9 Tips Potty Training Waktu Malam.

Ok ini entry yang dijanjikan 4 minggu lepas.
4 minggu lepas beriya janji, tapi hari ni baru nak tunaikan.
Maka..
parti politik manakah saya?
Wah teka-teki cemas.
;D

Ok dah dah.
Nanti kantoi lagi personaliti sebenar saya.
Hahahahaha.

Sebenarnya entry ini adalah kesinambungan dari entry berikut:
Tips Permulaan Potty Train

Sila klik dan baca entry yang tu dulu,
pastu datang balik sambung baca entry ini.
Sebab yang dulu tu adalah untuk potty train siang hari.
Dan entry ini adalah untuk potty train malam hari.
So buat siang dulu, dah success siang, baru try potty train malam.
 Sebab potty train siang lebih mudah dan budak-budak pun lebih cepat belajar.

Ramai jugak yang suruh saya kongsikan the exact milestone sepanjang potty train Haikal.
Ok saya mula train Haikal masa dia berusia setahun setengah.
Itu pun dah agak lewat. Orang dulu-dulu train anak seawal anak boleh berdiri.
Hamik kau. ;D

Haikal lulus secara rasminya dan tak perlukan diapers pada waktu siang bila dia genap 2 tahun.
Sejak itu, Haikal memang dah free-diapers samada dalam keadaan berjaga atau waktu tidur petang.
Lepas dah berjaya yang siang punya, saya terus proceed untuk potty train malam.
Means, potty training sebelah malam bermula ketika Haikal berusia 2 tahun lebih.

Potty train siang hari adalah jauhhhhh lebih senang dari potty train malam hari.
Satu, sebab anak tengah berjaga.
Dua, dia dalam keadaan sedar dan aware tentang keadaan biologi badannya.
Dia boleh rasa perasaan nak kencing atau nak vera.
So agak mudah bila dia sendiri sedar dan belajar mengenali badannya.

Tapi potty train malam, agak payah dan agak memakan masa.
Haikal sendiri ambik masa 6 bulan untuk secara rasminya lulus potty train malam.
Dan alhamdulillah, genap 3 tahun umurnya, Haikal dah tak perlukan diapers lagi sampai bila-bila.
InsyaAllah.
Jimat duit bulanan beli diapers. Boleh topup duit beli kolajen mama.
;D

Tapi perlu selalu ingat.
Milestone yang saya kongsikan ni adalah mistone Haikal.
Ada anak yang mungkin berbeza.
Mungkin lebih advance atau lebih perlahan dari Haikal.
Itu biasa.

Kita sebagai parents, buat je apa yang patut.
Selebihnya terpulang kepada penerimaan anak itu.
Let them take their time to learn.
Di hujung masa nanti, mereka PASTI boleh melakukannya.
PASTI.
=)

Another common question yang selalu diajukan ialah,
macam mana saya nak tahu anak saya dah ready untuk potty train atau belum?

Ok bak kata doktor pakar kanak-kanak,
basically at the of 2, budak dah ada sense of buang air.
They begin to realize proses perkumuhan yang berlaku pada tubuh mereka.
Means, diorang dah boleh sense atau rasa, "nak kencing" atau "nak vera".

So tanggungjawab kita sebagai ibu bapa atau penjaga adalah,
stimulate their brain untuk memahamkan mereka tentang apa yang sedang berlaku.
Latih mereka untuk kencing dan vera di jamban.
Let them know bahawa itu adalah bahan kumuh atau najis yang kotor,
yang tak sepatutnya disimpan atau diperap dalam diapers sehingga menjadi doh donut.
;D

Dengan latihan yang KONSISTEN,
secara tak langsung akan melatih otot pada private part kanak-kanak tersebut untuk
lebih kuat menahan bahan kumuh, serta berkebolehan untuk transmit information to the brain,
supaya bahan kumuh tersebut di"released" di tempat yang sepatutnya.

Dalam masa yang sama juga,
 usus dan pundi kencing anak-anak akan lebih kuat dan
berfungsi untuk menyimpan bahan kumuh.
So diorang akan mampu tahan lebih lama dan
kawal masa kencing dan vera secara automatik.

