8 Cara Kawal Anak Daripada Ketagih Tab atau Ipad.


Ini bukan kali pertama orang tanya saya soalan macam ni.
So saya rasa ada bagus jugak kalau saya jawab kat sini supaya..
supaya orang takkan tanya dah? ;D

Ok tak tak.
Supaya sama-sama boleh dapat manfaat, insyaAllah.
Wah gitu ayat pencetus ummah.
:D


Ok so basically soalannya,

Adakah Jiji ada dedahkan Haikal dengan tab atau ipad?
Yes, of course ada. Inikan zaman mereka.
Kenapa pula nak sekat pendedahannya?

Adakah Haikal addicted dengan ipad?
Tak.

Sebab?
Saya kawal.

Kenapa kawal?
Haikal baru 3 tahun.
Kencing berak dia pun masih perlu dikawal.
Makan minum dia pun masih perlu dikawal.
Badan diri sendiri pun, dia masih tak mampu mengawal sendiri,
inikan pula saya nak bagi dia 100% kebebesan ipad tanpa sebarang kawalan?
Common sense kot, kan?

Perlu ke kawal?
Bagi saya, perlu.
SANGAT PERLU.

Kalau tak kawal?
Jadi la macam anak si penanya di atas.
Heheh.

Macam mana saya kawal?
Ok jom saya share.

Tapi sebelum tu saya nak beritahu, apa yang bakal saya share ni adalah cara saya.
Tak semestinya korang perlu setuju semuanya.
Ok?

So berikut,
adalah cara saya kawal Haikal daripada ipad addiction.
Bukan ipad je la, semua gajet pun saya buat macam ni.




1) Jangan charge 100% full battery.

Saya tak pernah charge ipad sehingga full battery.
Paling banyak pun sampai 15-20% sahaja.

Kenapa?

Sebab ia secara tak langsung dapat limitkan penggunaan ipad tu sendiri.
Habis bateri, habis la tempoh penggunaannya.
Dan kalau bateri full, selagi tak habis, selagi tu lah anak taknak lepaskan.
Kan?

So basically itu cara saya latih Haikal supaya guna ipad dalam tempoh masa yang dibenarkan sahaja.
Maximum battery 15-20% sahaja untuk sekali pakai.

Dulu saya pernah ditegur oleh seseorang. Kalau buat macam tu, nanti ipad cepat rosak.
Sebab terlalu kerap charge dan ipad asyik turn off sendiri.
Well, jawapan saya senang je.
Better lah ipad rosak, daripada anak rosak. Kan?
Dan kalau sayang ipad, tak payah la bagi anak pinjam langsung aduinyapun.
;D



2) Jangan ajar anak unlock atau key in passcode.

Tips ni saya belajar dari salah seorang mentor saya.
Dia pesan,

"Apa sahaja yang mudah melalaikan macam TV, radio, smartphone, tab, ipad, computer, laptop, games, 
JANGAN SESEKALI AJARKAN ANAK TURN ON / UNLOCK SENDIRI."

Kenapa?
Kerana kebinasaan otak, pemikiran dan behaviour anak selalunya bermula dari situ.
Haa tegak bulu roma kan?
;D

Saya pernah dengar somewhere,
"Manusia akan rosak kalau diberi dua perkara. Duit dan kuasa."

So in this case, we're talking about KUASA.
Bila kita bagi anak sesuatu gajet dan mereka dapat 100% kebebasan untuk turn on / unlock dan
sewenang-wenangnya boleh menggunakan gajet tersebut pada bila-bila masa,
itu bermaksud kita dah bagi mereka KUASA.

So bila anak mula ada kuasa untuk turn on,
of course automatically dia juga ada kuasa untuk turn off pada bila-bila masa dia mahu.
Maka makin lama makin payah la nak suruh anak stop.

