aware,
kita tak faham kenapa terlalu banyak kes penculikan budak,
kes budak hilang, pergi playground tak balik-balik,
kes budak pergi beli kuih last-last kena rogol dengan pak guard dalam pondok guard,
kes budak lelaki 5 tahun kena liwat berulang kali tapi tak cakap apa-apa sebab ingat benda tu normal,
kes cikgu sekolah rendah perkosa murid, kes bayi diliwat, etc.

Bila baca kes-kes macam ni, kita sedih tapi KITA TAK FAHAM.
Tak faham how can all this happen.
Kenapa ada orang-orang yang pelik lahanat camtu perangai.
Kerja asyik nak attack budak je.

Itulah dia--
PEDOPHILES.

Pedophiles ialah the scariest kind of human-being yang ada extremeeee sexual imagination towards kids.
Diorang ni ada point-of-view yang berbeza bila tengok kids,
tak macam orang-orang normal yang lain.
Tengok gambar-gambar contoh di bawah.

Photo credits: Google images

Scary kan?
U don't say ini semua tak lojik. Tak masuk akal, etc.
Pedophile always see kids sebagai pemuas nafsu.
That's it.

So apa yang kita boleh buat?
Itu persoalannya sekarang.

Sebab ibu bapa lah yang kena main peranan PENTING.
Kalau bukan mak bapak siapa lagi?
Nak harapkan pak guard protect anak-anak kita, pak guard tu punnnn pedophile.
Cikgu kat sekolah punnnn boleh jadi pedophile.
-______-

Obviously kita tak boleh ubah these pedophile people.
Kita tak mampu nak azan ke telinga mereka sambil menyeru mereka balik ke jalan yang benar. -..-
Mereka akan sentiasa mencari kanak-kanak untuk mangsa seterusnya.
Tapi apa yang kita boleh buat ialah,
MINIMIZE THE RISK.

Kurangkan exposure yang tak sepatutnya terhadap anak-anak kita.
Contoh paling mudah,
SOCIAL MEDIA.

FIKIRRR sebelum publish apa-apa gambar anak di social media.
Ye saya tahu anak awak comel. Telanjang pun comel.
Semua anak pun comel.
Kan?

Tapi jaga privasi mereka.
Anak lelaki mahupun anak perempuan.
Jaga.

Gambar mandi, gambar tak pakai baju, gambar pakai skirt pendek, gambar terkangkang, gambar tengah change diapers, gambar anak pakai swimming suit, gambar bontot anak,
those photos are high-risk photos.
Pedophiles akan senang attracted dengan gambar kids yang menggeramkan camtu.
Lagi comel lagi geram.
You know what i mean.

"Ahhh lantak ahhh.
Ni kan anak aku. Facebook aku. Instagram aku. Aku punya suka ahh!!
Comel kott gambar anak aku tengah mandi.
Lagipun FB aku friends tak ramai. Ada family members dan close friends je."

Bare in mind,
pedophilia boleh jadi TANPA KITA SEDAR,
boleh jadi SESIAPA SAJE
termasuk ORANG-ORANG SEKELILING KITA.

Yes, anak-anak bagi kita mungkin comel. Adorable like hell.
But to pedophiles.
They get SEXUALLY AROUSED.
Beza kan, comel dengan sexually attractive?
Kan?

Pedophiles ni tak semestinya akan attack depan-depan,
ada jugak pedophiles yang senyap-senyap.
Jenis yang save photos or videos of kids yang geram-geram tu,
and they MASTURBATE and having sexual imagination using the photos.

Sounds insane kan?
Tapi possible. Sumpah possible.

Dan ingat,
walau se-private mana pun social media kita,
it still can be access by public in so many ways.
Nothing is private when it is ONLINE.

"Ahhh merepek!
Selama ni aku publish gambar bogel anak aku, takde apa-apa jadi pun!"

So kau nak tunggu anak kau hilang dulu,
kena culik dulu,
kena bunuh dulu,
 baru nak stop publish la?
Hmm?

Act now.
Mencegah lebih baik dari merawat.
Kan?


These are 12 safety rules
yang parents are encouraged to follow, to avoid our kids dari serangan pedophilia jahanam nih.