But again, ini semua perlukan latihan yang KONSISTEN.

Satu lagi indikator penting tentang masa yang sesuai untuk mula potty train adalah,
apabila diapers anak kering dalam masa 2-3 jam.
Ini bermakna dia dah ada kebolehan untuk menyimpan urine dalam bladder,
dan dah tahu untuk menahan dan mengawal pengeluaran tersebut.
Yang tinggal cuma nak melatih dia membuang di tempat yang betul je.
=)


So ini ada beberapa tips potty training untuk malam hari:



1) Observe rutin anak ketika tidur.

Ok langkah pertama sebelum betul-betul latih anak untuk "cerai diapers" pada waktu malam ialah, dengan OBSERVATION.
Bangun pada waktu-waktu tertentu pada tengah malam dan observe,
pukul berapa diapers anak mula basah dan berapa kerap dia terkucil di dalam diapers.
Observe la dalam seminggu dua camtu.
Untuk kenalpasti kekerapan dan jadual perkumuhan mereka.

Dan bila dah kenal pasti, contohnya

Oh anak aku selalunya terkucil pada pukul 4 pagi.

Atau

Oh anak aku kalau bukak aircond dia kucil pukul 3 pagi, 
kalau buka kipas je dia kucil pukul 5 pagi.

Atau

Oh anak aku kalau minum susu 2 botol, dia kucil pukul 4 pagi, 
kalau minum sebotol je, lepas subuh baru terkucil.

Atau

Oh anak aku kalau tidur baju lengan panjang, tak kucil sampai subuh. 
kalau baju lengan pendek, pukul 4 pagi dah terkucil. 

Atau

Oh anak aku kalau kencing dulu sebelum tidur, diapers dia tak basah sampai subuh. 
Tapi kalau dia tak kencing sebelum tidur, diapers dia basah pada pukul 5 pagi.

Itu contoh.
Perhatikan atau observe rentak anak masing-masing.
Rekod kalau perlu.
Ini penting supaya kita lebih tahu step yang nak diambil seterusnya dalam usaha untuk menceraikan diapers daripada anak buat selama-lamanya.
Wah gitu.



2) Bed sheet liner kalis air.

Ok untuk beberapa minggu pertama,
boleh pasang bed sheet liner yang kalis air di bawah cadar tempat anak tidur.
Kebocoran atau terkucil secara tak sengaja adalah perkara biasa dalam potty training.
Lebih-lebih pada waktu tidur malam.
Anak-anak susah untuk sedar tentang sistem perkumuhan mereka ketika "deep sleep" pada waktu malam.

So dengan lapik tilam kalis air tadi,
mak-mak hanya perlu uruskan cadar sahaja jika berlaku kebocoran, tanpa perlu menyental tilam.
Ini juga penting untuk mengurangkan kemarahan mak-mak apabila melihat air kencing meresap jauhhhhh ke dalam tilam vono mesra tulang belakang kesayangan mereka.
Terus berbondong-bondong febreze dia spray.
;D

Jadi dengan adanya lapik tilam kalis air, tilam mahal saya selamat dari serangan air kencing anak saya.
Dah la anak saya tu suka makan petai. Memang tak la saya nak bagi dia siram tilam mahal saya.
Kata si ibu malang kepada mak temah, jiran sebelah rumahnya.
;D

So better ada bedsheet liner kalis air.
Kat tesco atau giant ada jual.



 3) Encourage anak untuk membuang sebelum tidur.

Ini mungkin payah pada mulanya.
Tapi lama-lama insyaAllah anak akan terbiasa.
Untuk permulaan, parents mungkin boleh banyakkan "positive reinforcement" untuk galakkan anak-anak suka membuang sebelum tidur tanpa perlu dipaksa.
Apa itu "positive reinforcement" dan bagaimana caranya?
Saya pernah explain dalam ENTRY INI.

Latih anak untuk kosongkan pundi kencing sebelum tidur adalah sangat penting,
supaya anak tak terbabas terkucil di atas tilam.
In fact kajian mengatakan, anak akan tidur lebih nyenyak dan selesa selepas mengosongkan pundi kencing sebelum tidur.
Alah kita yang dewasa pun macam tu. Kan?
=)



4) Kejut anak bangun pada waktu yang dia selalu kencing, 
dan bantu dia ke bilik air.

