3 kertas, 3 crayon dan 3 pensil warna.

Ini ialah kesinambungan dari entry 8 Cara Kawal Anak Ketagih Ipad,
yang saya tulis beberapa minggu lepas.




So..
here's the tips.
3 crayon, 3 pensil warna dan 3 kertas.


Wherever I bring Haikal, pergi makan luar ke, pergi kenduri ke,
hatta pergi klinik sekalipun,
I always bring these in my handbag;

3 keping kertas A4,
3 batang pensil warna,
3 batang crayon.

3 tu AT LEAST la ye.
Tak salah pun kalau tetiba rasa macam nak bawak seguni crayon ke apa.
Taknak bawa kertas A4 tapi nak bawa kertas drawing block siap dengan painting easel tu ke kan.
Amboi amboi menunjuk kau kan.
;D

Tapi the main point is, saya memang akan standby 3 benda tersebut dalam handbag,
walau kemana-mana pun kitorang pergi.
Hari tu pergi kenduri akikah jiran depan rumah pun saya bawa.
Heheh.

Mungkin la anda akan dipandang enteng sedikit oleh sesetengah pihak.
Sebab ye lah.
Kau dah kenapa datang rumah orang bawa crayon pensil warna segala?
Nak show off pensil warna faber castel bermata halus anti-grip anti-patah kalis peluru?

-____-

Of course tak.

Macam yang saya pernah cakap sebelum ni,
saya selalu jadikan ipad/tab as my last option to keep Haikal busy dan leka.
Selagi ada alternatif, saya akan gunakan.
Dan selalunya, kalau kita fikir jauh sikit, ada je alternatif sebenarnya.
:)

Tapi ye lah.
Semua parents ada ground rules tersendiri.
Dan semua parents ada cara sendiri to keep their kids behave especially di tempat-tempat awam dan crowded.
Atau tempat yang perlu menunggu lama macam klinik, restoran, etc.
Dan of course, satu dunia pun tahu.
The simplest way is--
 bagi ipad / tab / phone / upin ipin / etc.

Saya tak kata salah pun.
Dan takde orang pun yang kata salah.
Cuma jika berlebihan dan langgar ground rules asal,
contohnya sebelum-sebelum ni kita disiplinkan anak paling lama boleh layan ipad 20minit je at a time.
Tapi on that particular day (masa kenduri ke makan luar ke) suddenly kita terpaksa bagi anak layan ipad sejam lebih.
Dalam tak sedar, kita dah langgar ground rules.

Then the following day, anak tetiba ungkit
"Semalam mama bagi je saya tengok ipad lama-lama. Kenapa hari ni tak boleh?"

Haa.
Kids logic.
Kita yang garu kepala nak menjawab.
-_____-

Bak kata pakar psikiatri, disiplinkan anak ni paling penting kena--
KONSISTEN.
Kat mana-mana pun, bila-bila pun.
Kena sentiasa apply rules yang sama.

Kalau rules asyik on off,
macam mana diorang nak ikut?
Make sense, kan?

Tak payah cakap kids.
Kita yang mak bapak ni pun sama.
Nak jadi orang berdisiplin memang kena konsisten.

So kesimpulannya..
mem-behave-kan anak ni is actually a part of mendisiplinkan anak.
Walau kat mana pun kita berada, kat kenduri ke, kat mamak ke, kat rumah saudara ke,
always keep calm and stick to your ground rules.

Dan kalau boleh, make electronic devices macam ipad, phone, etc as your last option to comfort your kids.
Seriously wei, it brings more harm than good.
Percaya la. -..-

Alah bukan susah pun nak bawa 3 pensil, 3 crayon, dan 3 kertas.
Bawa ipad lagi berat kott.



 Ini masa saya bawa Haikal makan kat Pizza Hut, during lunch time.
The restaurant was crowded masa tu sebab semua orang pun tengah lapar nak lunch. 
Budak macam Haikal ni, biasanya tak tahan duduk lama-lama dalam crowd.
Cepat rimas, panas, meragam, etc.

But as you can see here, Haikal behaves very well.
As soon as kitorang sampai je kat Pizza Hut tu, sambil tunggu order,
terus Haikal asks for his things and do his job straight away.
Tanpa mempedulikan keadaan yang chaos di sekeliling.
Buat macam rumah sendiri.
:D



 Sepanjang tunggu order yang lambat gila nak sampai tu,
kitorang berborak sambil recall back what we saw sepanjang perjalanan dalam kereta sebelum sampai Pizza Hut.
So dari situ Haikal got sooooo much idea on what to draw.
Order dah sampai pun dia buat tak tahu je.
Khosyok sangat.
-_____-


 Ni mulut Haikal dah comot sebab saya suap dia spaghetti sementara dia sibuk lukis pokok la crane la tractor la.

Untuk kids sebaya Haikal,
beberapa batang pensil warna, crayon dan kertas macam ni je pun dah boleh buat diorang occupied dan leka tahap spaghetti dah masuk mulut 40 juta kali pun tak perasan.
Tadahhhh je semua.
;D



The best part is,
bila Haikal dah puas menconteng, dia sendiri yang akan perasan perut lapar dan otomatik capai makanan.
Hahahah.

Pastu dah kenyang, terus ajak balik.
Sebab tak sabar nak tengok pemandangan lain dalam perjalanan nanti.
:D

Cara macam ni jauhhhh lebih mudah untuk kawal anak, berbanding kalau bagi ipad.
Melekakan, tapi dalam masa yang sama membantu meransang otak,
dan seluruh sistem saraf dalam badan.
Eh jauh sangat lah lebih baik berbanding ipad sebenarnya.
Beheh.

