7 Cara Elak Anak Tantrum di Tempat Awam


Saya rasa ramai yang tunggu saya share pasal tajuk hari ni.
Sebab benda yang paling tak disukai oleh parents yang ada anak kecil ialah--
TANTRUM.
Kan?

Well,
sebenarnya apa itu tantrum?


Atau orang kita panggil "meragam".
Atau cranky.

Kalau time nak beli barang dapur ke kan,
nak pergi window shopping untuk release tension ke,
tetiba anak throw tantrum.
Berguling-guling kat lantai shopping mall. Bergegar satu bangunan mall.
Orang ingat earthquake, rupanya anak kau tantrum.
;D

Biasanya kalau anak tantrum atau buat perangai kat rumah, kita tak risau sangat.
Sebab kat rumah kita boleh berubah dari ibu bapa paling penyayang kepada ibu bapa paling godzilla pada bila-bila masa tanpa perlu di-judge oleh orang lain.
Kan? Kehkeh.

Tapi yang paling difobiakan oleh kita ialah, bila di luar rumah.
Macam kat supermarket, kat kedai makan, kat rumah orang,
itu lah masa yang menguji tahap kesabaran dan kebijakan ibu bapa dalam menghandle anak masing-masing.
Ada parents yang cool je tengok anak tantrum.
Tapi ada jugak parents yang bila anak tantrum, dia pun ikut tantrum sekali hahaha.

Well parents,
dalam bab ni, you're not alone.
Semua toddlers, ada masa memang dia akan throw tantrum.
It's just a part of mental development atau part of growing up.
Haikal pun pernah je tantrum sebenarnya.

Nak hilangkan 100% tantrum sounds impossible.
Tapi to minimize the risk, ada caranya.
Saya buat banyak readings on tantrum.
And of course there's a lottttt of ways untuk minimize potensi tantrum ni.

Tapi cuma ada beberapa saje yang saya rasakan mudah dan berkesan untuk diamalkan.
Dan saya sendiri mengamalkan kaedah-kaedah ini,
and so far it always work. Alhamdulillah.

Macam mana caranya?
Jom kita tengok satu per satu.

1) Persediaan sebelum keluar rumah.

Make sure, you and the kids are all in good condition.
Good mood, sihat, kenyang, selesa, cukup tidur, etc.

Pack all the things the kids might need bila keluar rumah nanti.
Contohnya,
air kosong, susu, biskut, healthy snacks, favourite toys, diapers, etc.

Bila ada toddlers atau babies ni,
time management is important.

Take time untuk buat preparation dalam keadaan yang tenang dan jangan kelam kabut.
Supaya takde benda tertinggal or terlepas pandang.
Take time untuk plan your outing.
Plan mula-mula nak pergi mana, nak buat apa, if anak lapar senang tak nak cari tempat makan, etc.
Banda-benda ni nampak macam unnecessary, tapi percaya lah,
with this kind of smart planning,
korang akan jadi kurang stress and you will enjoy your outing more.
:)



2) Pre-warning. 

Macam yang saya pernah tulis sebelum ni,
pre-warning is always important bila ada anak kecil.
Budak-budak biasanya susah atau lambat untuk adapt dengan activity transitions.
So kita as parents kena pandai main psikologi mereka.
Pre-warn them to give them time to get mentally prepared untuk apa yang kita nak mereka lakukan.

Contohnya,
beberapa jam sebelum bawa diorang keluar tu, explain dulu,
"Haikal, kejap lagi kita nak pergi Tesco ye. Mama nak beli barang sikit. 
Tapi ingat, kita taknak beli apa-apa mainan ye."

Sebelum masuk pintu Tesco, pun stop sekejap dan take time to explain benda yang sama kepada mereka. 


Contoh lain,

"Sayang, malam ni kita nak pergi makan luar. Tempat tu mungkin panas atau kurang selesa sikit, 
tapi kita pergi sekejap je untuk makan. Nanti mama order makanan kegemaran Haikal ye?"

Sebelum keluar kereta atau sebelum masuk restoran,
ambil masa untuk pre-warning dan ulang perkara yang sama kepada anak.

So pre-warning ni maksudnya,
brief anak untuk beri mereka masa to get mentally prepared dan hadam apa yang akan dilakukan sebentar lagi, serta apa rules yang perlu dipatuhi.

Boleh read more on pre-warning method dekat ENTRY INI.



3) Libatkan mereka.

Contohnya kalau nak pergi grocery shopping,
jangan expect mereka untuk ikut dan duduk diam semata-mata.
Itu akan buat mereka cepat bosan dan throw tantrum.

INVOLVE THEM.
Libatkan mereka.

Contohnya,
bila lalu kat rak sayur, saya akan beritahu Haikal,
"Ok Haikal, we need three carrots. Four potatoes. And one cucumber. Can you get them?"

So Haikal akan ambil plastik, pack barang-barang yang saya sebutkan tadi dan
pergi ke kaunter timbang.
And after that, dia akan tanya lagi,
"Barang apa lagi nak ambil, mama?"

Haa dia pulak yang excited nak beli sayur.
Haha.

Cara macam ni bukan setakat boleh buat anak busy dan avoid tantrums,
 but it's a good practice as well.
Boleh tambah vocab anak, latih mereka untuk ringan tulang dan be independent.
Next time dah boleh suruh Haikal naik basikal sendiri pergi beli timun kat Giant.
;D



4) Keep the interaction/communication going. 

