DIY project for boys - Geo Board

 Ok hari ni saya nak share another DIY activity for kids.
Especially for boys lah.
Why boys? Sebab activity ni macam ganaih sikit heheh.
Tapi sangat bagus untuk fine motor dan brain development anak-anak.


Ni haa.
Namanya, Geo Board.

Geo Board ni ada banyak jual kat pasaran.
Tapi sebenarnya boleh je buat sendiri guna bahan-bahan terpakai.

Macam yang suami saya buat untuk Haikal dalam gambar atas tu, dia cuma gunakan,
pintu almari lama, paku dan getah.

Itu saje.

Takde pintu almari, nak guna pintu rumah pun boleh.
Tapi berangin sikit la rumah korang kang.
;D

Dan getah tu, tak perlu beli pun sebenarnya.
Guna getah sayur je.
Kalau sehari makan 2 ikat kangkung, dah boleh dapat 2 getah free.
Kalau seminggu, dah 14 getah.
Kalau setahun, dah 730 getah.
Itu belum kira kalau tahun lompat lagi. Extra 2 getah.
Hahah.

Takpun, kalau makan nasi bungkus,
getah yang orang kedai guna untuk ikat bekas polisterin tu jangan buang.
Getah tu mungkin akan berjasa di kemudian hari.
Esok-esok anak boleh main.
:D

Ok nak buat Geo Board ni senang je.
Sebelum ketuk paku kat papan tu, lukis grid lines dulu pada papan kayu tersebut.

 Lukis guna pembaris dan pensil lah ye.
Lepas tu, baru ketuk paku pada setiap pertemuan garisan pada grid lines tersebut.
Kalau boleh, buat la dengan kemas supaya paku tu lurus dan grid lines uniform.

Kalau yang jenis tak reti memaku sebab kelas kemahiran hidup dulu selalu tidur,
boleh minta tolong kat sesiapa yang pakar memaku.
Kerja memaku ni agak bahaya bagi yang tak biasa.
So jangan nak tunjuk power.
Kang gaya je lebih, tapi maksud GST pun tak tahu.
Eh?  ;D

Kalau anak korang tak biasa main Geo Board ni,
boleh buat jarak pakunya jauh-jauh dahulu, sebagai permulaan.
Contohnya macam gambar di bawah ni.


Lama-lama, bila anak dah semakin expert,
hand-eye coordination dia dah semakin power,
jari-jemari dah semakin teliti,
boleh banyakkan lagi grid lines pada papan, dan kedudukan paku semakin rapat.


Walaupun Geo Board ni hanya sekeping papan,
tapi macam-macam aktiviti sebenarnya kita boleh buat.
Dan Geo Board ni juga boleh bantu untuk ransang daya fokus anak.
Selain tu juga, ia boleh meransang fine motor, kognitif dan hand-eye coordination anak-anak.
Kalau nak anak tulisan cantik dan pandai melukis,
galakkan dia main benda ni.

Macam Haikal, dia memang cukup suka Geo Board ni.
Makin lama makin teliti dan makin ada maksud pada setiap corak dan bentuk yang dia buat.
:)


Haa siapa kata takde buku tak boleh membaca?
Banyak aktiviti sebenarnya yang boleh digunakan untuk ajar anak membaca selain buku.
Salah satunya, Geo Board ni lah.

Kalau korang rasa payah sangat nak buat guna paku dan papan,
boleh juga guna soft board dan thumb tacks (paku payung) tu.
Lebih mudah.
Tapi saya kurang suka sebab mudah tercabut dan tak berapa kuat.

Ok walaupun Geo Board ni recommended for boys,
tapi tak semestinya girls tak boleh main ye.
Tak berdosa pun kalau buatkan untuk anak-anak perempuan juga.
Macam aktiviti menjahit, memasak, melipat kain,
tak semestinya untuk girls saje, boys pun kena belajar.
Kan?

Because they're all life skills.
Kemahiran hidup.
Dalam dunia sekarang ni, education without skill,
is nothing.
Betul tak?
So both girls and boys,
perlu didedahkan kepada pelbagai life skills untuk survive dalam arus hidup pada masa akan datang.

Oh lagi satu, mesti ada yang nak tanya,
"Umur berapa paling sesuai nak main Geo Board ni?".

Jawapan saya masih sama,
ONLY YOU KNOW umur berapa yang sesuai.
Sebab only you know tahap anak masing-masing.

Kalau anak masih suka masukkan barang ke dalam mulut, 
masih suka ketuk-ketuk barang tanpa motif,
masih belum mempunyai fokus dan ketelitian,
mungkin belum sesuai.

Umur tak boleh indicate tahap anak sebenarnya.
Ada yang umur dah 6 tahun, tapi masih jauh ketinggalan dari segi physical skills nya.
Tapi ada jugak yang baru 2 tahun, tapi fine motor skill dah well-developed,
pincer grasp excellent, hand-eye coordination dah sangat bagus, dan sebagainya.

So sebab tu saya kata,
ONLY YOU KNOW whether your kids sesuai atau tidak dengan sesuatu aktiviti.

Dan of course, setiap aktiviti anak-anak,
perlukan pemantauan yang rapi dari ibu bapa.
Pada bila-bila masa, dalam apa jua keadaan.
Okay?

Selamat mencuba!

9 comments:

fifi said...

Maknya memang tak pandai la nak memaku kecik2 gini.hahhahaa...tp good idea ni..thanks!

ayu mas said...

Besst!! Blh buat tuk ank nnt...tq

Cik Puan Rann said...

Terima kasih jiji share ilmu bmanfaat nie. Boleh la saya buat kat anak boy saya nti....skrg baru 2 bulan...kena tunggu 2-3 tahun lg la nak main geo board nie. Buat skrg kang bapa dia plak yg main ... nk develop otal bapanya plak...hahahaha

Allene typicalmommy said...

bagusnya... nak kena suruh ddy dia memaku pasni... pandai haikal dah...

achik su ann said...

macam mana nak pastikan ketinggian paku selari?

nurul iman said...

yg ni best

nini said...

Wahhhhh tak sabar nak ada baby juga...hihi

Ucuk said...

anak I down syndrome...bagus ni utk fine motor dia...tqvm dear

Ucuk said...

anak I down syndrome...bagus ni utk fine motor dia...tqvm dear