Kenapa anak saya susah nak fokus?

 "Kenapa anak saya susah nak fokus?"
 Ini antara soalan yang paling banyak saya terima.


Kanak-kanak berusia 5 tahun ke bawah susah nak fokus, adalah perkara yang sangat normal.
Tapi kalau bapa kanak-kanak tersebut dilihat susah nak fokus,
 mungkin beliau sedang merancang untuk berkahwin lain.

;D

Ok tak tak. Serius serius.

Daya fokus kanak-kanak ni sebenarnya berbeza-beza.
Jangan terkejut kalau saya kata,
biasanya kanak-kanak mampu memberi fokus selama 30 saat hingga 1 minit sahaja.
Dan ianya--
NORMAL.

Tapi.
Daya fokus ini sebenarnya boleh diransang,
supaya ia boleh jadi semakin lama dan semakin intense.
Mula-mula seminit, pastu jadi 3 minit pastu jadi 10 minit dan sebagainya.

Tapi don't expect too much,
kerana fokus maksimum kanak-kanak terhadap satu-satu aktiviti adalah 10-15 minit sahaja.
That's why tadika atau taska yang menuntut kanak-kanak untuk duduk diam atau sit-still dalam kelas lebih dari 15 minit,
dikira salah dan sebenarnya mendera mental kanak-kanak.

Haa.
Terkejut kan?


Tapi sebab kita ni duduk kat Malaysia.
Sebuah negara yang masih lack of awareness tentang perkara ini.
Perkara yang belum betul-betul dihadam oleh kebanyakan ibu bapa.
Most parents kat Malaysia hanya mahukan anak duduk diam dalam kelas,
beri tumpuan dari pukul 8 pagi sampai 12 tengahari.
Supaya cepat baca, cepat kira, cepat hafaz Qur'an, etc.

-_______-

Tanpa kita sedar,
kita sebenarnya membunuh anak-anak ini secara perlahan-lahan.
Mungkin perkataan saya terlalu kejam, but yes, bagi kanak-kanak ia seperti membunuh.
Mungkin bukan physically,
but MENTALLY and EMOTIONALLY.

Last-last bila anak stress, kuat memberontak, out of control,
terus parents tuduh anaknya autism.
-________-

Dalam mencungkil potensi anak dan menggalakkan proses pembelajaran berlaku,
kita kena consider juga kemampuan mental dan emosi kanak-kanak supaya ia boleh berlaku secara optimum.

Macam kita lah.
Kalau nak belajar sesuatu yang baru.
Kita suka dipaksa-paksa atau suka natural learning yang mengikut minat dan kemampuan kita?
Tepuk dada.

So apatah lagi anak-anak ni.
Ajar budak-budak ni kena rilekkk. Tak perlu gelojoh.
Tak perlu terlalu optimistik. Let them learn naturally.
Ikut rentak mereka. Jaga emosi mereka.
Pembelajaran akan lebih efektif dan berkualiti apabila the whole body system kita bersedia dan gembira untuk menerimanya.
Kan?

Ermm kenapa saya rasa macam dah terkeluar tajuk je ni?
;D

Ok so first things first,
ransang fokus anak supaya dia mampu memberi tumpuan dan
proses pembelajaran boleh berlaku dengan lebih intense dan effective.

So macam mana nak ransang fokus? 
Ada dua cara.


1) Melalui deria pendengaran.

Deria pendengaran adalah penentu atau titik permulaan fokus.
Jika anak anda mengalami masalah pendengaran atau susah nak memberi perhatian bila orang bercakap dengannya,
bermaksud dia ada masalah fokus.

Contoh, kalau kita panggil nama anak 3 kali, tapi dia buat derk je.
Padahal kita duk sebelah dia je.
Means yes, dia ada masalah fokus.

Bila kita minta anak buat sesuatu contohnya,
"Haikal, tolong kemas buku-buku tu."
3 kali kita suruh, tapi dia masih taknak buat atau tak peduli.
Means yes, dia ada masalah fokus.

Maksudnya, jika anak anda susah nak beri perhatian terhadap sesuatu yang didengar,
maka dia juga akan susah fokus dalam sesuatu perkara.
Kerana fokus dan listening/hearing adalah sangat related.
Ransang pendengaran dulu, fokus akan datang kemudian.

So apa yang parents boleh lakukan adalah,
satu, hantar anak buat hearing asessment. Macam mana? BACA SINI.
Dua, selalu bercakap atau berbual dengan anak dan bertanyakan soalan untuk meransang pendengaran dan fokus anak.

Contoh,

"Haikal, come. Duduk sebelah mama."

Pastikan dia datang, dan duduk dahulu. Baru mulakan perbualan.

"Mama rindu Haikal. Mama nak borak kejap boleh?"

"Boleh."

"Tadi Haikal tengah main apa?"

"Lego."

"Buat apa dengan lego tu?"

"Buat rumah."

"Haikal lapar tak?"

"Tak."

Perbualan perlu jelas, satu per satu dan soalan demi soalan.
Dan tunggu anak jawab satu soalan dulu, sebelum pergi ke soalan yang seterusnya.
Walaupun anak hanya jawab sepatah atau setakat angguk,
ia dah cukup memadai untuk menandakan dia fokus dan faham pada soalan yang didengar.