Bermula dari saat kita bagi diorang kuasa itu lah,
diorang takkan dengar cakap kita lagi bila kita suruh berhenti.
Dan bermula saat itu juga, diorang akan pandai-pandai sendiri ambil dan turn on,
bila-bila dia mahu.

Maksudnya?
InsyaAllah rosaklah anak itu.
 -_____-

Ini bukan mendoakan. Ini fakta.
Kita yang dah 40 tahun akhil baligh ni pun masih tak mampu nak lawan nafsu main smartphone,
inikan pulak nak bagi budak belum mumayyiz main henpon, pastu expect budak tu reti stop sendiri.
Are you kidding meh?

So again.
Apa-apa pun jenis hiburan yang nak diberi,
pastikan kita (ibu bapa), yang berkuasa untuk memulakan dan memberhentikannya.
Kerana kita yang sepatutnya berkuasa ke atas anak-anak, dan bukan sebaliknya. Kan?

Do it right, parents!



3) Pastikan anak faham, tab/ipad itu kepunyaan ibu bapa, 
BUKAN DIA.

Never say something like,
"Kakak, tolong ambilkan ipad kakak tu. Ibu nak pinjam sekejap."
"Adik, ibu dah download baaanyak game untuk adik dalam tab ni. Nanti adik bosan boleh la main."

NO.

Jangan sesekali katakan bahawa ipad itu milik anak.
Macam point kat atas tadi, ia seolah-olah bagi anak KUASA.
"Ipad kakak" atau "tab adik" itu bermaksud ipad dan tab tersebut adalah kepunyaan mereka.
So kalau dah kepunyaan anak, maksudnya apa?

Ibu bapa akan hilang kuasa.

Anak-anak ni, dia pedulik apa ipad tu beli pakai duit siapa.
Yang dia tahu, ipad tu dia punya.
Sebab mak bapak sendiri yang cakap begitu.

So nanti sampai satu tahap, bila kita perasan anak dah mula ketagih,
baru la terhegeh-hegeh nak beritahu diorang,
"Kakak, ipad tu mama yang beli tau. Kena ikut cakap mama. Bagi balik ipad tu!"

Halahh pedulik apa dia. -..-

So sentiasa tegaskan dari awal, dan make your kids aware,
yang ipad dan tab itu ialah kepunyaan ibu bapa.
Mereka hanya PINJAM.
So bila pinjam, maksudnya kena pulangkan semula bila-bila masa ibu bapa minta.

Semudah itu je sebenarnya.
=)



4) Gunakan ipad / tab sebagai positive reinforcement.

Macam yang saya pernah tulis dalam ENTRY INI,
positive reinforcement adalah ganjaran.
Ini yang saya selalu buat kat Haikal.
Guna ipad hanya sebagai ganjaran bila dia achieve sesuatu.

Buat something good dulu, baru dapat ipad.
Encourage anak untuk achieve something more, to get more entertainment time.
Contoh kalau saya homeschool Haikal, dan dia macam cranky atau tak fokus,
saya akan "guna" ipad untuk encourage dia,

"If you finish this puzzle, you will get ipad for 15 mins."
"If you read two pages iqra' today, you will get to play one game on ipad."
"If you follow mama solat properly, we will sing some songs on yotube."

 Itu contoh.

So Haikal jadi motivated balik untuk fokus apa yang saya suruh.
But not allll positive reinforcement should be ipad la.
Semua benda pun nak ipad payah la kan. Haha.
10 kali anak kau buat benda yang kau suruh, 10 kali tu la kau bagi ipad.
Baik bagi terus.
-_____-

Tukar-tukar la jugak, positive reinforcement can be anything yang anak suka.
So kalau boleh, (kalau boleh la) biarlah ipad tu jadi your last option.



5) Try to divert their attention first, before offering the ipad.

Especially kalau anak dah tahap addicted macam yang berlaku kat si penanya di atas tadi.
Kalau boleh everytime anak minta ipad, try divert attention dia ke arah benda lain.
Ajak main puzzle ke.
Ajak main conteng-conteng ke.
Ajak masak-masak ke.
Ajak buat art and craft ke.