1) Never post photos of kids yang tak appropriate. 
Contohnya tengah mandi, tak pakai baju, tengah tidur terkangkang, pakai skirt pendek, etc.
Anak lelaki atau perempuan. Both kena jaga!

2) Never expose specifically lokasi sekolah anak, rumah babysitter anak, tempat anak main, etc.

3) Never post status yang macam,
"Rindu anak mama yang tengah kat rumah babysitter tu. Hari ni mama balik lewat malam sikit ye sayang."

Atau,

"Baru suruh Daniel beli telur kat kedai runcit kat depan sana. Cepat balik tau! Mama nak masak ni."

 NEVER.

4) Sentiasa teman anak kemana sahaja dia pergi.
Playground, rumah kawan, kedai, atau ke mana saje.
Yes, anak kita mungkin dah boleh berdikari, tahu jalan balik apa semua.
But remember, pedophiles are everywhere.

5) Latih anak untuk tidak duduk di atas peha / pangkuan sesiapa sahaja, terutama lelaki.
Tak kisah dalam apa jua keadaan, dengan sesiapa saje. Kalau boleh, AVOID.
Especially yang ada anak yang pasif atau jenis "duduk diam".

6) Jangan paksa anak kalau dia "tak selesa" dengan orang tertentu. 
Observe kelakuan anak, kalau-kalau dia nampak macam "takut" atau "mengelak" bila nampak mana-mana orang dewasa.

7) Alert dengan perangai anak. Kalau tetiba dia kemurungan atau ketakutan.
There must be something yang ganggu fikiran dia.

8) Ajar anak supaya tidak membenarkan sesiapa sahaja pegang, tengok atau "tersentuh" their private part.

9) Ambil peduli bila anak tak puas hati dan sedang bercakap tentang seseorang (dewasa).
Pay attention kalau-kalau there is something wrong with that particular adult.

10) Sentiasa pakaikan anak pakaian yang appropriate untuk tontonan umum.
Simpan sikit kecomelan anak untuk diri sendiri. Jangan ditayang-tayang sangat.
Peha nak tayang, bontot nak tayang, ketiak nak tayang. NO!

11) Respect your kids privacy. 
Bila anak tak mahu bergambar atau need some space or privacy, hormati kehendak mereka.

12) Kalau ada tanda-tanda anak korang adalah mangsa pedophile,
atau korang macam suspect seseorang itu adalah pedophile,
 terus call ChildLine 15999.
Adu lah apa sahaja pasal child abuse kat situ dan dapat kan bantuan.


Please parents.

We are currently living in an era yang langsung takde barrier.
Langsung takde sekatan.
Bila takde barrier takde sekatan,
hence takde keselamatan.
Pandai-pandai jaga diri.
Pandai-pandai jaga anak sendiri.

Pedophiles are everywhere.
Pedophiles can be anyone.

U don't say these people dont exist. They do.
Dan RAMAI sebenarnya.
Cuma kita yang tak tahu kewujudan mereka.
Because diorang tak bodoh untuk mengaku yang diorang pedophiles.
Kan?

Ada juga pihak yang kaitkan jenayah pedophilia ni dengan kos kahwin dan kos sara hidup di Malaysia.
Kos kahwin dan kos sara hidup semakin merepek menyebabkan semakin ramai lelaki yang membujang.
And they tend to use kids untuk melampiaskan syahwat.
Satu, sebab kids senang. Lemah dan tak mampu melawan.
Dua, free.

Na'uzubillahi min zalik.

Jom sama-sama kita tengok balik gambar-gambar anak yang kita pernah post dulu.
Kalau ada yang kurang sopan atau high-risk,
DELETE je.

Bertaubat dan sentiasa mohon perlindungan Allah.
Ye betul, kalau Allah tak izin, takkan jadi.
Tapi kalau Allah izin dan benda tu jadi,
ia sebenarnya berpunca dari tangan-tangan kita sendiri.

Esok-esok kita kena soal,
tentang setiap kemudaratan yang kita tak sedar berpunca dari tangan kita sendiri.