Alhamdulillah saya tak mengalami proses ini,
memandangkan Haikal boleh tahan kencing sehingga 8 jam ketika tidur malam.
Maybe sebab dia tak minum susu botol sebelum tidur.
So kekerapan dia kencing tu kurang.
So itu dah macam satu bonus lah untuk saya. Behehe.

Tapi bagi anak yang minum susu botol, perhatikan kekerapan dan pukul berapa selalunya dia kencing malam.
Katakanlah pukul 4 pagi,
so ibu bapa perlu gagahkan diri untuk bangun pada waktu itu dan bantu anak untuk kencing di bilik air.
Mungkin boleh bergilir-gilir. Hari ini giliran ibu, esok giliran bapa.
Camtu.

Suami isteri kan memang sentiasa kena teamwork.
Masa nak buat anak dulu pun teamwork kan?
Mata berat macam mana pun, sanggup teamwork.
BAHAHAHA.

So nak potty train anak pun, harus TEAMWORK ok!
=)



5) Bagi anak yang minum susu botol, 
latih menyusu 2 jam sebelum tidur.

Ini agak tough bagi anak-anak yang kena menyusu botol untuk terlena.
Walaupun saya tak mengalami perkara ni sebab Haikal memang tak pernah minum susu botol,
tapi saya cukup memahami behaviour anak-anak sebegini.
Behaviour anak-anak yang perlu "nyot-nyot"botol dulu baru terlena.
So parents kena bekerja gigih sikit untuk latih anak mereka untuk tidur tanpa bergantung kepada botol susu.

Kenapa kena 2 jam sebelum tidur?
Supaya susu tu sempat hadam dan anak boleh mengosongkan pundi kencing mereka sebelum tidur.
So insyaAllah, tiada kebocoran akan berlaku di malam hari.
:D



6) Kurangkan caffein dalam diet anak.

Especially untuk anak-anak yang minum susu berperisa coklat.
Atau Milo, Vico, Ovaltine, etc.
Atau anak-anak yang memang suka makan snack coklat.


Picture credit: Google Images

Contoh minuman lain yang ada caffein, seperti coffee dan teh.
Semua punnnn mengandungi caffein ye.

Kenapa kena kurangkan caffein semasa potty training?
Sebab caffein membuatkan badan anak mengeluarkan lebih banyak air.
Means, lebihhhh banyak kencing.
So proses potty training mungkin lebih susah kalau anak kerap kencing malam.
So salah satu caranya, kurangkan caffein.

Mungkin boleh tukar kepada susu yang berperisa buah-buahan ke apa.
Cuba cari alternatif.
Okeh?



7) Beli spenda kegemaran dan cadar kegemaran.

Kalau macam Haikal, dia suka semua yang ada superheroes. -____-
So beli la spenda dan cadar Spiderman ke, Ironman ke, Batman ke apa jadah tu semua.
Spenda tu pakai kan kat anak sebagai substitute kepada diapers,
dan cadar pasangkan kat tempat anak tidur.

Picture credit: Google Images.

Pastu malam-malam sebelum tidur, pesan kat dia,
"Haikal sayang tak cadar dan spenda Superman ni? So takmo kencing kat dia k.
Nanti busuk, mama terpaksa la buang spenda dan cadar ni. Sebab dah terkena kencing Haikal."

Itu contoh.
Kasi dia gerun sikit dan terus ter-motivated untuk tidak kencing malam.
Gitu.

Kalau anak pompuan, takde lain la.
Mesti nak spenda Elsah Frozengg.
-______-



8) Star chart & positive reinforcement.

Ok star chart ni basically untuk letak kat kalendar,
untuk tanda hari-hari yang anak tak kencing malam.
So dari situ kita boleh tengok pencapaian dia dari minggu ke minggu.

Mungkin jugak boleh dijadikan sebagai positive reinforcement.
Contohnya, kejut anak bangun pagi dan puji dia kalau dia tak kencing malam.
Pastu ajak dia letak stiker bintang kat kalendar sama-sama.