Selagi boleh divert, divert.
Selagi boleh buat anak lupa ipad, buat.

 This is to minimize the addiction.
Kalau berjaya buat benda ni secara konsisten,
lama-lama anak akan develop hobby lain dan semakin kurang addicted dengan ipad.
Kalau parents KONSISTEN lah tapi.

This might not work or hard at first, tapi jangan putus asa.
Of course parents kena kental.
Ipad addiction is clearly has more harm than good.
So semestinya kita taknak addiction tu rosakkan hidup anak kita lebih lama.
Kan?

So buatlah apa saje, to minimize the addiction.
Slowly.
But surely.



6) TEAMWORK is important.

Ibu dan bapa kena ada ground rules yang sama.
Kalau ibu kata tak boleh, tapi bapa kata boleh,
it won't work.

Takkan anak umur 2-3 tahun boleh decide, nak ikut ibu atau bapa?
Kan?

So you BOTH have to have the same ground rules.
Dalam bab gajet ni, parents kena sepakat.

Katakan korang nak bagi anak guna ipad for at most 30 mins at a time,
dua-dua kena setuju dengan rule itu.
Jangan kang mak suruh turn off ipad, si bapak pulak back up anak,
"Takpe la, bagi la dia tengok lagi 4-5 jam."

-______-

Kan Dr. Aw pernah pesan dulu, dalam ENTRY INI,
"Kids can lose respect towards either one of their parents, when the parents have no teamwork/congenial."

So dalam bab anak,
parents always have to be sepakat dan sehaluan.
Buat la ground rules bersama, yang baik untuk anak.

Yang kaum bapa pun. Tolong la mainkan peranan.
Amboi.. anak mengamuk, kau pun nak ngamuk kan.
Malam jumaat dua tahun lepas tak pernah terfikir pulak pasal ni kan?
-______-


7) Sentiasa BERINTERAKSI ketika anak layan tab / ipad.

Ini yang saya rasa paling membantu saya dengan Haikal.
I never let him use or watch the ipad alone.
I always join him.

Kalau Haikal request for ipad, saya pasti akan menyibuk sekali sebelah dia.
I always keep the interaction between me and him.
Berbual la apa saje.
Apa saje yang tengah ditonton kat ipad tu la kan.
Takkan tengah tengok upin ipin tetiba nak borak pasal kejadian bulan dan matahari pulak kan.
Memang la anak kau bagi kaki kalau dapat mak yang annoying camtu.
;D

Kalau Haikal nak main game pun, saya akan sentiasa sibuk nak join main jugak.
I JOIN HIM walau apa pun aktiviti yang dia buat dengan ipad.

Dan sekarang,
 he appreciates my presence more instead of ipad.
Sampaikan kalau saya takde, dia takkan tengok ipad. Nak tunggu saya juga.
So it's becoming more easy for me to pantau and kawal penggunaan ipad tu bila Haikal sendiri yang taknak ipad tanpa kehadiran saya.
=)



8) Bak kata orang tua-tua, "kepimpinan melalui teladan".

Rasulullah pun pernah pesan,
"Sebaik-baik kepimpinan, adalah menjadi contoh yang baik."

So we parents,
baiki diri sendiri dulu sebelum expect macam-macam daripada anak.
Tunjuk mereka contoh yang baik.

Termasuk la bab ketagihan gajet ni.
Mengadu anak ketagih gajet, tapi kita sendiri handphone tak pernah lekang dari tangan.
Mengadu anak tidur lewat sebab layan ipad, tapi kita sendiri layan internet sampai terlelap.

So kepimpinan macam mana yang kita tunjuk pada anak-anak?
Tepuk dada.

Nak anak baik, ibu bapa kena baik dulu.
Nak anak alim, ibu bapa kena alim dulu.
Nak anak jadi al-hafiz, nak anak jadi ustaz, nak anak jadi imam masjid,
tengok cermin dan tanya pada diri,
"Macam ni ke ciri-ciri ibu bapa seorang hafiz, ustaz dan imam masjid?"