The main key to avoid tantrums in kids is,
always keep them busy and entertained.
Jangan beri ruang untuk kebosanan menghantui mereka.
Gitcu.

Contohya dalam perjalanan kat dalam kereta,
most parents selalunya prefer untuk diam dan layan radio je.
So anak akan cepat bosan lalu meroyan di dalam kereta.
Last-last satu kereta terhuyung hayang sebab dengan mak bapak sekali ikut tantrums.
-______-

So why not dalam kereta tu,
take time untuk berbual dengan anak.
Berbual tentang apa saje yang menarik perhatian mereka.
Macam saya dan Haikal,
kitorang selalu berbual tentang pemandangan yang dilihat dalam perjalanan tu.
Sometimes agak letih jugak melayan mulut dia yang tak berenti bercakap tu kan.
But its wayyyyy better dari letih melayan anak tantrums.
Kan?



5) Get them busy with their favourite activities.

And no. We're not talking about watching ipad or smartphone here.
Sorry.
;D

Kalau time yang kita tak boleh nak berbual sangat,
contohnya time makan,
atau time pergi kenduri/ majlis kat rumah orang which kita kena fokus berborak dengan orang lain,
 dan bukan dengan anak.
But at the same time kita expect anak untuk behave sebab kat rumah orang kan.

Bring their toys or activities.

Waktu-waktu macam ni, kita kena standby bawa apa-apa activity kegemaran anak sementara kita buat urusan kita.
Ada dua aktiviti yang saya pernah share sebelum ni, yang Haikal suka buat,
1) Memory Game
2) 3 pensil warna, 3 crayon dan 3 kertas



6) If they still throw tantrums, just be firm with your rules. 

Andaikata ada satu hari malang, anak throw tantrums jugak,
just relax and be firm with your rules.
Jangan cepat mengalah dengan anak.

Contohnya, if anak meraung nak beli mainan dan berguling kat lantai supermarket,
tabahkan hati,
 abaikan pandangan orang lain,
cakap kepada anak dengan tegas,

"Haikal, kan tadi mama kata no mainan. Kita bukan datang sini untuk beli mainan. 
Haikal dah banyak mainan macam ni kat rumah."

Kalau dia meraung jugak,
be more tegas.

"Kalau Haikal terus buat perangai macam ni, mama akan bawa Haikal keluar dari tempat ni sekarang juga."

Kalau dia meraung jugak,
yes angkat dia dan terus bawa keluar.

Yang penting, be firm with your rules.
Kalau kita beli jugak mainan yang anak raungkan tadi,
memang anak akan diam dan behave instantly,
but next time dia akan lebih suka throw tantrums dan lebih susah untuk didisiplinkan.
Why?
Because what they learn is,
throwing tantrums is the effective way to get what i want.
So next time when I want something, I will throw tantrums again.
Kids logic.

Gitu.

So be firm with your rules.
If your rule is no buying new toys, means no buying new toys!
Jangan mengalah untuk senyapkan anak.
Kalau anak meraung, biarkan.
Give them room to cry.

Lama-lama anak akan faham rules,
dan lebih senang dengar cakap in the future.



7) Bila anak dah reda dari tantrums, talk to them. 

Sentiasa datang semula kat anak dan explain kenapa mama marah,
kenapa mama tak bagi beli mainan baru, etc.
Budak-budak selalunya takkan absorb apa yang kita cakap semasa mereka tengah bad mood.
Contoh masa tengah menangis ke, tengah meragam ke, tengah marah ke.
So tak payah nak beriya sangat nasihat masa diorang tengah bad mood.
Buat penat je.

Bercakap semasa mereka dah ok.
Dah reda. Dah rileks.

Masa diorang bad mood tu, give them room to cry.
To get angry. To throw tantrums semahu-mahunya.
Biarkan.
But always get back to them, selepas dia habis tantrums.

Explain, pujuk and talk to them nicely.
Jangan biarkan perkara tu berlalu begitu saje tanpa sebarang explanation.
Give them lesson to ponder and to learn about.

So that anak akan jadi better person next time.
InsyaAllah.

Saya pernah tulis tentang bila masa yang paling sesuai dan cara yang paling berkesan untuk berkomunikasi dengan anak,
supaya anak lebih patuh dan dengar cakap.
Boleh baca kat SINI.


Itu saje untuk hari ni.
Semoga bermanfaat!
:)

5 comments:

Gheniya said...

suke tips ni...as for me,kalo keluar dgn anak,make sure ada fav mainan dia,ada makanan dia...handbag penuh dgn barang dia je...kalo pi shopping,main tunjuk2 barang dgn dia...saya mmg biasakan anak utk selalu berkomunikasi..walaupun anak baru setahun..

Hamelia Hamid said...

kena praktis kat anak macam ni jugak la..TQ sis

Fatimah Jaafar said...

Terima kasih atas tips ini.. Sangat2 berguna..

nadzim bakri said...

this is useful la

Yang Hayati said...

Selalu cair bila danial begging utk beli toys after throwing tantrums "please umi, yang ni je danial nak, janji danial tak nak yg lain dah lepas ni"..tertipu juga aku ni..haish..