Tak semestinya stiker bintang la kan.
Stiker elsah frozeng pun bolehhhhh.
Nak jugak dia kannnnn.
Hahahaha.

 Mungkin boleh juga beri anak lebih perhatian pada hari tersebut sebagai reward kerana dia tak kencing malam.
Contohnya, bawa dia pergi playground ke, tengok favourite movie sama-sama ke, etc.
Positive reinforcement sikit sebanyak dapat motivate dia untuk berusaha lebih supaya tak kencing malam.
=)




9) Kuncinya, sabar dan konsisten. 
Kawal diri dan jangan mudah marah kalau anak terbabas.

Dalam proses pembelajaran, terrrrbabas atau terrrrulang kesilapan itu biasa.
Lebih-lebih lagi untuk anak yang sedang membesar,
yang baru nak develop skill-skill asas kehidupan macam ni.

So kita ibu bapa,
Kawal kemarahan dan dorong anak lebih lagi untuk terus berjaya mencapai sesuatu target.

Boleh buat negative reinforcement atau denda kalau anak terkucil waktu malam,
tapi tidak perlu berlebih-lebih sehingga mematahkan semangat anak untuk berusaha.

Contoh, kalau anak terkencing malam, boleh tunjuk dia kalendar yang ada star chart tadi,
dan explain dengan tegas,
"Hari ini tak boleh tampal stiker bintang sebab malam tadi Haikal kencing atas katil."

Dengan berkata macam tu je pun sebenarnya dah cukup untuk buat anak tadi rasa terkesan dengan perbuatannya.
Atau kalau nak hukuman yang berat sikit,
boleh ajak dia tolong kemas katil, tolong cuci dan sidai cadar yang kotor tadi.
Secara automatik anak akan rasa padah di atas perbuatan dia.
Itu pun sebagai salah satu denda yang efektif.

Denda bagus untuk bagi anak beringat, tapi tak boleh berlebih-lebih.
Jangan pulak denda tak bagi makan seminggu.
Banduan dalam penjara pun diberi makan bhai..
-______-


Ok itu saje untuk hari ni.
Semoga bermanfaat!
=)

10 comments:

Nor Murni Fairouz Rafingi said...

Thanks for the tips! Anak dah 2 tahun. Boleh la train..hadei..hehe

Ulul Hana said...

Tips yg sgt bguna..bleh try nnt wpun baby still dlm prut lg ni, hehe. Thanks 4 the tips ya!

norsalihah shaleh said...

wlpun saya blm berkawen tp blh guna tips2 ni bg kt adik saya yg bakal dapat anak sulung nnt ... thanks atas perkongsian :-)

Fazidawani ari said...

thanks tips potting training. gegirl saya 3 tahun nampak minat tak nak pakai pampers. cth dia dah kencing dlm pampers tp still nak ke toilet utk kencing. sama juga nak vera..dia dah vera dlm pampers tp still nak vera kat toilet. saya beri peluang kat my gegirl dan explain caranya.
my boboi dah 5 tahun erm still pki pampers utk mlm lah.
jom lawat my blog http://ddiamondvitshop.blogspot.com

dorsett pink said...

waaahhh!!. tips yang sangat sangat sangat berguna.. tq for sharing

www.dorsettpink.blogspot.com

tenku butang said...

wah.. teman suka blog niiiii! nak masuk dalam bloglist!

AZENI AHMAD said...

Memang betul.
Sangat setuju.
Saya pun apply yang sama kat anak saya.
Yang penting konsisten dan jangan mudah marah.

Salena Shafiee said...

Tq for the tips jiji! Sedang potty train my 2 yo DS waktu siang je. Kadang2 fail juga musim-musim hujan mcm sekarang. Sejuk.. ><

Syima Syaz said...

Tergelak baca part anak perempuan suka spendar elsa frozen... Kihkih...

Thanks for the tips...

QasehnyaRania said...

assalam.. nice sharing
singgah sini baca tambah ilmu..
dlm proses ajar anak juga..
semoga dipermudahkann olehNya aamiim