Macam mana acuannya, macam tu la hasilnya.
Monkey see, monkey do.
Kan?



Ok sekian perkongsian untuk hari ni.
Semoga bermanfaat.
=)

50 comments:

Nor Murni Fairouz Rafingi said...

Setuju sangat jiji..Alhamdulilah saya dah hampir apply apa yg jiji buat tu..pernah terleka smpai anak addicted. Then x nak ambik risiko die termanja ngan ipad..and now alhamdulillah skrg umur die dah nak masuk 4 tahun stgh..dia lagi suka buku and mainan lain...xde phone pun xpe..hee..makaseh for sharing ♥

Maria Firdz said...

Kalau dh pnh bg mmg kna buat pkra diatas. Tapi sy mmg x bg lgsung.. Nk tgk upin ipin sy rela download... Buh kat pendrive... Pasg kt tv... Itu cara sy... Mencegah sblm mengubati..

Rose Azadir said...

Salam kenal, blh try nie sbb anak2 sy dah mcm ketagih jer dgn gajet2 nie :(....anyway saya blogwalking kat sini, jemput singgah ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com.

A Khalid said...

A very nice sharing on how to reduce kids addiction on ipad dan adik beradiknye.

parents kena lebih cekal dan kreatif...;)

Thank you to the writer, sis Jiji...;

Atiqah Azni said...

Dulu ms anak 2y+ dia pnh addicted..bila bateri habis/sy ambil tab dia marah..dia bleh main smpi berjam2..last2 sy mls ckp byk sy uninstall segala game..turn off data supaya dia x buka utube sndri ..alhamdulillah anak bln dpn masuk 3y..dah x minta tab..yg dia minta skrg buku mewarna dia n buku tulis abc alif ba ta dia..

nuhara said...

Terbaik love to read :)

faiyunacreativeartwork said...

betul tu.. sis Jiji...semua cara tu sgt berkesan... begitu juga pada anak saya... dah 2 tahun lebih.. dia x pernah addicted pn.. alhamdulillah.. bila saya pergi kerja x pernah pn mintak kat spe2... kalau bg ipad pastikan semua yang jenis pelajaran.. game saya kurangkan.. :)

Hafidz Hassan said...

InsyaAllah....

Sebagai Bapa dan Ibu anak/anak2 tersendiri adalah cobaan masing2. Dengan cobaan2 tertentu akanlah Kami menjadi ihsan/ihsan2 yang akan menjadi lebih kuat sebagai Muslim/Muslimah.
Ingatlah.
Allah sbh wta tidak beri masalah/masalah2 yang Kami Manusia tidak boleh selesaikan. Tentunya mesti ada makna, maksud, tempat, waktu, kenapa dan bagaimana Kami menyelesaikan setiap masalah/masalah2 tersebut yang diberi.

AllahuAkbar!

Syamsidar Lamat said...

Alhamdulillah, byk yg sy pelajari dr entry ni...t.kasih

alia farhan Said said...

Terbaik jiji....
Mmg betulkan...
Anak i nk msuk 2 thn pun...
Tak berapa sangat ngn gadget...
Suka lagi main plastik...bakul raga2 kt dapoq...

Shazatul Hani Shams said...

Adakah Jiji ada dedahkan Haikal dengan tab atau ipad?
Yes, of course ada. Inikan zaman mereka.
Kenapa pula nak sekat pendedahannya?<- anak sy berumur 6 thn. Is it bad kalau sy tk bg langsung? Bila nmpk kwn main game, dia akan duduk sebelah tgk kwn main game. Kesian pulak tgk dia

myazzyra said...

Saya pn apply approach yg sama. Alhamdulillah mmg blh control.

msaeronmk said...

Very2 good sharing and interesting!

ummu muhammad said...

nice info!!ank2 mmg kne control..wajib!!