Bagi saya, in raising kids ni takde lah susah mana, if we do it right.
Ada sesetengah perkara yang mudah sebenarnya,
cuma kita yang anggap susah dan tak mencuba untuk mencari solusi.

Dan ramai juga yang kata kat saya,
"Jiji boleh la. Anak baru sorang. Buat apa semua senang."

Umm..
terpulang lah kepada encik. 
-..-

Sebab bagi saya, sementara anak baru sorang ni la saya nak buat sehabis baik.
Dengan harapan bila tuhan kurniakan saya anak lain, 
saya dah ada contoh atau sampel yang baik sebagai rujukan yang memudahkan kerja saya.

Dan.
Sebab anak saya baru sorang ni la,
saya ada lebih banyak masa dan peluang untuk belajar ilmu baru,
dan berkongsi dengan saudara saudari cikebung-cikebung sekalian.

Tak perlu kot buat perbandingan bilangan anak dan jadikan ia sebagai alasan saya bersenang-senang.
Setiap anak layak mendapat didikan dan bimbingan terbaik dari setiap ibu bapa.
Anak itu rezeki, anugerah dan nikmat dari Allah.
But it comes with huge responsibility.

Semoga kita semua tak mempertikaikan tanggungjawab yang diberi.
So selamat mencuba!
=)



P/s: Selain tips "3 pensil warna, 3 crayon, 3 kertas" ni, saya ada satu lagi tips to keep your kids busy di tempat awam.
Will update soon okayy. Chungguuu!!

18 comments:

Fatimah Jaafar said...

Bagusnya tips ni.. Terima kasih.. Semoga Allah sentiasa memberkati hidupmu sekeluarga.. Aamiin..

Mila Hilas said...

tips yang sangat terbaik....xpernah terpikir pon..will apply at my son soon..

AllAboutLife said...

Tq sis....ada sy ada 2 boys....huhu..byg lah bagaimana mereka berkejaran sb mereka ada 'kawan' bermain....huhu...teringin nk apply sis pya tips..hope diorg tak berebut...hihi

Kebahagiaan Itu Ada Di Rumah said...

haikal jgn lupa cuci tangan...hihi

Hani Leeya said...

Setuju dgn awak. Anak saya pun selalu bawak notepad, pensil, color pensil sampaikan org kata myra ni semua benda nak lukis dan tulis. Tapi bila beranak 3 ni kecoh la skit tp still terkawal dan alhamdulillah sepanjang ada anak tak pernah lagi guna ipad di luar rmh. Kami mmg tetapkan ground rules ipad hanya di dalam rumah with time limit.

Biasanya kalau anak pertama tu dah boleh ikut rules tu, insyaAllah anak seterusnya will follow. Tapi usaha tu masih perlu sbb lain anak lain perangainya.

Thanks for sharing :)

Kids Books Store said...

Thanks for idea..

Noriz Today Bahagia said...

thx... very good idea to share. Kalau dalam handbag u ada paper and colours, my handbag ada toys. Mcm2 jenis dinasor,animal ada dlm my h/bag for my Hakim. Tapi mmg tak dinafikan kekadang terpaksa juga bagi h/p . -____-

Liza said...

Anak saya dah umur 13 tahun tapi saya masih benarkan dia bawa Lego set dalam beg sandang dia. Selalu pesan dgn anak2, bawa buku cerita atau bahan bacaan lain (Yang sulung dah masuk 16, yang bongsu 8 tahun)

Kids Books Store said...

Thanks for idea..

sanctityoflove said...

Besides pencils and papers (which worked big time for my daughter), we can try figurines. Khayra has a few princess figurines and whenever we bring her to lectures (sometimes we had no choice!), we take them along in her bag pack. Of course sometimes no matter how prepared we are, kids will always be kids. Just do not give up or resort to blame game whenever they decided to test your patience. There's always room for learning :D

nurul iman said...

my kids, we dont bring anything when we travel or eat-out. i dont give them HP either. basically, we just talked, appreciate the environment and spend time together.

apparently, masa yang baik untuk mendidik anak ialah ketika travel dan makan.

Salmiah Mz said...

Good sharing... Anak-anak memang tak dudk diam bila kat luar. ada je akalnye xnak duduk kat kusi. tips yang boleh dimanfaatkan untuk emil, my son...

Salmiah Mz said...

Good sharing... Anak-anak memang tak dudk diam bila kat luar. ada je akalnye xnak duduk kat kusi. tips yang boleh dimanfaatkan untuk emil, my son...

Yaati Nor said...

tq jiji..dah cuba dah ni..lega bebudak blh dikawal..akak siap bwk skrapbook(btl ke aku eja ni)hehehhe

Mammy Zayed said...

Salam kak jiji..
saya nak mintak pandangan akak macam mana akak handle tantrum if haikal ada throw a tantrum laa. Coz anak saya lately suka sangat buat perangai, saya just ignore biar dia menangis je sebab kalau dipujuk makin dia mengada dan jual mahal. Maybe akak boleh buat entry pasal handling tantrums maybe? hehehe
thanks kak.

Mjasid Noragayah said...

Thnks for the idea jiji

Raihanah Ahmad said...

good tips, boleh dipraktikkan nanti

Faridah Yusof said...

Tips bermanfaat. Saya setuju. Mulakan dari mula ketika anak baru seorang. Tidak dinafikan memang mencabar apabila ada anak kecil sedang membesar dan agak rapat. InsyaAllah, boleh ubahsuai ikut kesesuaian.Yang penting ibu dan ayah perlu tenang selalu.