Mintak jauh.


p/s: Artikel ini adalah artikel orginal saya. Mohon share link blog dan bukannya copy-paste the whole article! Plagiarism is a crime!

77 comments:

aHLia ReDZuWaN said...

Ya Allah.
sepanjang hdup.
sy paling takut yg ni la..

mohon share ea kak jiji.
kt fb dan blog sy.
sy sertakan link blog akak....
syukran.

Rohaiza Abdul Kadir Zailani said...

Sgt senang difaham bila diolah dlm bahasa umum..tq ye..ilmu yg sgt berguna..sy share..semoga puan selalu share perkara yg berkait dengan safety..health..etc

yoorin melacolea said...

ini ke puncanya? memg attract kat kanak2 je?sebab sentiasa terfikir kat otak, y kids?? sedangkan kalau kau dah tak tahan pergi lah keluarkan modal ke pelacur ke hape.. sedihhh... jauhkan dari diriku dan anak2 ...

aisy haiqal said...

nauzubillah....more carefull after this..tq for the info..

Bidadari gojess said...

Nauzubillah.. risaunyer bila ada kes camni... kena be more alert n xtra careful. Tjanx for sharing dis info. Jazakillah

www.bidadarigojes.blogspot.com

Miss Yana said...

Takutnyer..tapi lagi takot kalo si ayah pon pedophile!

Faez Fathie said...

perkongsian yang menarik untuk diketengahkan dan dikongsi bersama.benda ni memang dah tahu lama.diorang ni ada masalah kecelaruan mental.sama2 la kita ambil langkah berjaga2.btw visit my blog picisan saya yang setahun jagung

ohsem21.blogspot

bubu otic said...

Mohon share...

Chrysalis Nurul said...

Subhanallah...Baru tahu apa benda nnya tu.. Tapi memang tahu ada orang yang macam ni..Cuma tak tahu dipanggil apa..Thanks for sharing..sangat-sangat bermanfaat...:-)

Tqa Zakariah said...

Thanks for sharing. .

Maria Firdz said...

Bgus sgt artikel ni... Buatkan sy nk stdy bab penyakit ni..

nurul izzaty said...

assalamualaikum kak.

takutnya! dekat insta kan banyak gambar kanak2 yang comel. tak sangka penyakit macam nih pun ada. thanks sebab share.

saya jadi excited nak tahu penyakit pelik macam ni. :)

kalau sudi, jemput ke blog nurul yang biasa2 ni.
http://differentalwaysbeautiful.blogspot.com

Syazwani Sobri said...

Assalamualaikum wbt...

Subhanallah, sy baru tahu psl penyakit ni...thanks for sharing... mmg sgt membantu dan senang untuk faham bagi org2 yang nk nak tahu psl pedophiles ni...

Mohon share yer...tq

Harap sudi ke blog saya...:)
http://syazwanisobri.blogspot.com

Mommy Eshal said...

Thanks jiji..gud info for parents esp..feel free baca blog saya..mommyeshal.blogspot.com

Hanie said...

Thanks utk info ini. Sy baru tahu.. mmg menakutkan..

Nadira Ismail said...

subahanallah..
good sharing sis.. tq dear..
mohon share your article yer...

Allene ALineWorks said...

good sharing sis.. br thu pasal ni.. uhhuhu

Azrin (Olin) said...

Thanks for sharing sis..a very good info to be concerned..

nor faezah alias said...

salam dear..it is really scary....thank u for sharing a really good info yg mmg ramai parents yg unaware of this including me.. mohon share ye.. thank u in advance..

Diana Kuddus said...

Very good sharing sis... Semoga Allah lindungan anak-anak kita semua...

Rin said...

Terima kasih atas perkongsian yg sungguh bermanfaat

puan seri said...

Thank you for clear explanation..it was a good sharing...

Syasya Harun said...

Tq for sharing kak....serius scary bila baca...mohon share kak ye...di blog n fb...

Credit to your blog...

Aini Amir said...

aku suka post gmbr anak dlm fb & any social network. ok anak aku comel like hell. but since kes colek, bunuh budak that prev month aku jd waspada. dan aku pun terdgr kat radio, pesanan dr sarjan sahab apa ntah dr jab jenayah bukit aman, he said -jgn post gmbr anak dlm social network & jgn post lokasi. sbb tu akan attract penjenayah.

since than, aku delete all my kids pic.

dan aku pos gmbr makanan je skrg :)

ReeN R. said...