Nin said...

Salam. Ayat terakhir item no. 6 tu agak menyengat hahaha! Saya pun ada masalah ipad ni once upon a time. After some drastic action, alhamdulillah =). Thanks for the tips.

Naziera Roslan said...

Assalamualaikum...good info...walaupun anak sy kurang hadap gajet, tp mmg sgt bmanfaat....

Liyana said...

tq jiji. sangat membantu sebelum ank sy terjebak dgn gadget2 nih :)

suhaida salim said...

Tq beri info ni. Dah lama juga cari cara nak kawal anak drpd addict ngn gadget wlupun anak baru 6 bulan. Klu boleh sy xnak la dia asyik menghadap tab/ipad je. Tq ye

Meh singgah blog sy nutrientlife.blogspot.com

Ajat Chipsmore said...

bagus!

ameris said...

Gud sharing

aryah said...

Ibu ayah xperlu nak main gajet2 depan anak2 ni..dahla kita ni busy dengan kerja, balik rumah penat, tu la anak2 mnta gajet nak main dgn gajet.sbb kita penat nak layan karenah anak2..
so we need plan untuk bentuk anak kita jadi mcm mana..
Masa terluang tu la kita bawa diorg jalan2 di taman ke, pergi masjid/surau, zoo ,muzium n banyak lagi tempat yg simple2 boleh pergi..diorg xde Kawan tu yg suka Sgt Kawan dgn gajet..

Ajuya Rashid said...

nice sharing dear...walaupun anak2 sy masih tahap sederhana dgn gajet2 ni..tp kdg2 leka juga sbb bz. kdg2 sengaja sorok kan charger..bukan sorok ipad. .sbb dah pndai cas sndiri klu sy bg yg 30% bateri.

Cikli Masngun said...

Tq Jiji sharing tips ni. Sangat-sangat berguna :)

Jemput ke Blog saya yer

CERITA KEHIDUPANKU

Azmi Aziz said...
This comment has been removed by the author.
Azmi Aziz said...
This comment has been removed by the author.
Aimi said...

setuju 200% dgn tips awak ni...yg paling utama, jgnla belikan anak2 hp atau tab sendiri...biar dia guna yg kita..once diorang dah ada gajet sendiri, sure tak nak dgr dah apa yg kita cakap...ni pendapat saya la..that's why saya tak belikan apa2 gajet utk anak2 pun...biar diorang guna hp kami. Lebih senang nak kawal...

Azmi Aziz said...

sorry bukan SPAM..line x ok... kanak-kanak memang suke dengan visual dan audio .. tapi mereka nmpk game lebih seronok.. kalau kita Install Apps learning pon ok ..
My Qalam Kids

Azmi Aziz said...

Atau labur sikit untuk Pembelajaran Awal Kanak Kanak seperti di My Qalam Kids

Hayati Buya said...

Wahhh tips yg sgt sgt membantu. Thanks for sharing! My son br 8 month tp pantang nmpak bende bercahaya.. kdg2 kne sorok reply wasap belakang bdn dia.. supy dia xnmpk. We all will try this kaedah.. sbb xnk anak2 jd rosak mcm mak ayah dia yg pena rosak suatu masa dulu.. (me la tu)

Like you said.
nak anak baik ibu bapa kene jd baik.

N wateve kesilapan waktu ibu bapa kita membesarkan kita dulu takkan nk diulang ke anak2 kita kan..

Syg anak jgn rosakkan ank dgn kemewahan dan harta benda kan.

First of all. Parents kene try kurangkan smartphone bila dgn anak2. Haahhaha *itupun paling mencabar jgk. Hahahah

Zura Tahir said...

Salam kenal...

Tq untuk tip2 tersebut...

rishmie said...

Hai jenguk jer www.kerjaya.biz/hasmizu

afiqah Suhaimi said...

thank you for the sharing jiji! even saya takda anak lagi. this is a very good tips for the future dan utk my little cousins yang addicted dengan tab

Cicada2nd said...