Soalan kena simple dan pendek. Dan ditanya satu per satu.
Jangan tanya bertubi-tubi macam,
"Haikal, sini jap. Mama nak borak. Tengah buat apa tu? Main apa? Buat rumah ke? Lapar tak?"

Jangan hairan jika anak anda pergi ambil stokin dan sumbat ke dalam mulut anda.
Tiada siapa yang tahan mulut keretapi suara macam minion macam tu.
;D

Kalau anak belum pandai bercakap, kita masih boleh berborak dengan dia.
Caranya, kita tanya dan kita jawab.
Yes, macam bercakap dengan peti ais.
Tapi memang itulah caranya.
;D

The key is,
ransang pendengaran anak, untuk meransang fokus secara tidak langsung.



2) Dedahkan anak dengan aktiviti-aktiviti yang memerlukan fokus dan ada target.

Macam yang saya pernah tulis dulu,
pemilihan mainan yang kita dedahkan kat anak sejak bayi adalah SANGAT PENTING.
You don't just buy stupid toys yang setakat boleh tekan-tekan, keluar bunyi, keluar music, etc.

Sebab those kind of toys,
maybe entertaining tapi tak stimulating.

Belikan anak toys yang stimulating atau meransang body system.
Entertainment ni secara fitrahnya tak berapa penting untuk kids sebab most aktiviti yang kita buat bersama anak adalah entertaining bagi mereka.
Kita bagi periuk dengan sudip je pun dah cukup entertaining bagi diorang.
Seronokk je buat jamming sampai kemek-kemek periuk kita.
-_____-

So forget those toys yang mahal dan kengkonon can make your kids genius tu.
Itu semua cuma menggelabah nak duit korang je. -..-

Sebelum dedahkan satu-satu toys / aktiviti kepada anak, fikir dulu.
Adakah benda ni akan meransang mental dan fizikal anak saya,
atau setakat bagi anak saya tekan butang dan keluar bunyi hanya dengan menggunakan jari telunjuk?

What?! Main guna jari telunjuk je? No way! This is not stimulating at all! This is rubbish!
*campak toys ke muka manufacturer toys itu*
;D

Macam saya personally,
 Haikal mula didedahkan dengan aktiviti yang stimulating seawal 6 bulan.

Dan to be honest, ia amat banyak membantu dalam perkembangan Haikal.
Bukan setakat fokus je,
Haikal dapat develop pincer grasp yang betul pada usia 2 tahun.
Kerana aktiviti-aktiviti sebegini amat membantu meransang gross and fine motor skills.
Haikal juga mampu memberi fokus yang intense ketika beraktiviti
serta alert dengan setiap aktiviti yang saya sediakan dalam rutin hariannya.

Jika nak anak senang fokus, 
kena selalu bagi aktiviti yang buat dia fokus secara tidak langsung.
Aktiviti yang akan buat dia fokus naturally.
Aktviti yang perlukan fokus yang tinggi dan ada target.
Contohnya,

 Memanah.


 Sepak bola dalam bakul.
Boleh juga guna net.
Macam main bola jaring tu.


Masuk air dalam botol guna sponge.
Ni dah macam acara sukaneka dah.
;D


Permainan maze yang saya DIY guna kotak kasut dan straw.


Ada banyak lagi sebenarnya aktiviti yang boleh difikirkan.
Boleh tengok aktiviti-aktiviti Haikal yang saya pernah kongsikan sebelum ini.
Boleh rujuk di sidebar blog kat sebelah kanan.
Dan mungkin ENTRY INI juga boleh membantu bagi idea.

So selamat mencuba 
dan selamat meransang fokus anak masing-masing!
:D

10 comments:

Mila Hilas said...

bgs lah jiji blh pkirkan xtvt yg sesuai utk anak..sy ni sll buntu nak bg anak main ape..tp stkt ni anak sy fokus la sbb kalo mtk dia buat sesuatu dia akn buat..

ayu mas said...

Good info.. insyaAllah stry utk anak. Mmg agak mcabar sikit bdk umur 3 tahun lebih ni...

Allene typicalmommy said...

good info sis

Ummu Bilaal said...

Salam..mainan cmne yg awk berikan to baby yg 6mnths?yg stimulate his mind cnthnye..?

nini said...

Gud info.....

achik su ann said...

i wish i could be as creative as u are. thanks Rajiah

saidatul maria said...

another tips... kalau dah cakap 3 kali ayat yang sama sila tukar ayat lak.... hehehe

my youngest daughter would not reponse "adik...tolong kemas mainan"

she will only response to "adik... tolong susun mainan"

jauh beza rupanya perkataan kemas dan susun :P

Ucuk said...

tq...rasa sebak baca coz terbayang anak syurga saya..educational toys agak mahal...but awk da tolong saya jimatkan wang dan beri brilliant idea ni....teruskan menulis entry yg amat bermanfaat nj...keep it up!!

Ucuk said...

tq...rasa sebak baca coz terbayang anak syurga saya..educational toys agak mahal...but awk da tolong saya jimatkan wang dan beri brilliant idea ni....teruskan menulis entry yg amat bermanfaat nj...keep it up!!

Kagero Mtp said...

Ank sy 4thun...lps hntar kelas martial arts...daya fokus dia kini amat tggi...sy syorkn Taekwondo ITF sbb latihan tndagan mlompat mnumbuk ke sasaran amt mmbantu..dlm ITF dia juga blajar mlontar dn falsafah...