Thanks for sahring.. good info.. mmg ramai lagi parents di malaysia ni yg tak aware dgn topic ni..

Moga kita lebih berhati2 slps ni supaya dpt elak perkara tak diingini..

Visit blog reen utk tips kesihatan..
http://zarsupplements.blogspot.com

Puteri Leya said...

Assalammualaikum sis, thank you for sharing this info.. sgt bermanfaat dan berguna.. sy pown xpenah tau ape itu pedophilia but since read ur blog, i know the specific name about kind of this people. mmg sgt menakutkan dunia skrg.. semoga kite semua d lindungi oleh Allah SWT. btw, sy mohon share yer sis.. thank you..

ayshateo said...

ada keluar pasal kes pedophilia ni kat astro 724 Law & order: special victims unit.. cerita pasal kes2 jenayah.. selalu tengok utk pengetahuan sendiri n brhati2..

Mohd Hafiz said...

ada terdengar somewhere, orang2 pedophilia cuba untuk mendapat kan hak sebagai salah satu mereka di sebabkan kelulusan LGBT orientation..

misz sheyla said...

menakutkan...kite selalu buh gmbr kt facebook...tapi xpernh lg yg bogel2

latifah suleiman said...

Jazakumullahu khairan jaza'

terima kasih dik atas artikel yang sangat bagus ni.

mgkin selama ni kita as a parents ada yg terlepas pandang..atau langsung tak tahu ttg spesis manusia PEDOPHILES ni.

akhirkata..
salam perkenalan dari akak

jemput ziarah www.latifahsuleiman.blogspot.com

seraa rose said...

nice share,, baru tau psl pnyakit ni..tq

Harihta Potter said...

Nice info sis ! Btw, steroid memang mem"besar"kan badan. Also terjadi kat i . Consume steroid 4 years ago atas arahan specialist . 4 dose of steroid everyday and 6 pills of steroid pills kalau asthma attack yg teruk sampai tahap tak leh nafas. Be strong sis ! Syafakillah !!

Anishaziela Azizan said...

baru saya tau...xpernah tau pn paedophilia sblm ni,xpenah dgr pn word tu..thanks for sharing..sgt berguna dan bermanfaat..

ziezah.com said...

Baru tahu ni kak.. menakutkn juga.. minta2 ank2 kita di jauhkn.. tq sharing kak

Pn.Kacang said...

Salam perkenalan sis.
Good sharing. Sblm ni hanya tahu tapi tak faham. Thankz sbb listkan beberapa erkara yg boleh dilakukan as parents. Insyaallah sy akan buat itk anak-anak saya.
Moga bermanfaat buat mereka yang lain & moga dijauhkan anak2 kita drpd erkara sedemikian. Scary!!

Nor Belleza said...

Tq for the info...

siti nurafida noh said...

Orang sekarang makin bermasalah mental. Doakan anak kiya sebtiasa dilindung. Disamping ajar anak kita ajaran islam

efie muhamad said...

Nauzubillah... menakutkan sangat2! Perkara yg kita rasa mustahil, memang sbnrnya tak mustahil untuk berlaku.. semoga kita semua dalam lindungan Allah...

Croppsy Picsey said...

Hi everyone,

Pedophilia is an issue everyone should know. I know Malaysians are people who are caring and trusting, yet sometimes that trust lands where it should not be.

A strong bond and a stronger understanding could easily avoid/deal with such circumstances, should it ever happen, and I did not have those when it happened to me, more than 20 years ago.

As a small kid, I thought wearing kain pelikat made me so much like an adult, because every man in my household wore those. It was my biggest mistake. I hated going back to my father's hometown for raya, and I always wanted to be out of the house when we're there.

The pedo in my case, was my own uncle, not related by blood, a teacher by profession. I hated teachers in general, and believe there was nothing good I could learn from them, generalization is bad, yes, but to a kid with no one to turn to, marking them as enemies gave me a reason to go on.