Walaupun aku masih bujang tapi entry sebegini sangat berguna di masa akan datang. Penulisannya menarik dan aku baca sampai habis.

tintaku said...

kepada ibubapa jangan terlalu naif. Jangan sangka anak-anak masih kecil tak tgk video lucah dan porno. Kalau dulu komputer kita boleh letak di ruang tamu, skrin besar jadi kita boleh pantau anak-anak bermain game atau lihat tv dari jauh. Harini jgn ingat 2-3 jam mereka bermain ipad atau smartphone tu tengok boboiboy atau main game shj. terutamanya mereka yg anak-anaknya suka main smartphone atau ipad sorang-sorang tu. anda mungkin terkejut kalau check history youtube atau website teradapat senarai laman dan link2 yg tidak senonoh. Kadang-kadang mereka tak tau pun, tapi dengan adenye video recommendation, advertisement atau artikel yg tak senonoh yg akan menarik mereka untuk melayarinya.


Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri setelah menangkap anak-anak saya yg berumur 8 tahun dan 12 tahun menonoton video tak senonoh/lucah di youtube. Selepas kantoi, saya dah tak beri peluang untuk mereka sentuh lagi sebarang gadget. Selepas beberapa bulan dan setelah saya melihat prestasi pelajaran dan akhlak mereka meningkat, saya berikan peluang kali ke-2 kpd mereka..tak smpai 1 hari pakai saya check history dah ade list senarai laman2 lucah yg dilawati. Jadi mustahil untuk saya meletakkan semula kepercayaan terhadap mereka dalam menggunakan gadget. Alhamdulillah, kini mereka tiada masalah walaupun tiada gadget.

Mungkin ada yg beranggapan ini kerana saya tidak memberikan pendidikan yg secukupnya, tetapi hakikatnya anak-anak saya telah dihantar ke sekolah agama, mendapat didikan keluarga yg baik dalam biah yg baik, selalu pergi surau namun perkara sebigini pun masih berlaku, so saya tak tau macam mana keadaan orang lain mungkin lebih teruk sekiranya ibubapanya masih bersikap naif terhadap teknologi.

Pada saya membelikan mereka gadget yg mempunyai akses internet adalah lebih buruk berbanding membelikan mereka konsol permainan game, melihat tv dan yg sewaktu dengannya.

d-dot said...

been reading your blogposts for ages and this latest post has made it here, in Singapore! Alhamdulillah Ji! :)

Z@i Z@mR33 said...

sy bg anak main ipad utk dgr lagu ABC cmtu ja.itu pon stgh jam.mcm jiji buat.bateri x full...hihihi & sy akan duduk sblh nyanyi sm2 ABC tu dgn dia smpai off sndiri.lps off ank pon dh x mnta cuma ckp kena cas dl...bateri abes :)

Raihan Shaklee said...

sharing menarik ni..tq....

Ema Veto said...

yup...walaupun saya blm kawen, untuk melihat adik2 kecil yg addicted to gajet, its hurt so badly. sebab... kdg2 merajuk sampai berguling2 kat pasaraya, ada yg menjerit meroyan tgh2 alam nak kan perhatian disebabkan permintaan utk pegang phone xdilayan.. dan lain2... whatever t is, prevention is better than cure. kena didik dari awal, everything must have limitation... nway, thanks for sharing!

Ayu Zan said...

Prevention is better than cure.. Artikel sgt membantu.. Sbb zaman sekarang mmg bkn mudah nk didik anak.. Semoga kite sama2 dpt didik anak ke arah kebaikan..

Ayu Zan said...

Prevention is better than cure.. Artikel sgt membantu.. Sbb zaman sekarang mmg bkn mudah nk didik anak.. Semoga kite sama2 dpt didik anak ke arah kebaikan..

Aniey Yusoff said...

Memang sgt setuju semuanya. Kita sbg ibubapa yg mencorakkan baik buruk pd anak2. Bak kata jiji elok acuan maka elok la hasilnya. Sll luangkan masa berharga dgn anak2 mcm menulis, membaca, mewarna atau homeschool sama2 mmg bye2 la ipad dan tab tu kan..

sal said...

Setuju.. Nk cba juga tips ni.. Tqvm :)

marsha_umaira said...

budak2,kite jage sbaik mane pon, mereka trdedah dgn kawan2 di luar.sngguh menakutkan.kwn2 yg lain dr kluarga yg lain dari pndidikan kluarga yg lain n entah bagaimane..hebatnye cbrn alaf baru

Jerinqisharah Saripudin said...

Paling senang caranya jgn pupuk anak bertab Dari kecil..jadi x perlu amik langkah diatas ..mmng skarang dunia gadjet tapi kalau betul cara didikan anak suruh buat aktiviti2 lain banyak je...spend masa bermain dgn mereka..bawak pergi taman ke lepas balik kerja
Yg ni x anak buat perangai kt restaurant terus bagi gadjet sebb nak diamkan mereka..Cuba pujuk betul2 Dan layan mereka..x2 bawa anak2 ke restaurant yg ada taman permainan..nasihat saya jgn diberi langsung Dari kecil kalau nak belajar ABC ke atau mengaji pun beli CD pasang kt TV..kita yg membentuk mereka bukan gadjet penyelesaiannye..Cuba tanamkan DLM pikiran mereka gadjet utk kerja IBU..x blh main2..

Jerinqisharah Saripudin said...

Paling senang caranya jgn pupuk anak bertab Dari kecil..jadi x perlu amik langkah diatas ..mmng skarang dunia gadjet tapi kalau betul cara didikan anak suruh buat aktiviti2 lain banyak je...spend masa bermain dgn mereka..bawak pergi taman ke lepas balik kerja
Yg ni x anak buat perangai kt restaurant terus bagi gadjet sebb nak diamkan mereka..Cuba pujuk betul2 Dan layan mereka..x2 bawa anak2 ke restaurant yg ada taman permainan..nasihat saya jgn diberi langsung Dari kecil kalau nak belajar ABC ke atau mengaji pun beli CD pasang kt TV..kita yg membentuk mereka bukan gadjet penyelesaiannye..Cuba tanamkan DLM pikiran mereka gadjet utk kerja IBU..x blh main2..

seri akmad said...

anak saya sgt suka ipad, susah juga nak ambik melainkan buat aktiviti luar

http://www.ummiseri.com/tips-kanak-kawal-elak-gadjet-handpone/

Nur Bahirah Abdullah said...

Tips yang sangat2 membantu anak2 yang addicted "ipad'..saya sendiri pun buat macam tu. Sangat berkesan...terima kasih..

b®e4kE®84 said...

ada tak cara nak control isteri main phone....
giler weh, asak main tepon jer..
nak conrol anak main phone tapi isteri sendri ketagih...
mohon cadangan...

Nur Syifamnjytnu Mat said...

Salam,sy nk tanya mcm na nk atasi ktgih gajet ni bla time blik kg,jmpa sdra2 n sppu spapat ni,mgkin kt umah bleh kwal ank2 main gajet,tp bla blik kg prsktran dia semua sdra n sppu main gajet,jd ank2 ni pon mngmuk nk main jgak smpai berjam2...nk larang x bleh sb org len semua main gajet...mohon cadangan...

Nur Syifamnjytnu Mat said...

Salam,sy nk tanya mcm na nk atasi ktgih gajet ni bla time blik kg,jmpa sdra2 n sppu spapat ni,mgkin kt umah bleh kwal ank2 main gajet,tp bla blik kg prsktran dia semua sdra n sppu main gajet,jd ank2 ni pon mngmuk nk main jgak smpai berjam2...nk larang x bleh sb org len semua main gajet...mohon cadangan...