After several approaches by that uncle, who always comes only at night, I became severely reclusive, and not a very good son. I like to escape from my house, only coming back as late as I can, 7-8 on-wards.

It was terrible to be at home, it does not feel safe being among my own family anymore that time. My parents attributed my behavior to negative influences, they thought video games made me that way. Irony is, video games made me feel most comfortable, as those games brought me out of the sorrowful world in a world where I have control over, it was nice. Sometimes I play those games with tears running down my cheeks.

The impact of what was done to me is huge then, and is still huge now. Confidence is one of the first things that goes out of the window, I still hate taking pictures and would try my best to avoid having my picture taken, friends would think I'm being silly, I dont blame them, nor do I blame my parents, Allah just wants to give me a really challenging quest, and I thank him for that. I learn something golden from this, and it is that everyone, despite the years under their belt, the beard, the title, makes a godforsaken life decision.

I kept this tragedy a secret for such a long time, and only told my father about 5-6 years ago, his response was a quiet one, if there's any.

So yeah protect your children, trust them, pay attention to them, If I could, never would I put any kid in my position. It is a most dreadful thing to happen to anyone.

noraidamansor.blogspot.com said...

Terima kasih atas kupasan yang mudah difahami.
Moga Allah berikan kekuatan kepada setiap ibu bapa untuk lindungi anak-anak daripada segala ancaman dunia.

fara ibrahim said...

Assalam kak,.. tak de tindakan mahkamah ke untuk hukum manusia berpenyakit pedophilia ni? semua ni kan nafsu. salah mereka bila tak menghalang nafsu sendiri.

Dalila Yusof said...

Menakutkan apabila kita hidup umpama tanpa pagar...org noleh ceroboh masuk amek hak kita ikut sukati diorg kan....semogkita mpu hadapi hidup yg serba mencabar ini...

Finaz Hussein said...

Good info...

Essyamimie said...

😭 besarnye ujian... pasti ada hikmah

eima said...

Good info...kite semua perlu tahu pasal ni dan perlu sedar...wlupun aku sedar kewujudan mereka sbb terlalu suka dgn cite csi dan svu....tp kadang tu terlupa bab gambar wlupun dlm cite dok ulang osl mende ni berkali ....tq my dear to remind us again ....

aisyah humairah said...

Mohon share

Min Aina Ila Aina said...

Info dan ingatan yang berguna. Kdg2 kita terlupa yg tak semua org normal mcm kita. Sbg ibu bapa, kita juga perlu doakan kesejahteraan anak2 setiap kali lepas solat dan sentiasa doa dalam hati moga Allah pelihara mereka

Nor Liza Saad said...

info berguna kpd parents dan semua warga. ..mohon share

AZLINA HAMDAN said...

Ya allah
Buat saya terfikir untuk review balik album kat fb dan delete gambar anak2 yang rasanya boleh mengundang malapetaka.terima kasih atas info. http://azlinahamdanstory.blogspot.com

JOHOR MASTERBLOGGER said...

Terima kasih atas info yang berguna ini.

khuzaily kamarudin said...

Speechlees baca story ni

W.norhanisah W.ibrahim said...

Menakutkan bila baca..alhamdulillah dengan artikel ini dapat memberi kesedaran kepada ibu bapa pentingnye tidak terlalu expose gambar anak.

kebaikan vitamin c utk kulit cantik

Noor Aini said...

Assalamualaikum thanx for sharing this very important info..anything can happen without we realise. if u dont mind i would also like to share this info too..

Nurul Huda M S said...

Subhanallah. Terima kasih di atas ingatan. Kadang2 kita ibu terleka dengan perbuatan kita sendiri.

jom klik untuk tengok video ibu hebat ni

emyashura ashura said...

Subhanallah..

Emy ada 2anak perempuan yg sedang membesar., trima kasih krn mberikan nasihat., saya dan suami memang selalu perhati anak2 kalau pegi playground.. huhu.. takut sesangat..

Insyallah akan cuba praktik apa yg d nasihat..

Feel free to blogwalking mine.. emyashura83/blogspot.com

maria s said...

Allah scary nya dengar, izinkan saya kongsi artikel ni di blog dan fb kak ji.

Farah Hanie said...

Sangat menyerammkannn..manusia zaman sekarang dah gilaaaaaa!!!
mudah mudahan aku , bakal anak2 ku , keluargaku , sanak saudaraku dan orang di sekelilingku dijauhkan dari semua ini Ya Rabb :'(

ain.ya.nun. said...

Explanation yang senang difahami. Tq AJ.

Minta dijauhkan lah dari kita semua. Orang-orang macam ni, kadang-kadang kita tak sedar, ada juga di kalangan yang rapat dengan kita.

Apapun, sama-samalah menjaga keselamatan anak-anak kita.

p/s: mohon share ye AJ. tak semua orang tahu tentang benda ni.

dalila said...

Satu ilmu yg sgt2 berguna..tq 4 sharing..mmg seram bila pkirkan mcm2 yg jadi skarang..

Niza Ismail said...

Assalammualaikum,

Thank you for sharing this information and breaking it down to its simplicity. It helps making everyone understands the dangers of paedophiles to our children.

With you permission, I would like to share this in my blog.

Thank you.

Hafiza Akib said...

Fuhh. Menyeramkan. Japg kena delete la gambar kasi tapis dulu.. mcm2 manusia ni. Kalau iman tebal didada...takkan jadi la mcm2 pelik

Zuraidah Salleh said...
This comment has been removed by the author.
Zuraidah Salleh said...

Thanks for sharing the good info. Memang pernah dengar isu ni.. tapi ingatkan sekadar cerita je... minta permission nak share dalam blog saya.

Julia Johari said...

Great explanation about pedophiles, pernah dengar ttg that words dulu cuma penjelasan kurang didedahkan...

MommyLotte said...

These things happen, walaupun tak terjangkau akal kita. Yelah, apa yang nak bernafsu ngn bdk2 kan.
Tapi kita kena aware dah zaman la ni over and oversexualization. tgk tv cmna teruknya apa yang dipaparkan. google MKULTRA n tgk apa 'programming' jahat depa buat yang menjurus kepada pedophile.

Zaman la ni, dari kecik, pakaikan baju yang sopan2 kat anak je lah (especially girls..no more bare legs with tutus or halter top..) bahaya.

Admin, mohon share ye. jzkk.

Maz Anwar said...

Good info, thanks for sharing.. self noted utk saya juga..

~love nuwha~ said...

MOHON SHARE SIS..

Cik Iman said...

Masyarakat kita paham orang dewasa nafsunya dengan orang dewasa gak. Orang tua atau anak kecik diorang pike tak mungkin la ada nafsu. Tapi nafsu bukan takat anak kecik je. Kalau la ibu bapa kita pike out of the box.

deekay eyzah said...

Thanks for the explanation.

Fara Sainai said...

Perkongsian yang sangat bagus. Kalau saya tak bukak share link blog awak ni mmg saya sendiri tak tau apa tu pedophile.... ingat tadi sejenis virus penyakit...

Memang kena more sharing about this Thanks agains...

Fara Sainai said...

Perkongsian yang sangat bagus. Kalau saya tak bukak share link blog awak ni mmg saya sendiri tak tau apa tu pedophile.... ingat tadi sejenis virus penyakit...

Memang kena more sharing about this Thanks agains...

irene kass said...

Thanks for the info.. article Puan membuatkan saya lebih alert dan lebih berhati2 dalam menjaga anak2 saya di zaman yang penuh mencabar ini.. Mohon share article Puan ni ye..
VIVIX TONIK MERAH AJAIB

Ummu Athiyah Ismail said...

mohon share sis..tq

aina amin said...

Nauzubillah..
ainaez.blogspot.com

Reen said...

Nauzubillahhhminzaliq mintak d jauh kan

Nia said...

Good article! Semput mengenangkan ada manusia serupa ini. Ini bukan jenayah biasa macam mencuri atau rasuah. Ini melibatkan mental individu tersebut.

Nia said...

Good article! Semput mengenangkan ada manusia serupa ini. Ini bukan jenayah biasa macam mencuri atau rasuah. Ini melibatkan mental individu tersebut.