Learning Numbers & Simple Maths (Semua DIY!)

Numbers and Maths.
Obviously bukan topik kegemaran saya.
-_____-

Dah 20 tahun lebih saya memohon ke hadrat ilahi agar matapelajaran yang melibatkan angka ni
dimansuhkan oleh kementerian.
Tapi alhamdulillah sampai hari ni doa saya masih belum dimakbulkan.
Ok sedih.
:D

Tapi bila dah menginjak dewasa ni, saya mula realize bahawa,
maths sebenanrya seronok jika ia dipelajari dalam keadaan yang menyeronokkan.
Actually semua benda pun macam tu.
Kan?
Benda yang kurang seronok, tapi bila buat dalam suasana yang seronok,
maka ia akan jadi seronok dan menyeronokkan,
maka tak perlu pun sebenarnya kau memohon agar tuhan mansuhkan subjek tersebut. -..-

So untuk anak saya Haikal yang berusia 3 tahun lebih ni,
i've set my mind.
Bila homeschool, untuk bagi Haikal seronok belajar,
suasana kena seronok.
Buatlah camane-camane pun, asalkan dapat wujudkan suasana seronok dan
anak seronok untuk belajar.

Especially maths.
Oh maths.
-____-

Untuk maths, kalau setakat guna buku latihan dan pensil,
memang anak akan senasib la dengan maknya yang dah 20 tahun lebih berdoa supaya maths dimansuhkan.
;D

So for maths, please.
NO BOOKS.
No.
Books.

 Saya lebih suka gunakan apa saje objek yang berada di sekeliling yang ditemui pada ketika itu.
Kalau tengah makan donut, maka Haikal akan belajar maths guna donut.
Kalau tengah lepak kat pantai, Haikal belajar maths guna shells.
Kalau tengah masak kat dapur, Haikal belajar maths guna bawang.
Dan sebagainya.
Aaaaanything can be.

Maths untuk toddlers ni biasanya simple.
Cuma counting,
simple addition and subtraction,
simple multiplication and division.

Yes semua operasi matematik boleh buat guna donut, shells, mahupun bawang.
:D

Tapi hari ni kita nak cerita pasal counting, and simple addition & subtraction je dulu.
Multiply & divide kita cerita hari lain.
Kang berkecamuk pulak nak longgok semua cerita dalam satu entry.
Saya nak share dua methods yang saya selalu guna untuk ajar Haikal numbers & maths di rumah.
So para homeschoolers boleh la cuba. :)


1) Batang Aiskrim & Klip Kertas 

Ini basically untuk small numbers, 1-10.


Untuk counting, caranya senang je.
Tulis nombor 1-10 kat hujung setiap batang aiskrim tu,
dan suruh anak kepitkan klip kertas pada batang aiskrim mengikut nombor yang ditulis.
Nombor tu tulis guna pen atau marker biasa je pun boleh.
Tak perlu sampai nak ukir ke apa. ;D

Ok why klip kertas?
Ada dua sebab.

Satu, hand movement untuk mengelip klip kertas itu sendiri bagus untuk fine motor dan hand-eye coordination.
Dua, sebab klip kertas je yang ada kat rumah saya masa tu.
;D

Saya cukup suka aktiviti yang melibatkan klip kertas dan penyepit baju.
Sebab selain motor skills, ia juga membantu anak untuk develop pincer grasp.
Nak anak pandai menulis dan melukis?
Banyakkan aktiviti yang stimulate pincer grasp anak.
Google je "how to develop child's pincer grasp".
Ada banyak cara.


Selain klip kertas,
korang juga boleh gunakan benda lain untuk di-attach-kan kepada batang aiskrim tersebut.
Contohnya, kepit baju, loom band yang orang buat gelang tu, small stickers, atau apa saje.

Kalau taknak anak cepat bosan, beli la klip kertas or batang aiskrim yang colourful tu.
Fikirkan anything yang mungkin boleh bantu attract anak untuk buat educational activities.



Dengan menggunakan dua benda yang sama (klip kertas & batang asikrim),
kita juga boleh buat simple maths.
Contohnya, operasi tambah.
Addition.


Cuma kepitkan klip kertas di sebelah nombor-nombor yang ditulis,
and then total up jumlah kesemua klip kertas yang ada pada batang aiskrim.
Senang kan? :)


Ok selain operasi tambah,
boleh jugak buat operasi tolak. Atau subtraction.


Caranya, tengok video di bawah.


A video posted by Adlil Rajiah (@rajiahnasir) on



2) Lapik telur.

Ok method kedua ni pula untuk big numbers, 10-100.


Alumni Haikal's Outdoor Playgroup mesti kenal lapik telur ni kan? ;)
Ye, lapik telur yang kita buat kira guli dalam kinetic sand hari tu.
Kini sudah ku patah-patahkan menjadi tools homeschool Haikal.
;D

Dont worry. Playgroup akan datang acik jiji buat yang baru k.
Yang lagi cehantik insyaAllah. Heheh.

So macam yang saya beritahu tadi,
lapik telur ni digunakan untuk counting and do simple maths yang melibatkan big numbers.

Contohnya untuk counting big numbers 10-100,
caranya macam ni.


Satu tray lengkap 10 telur tu, indicate number 10.
Dan tambahkan tray-tray kecil di sebelahnya untuk jadi "nombor belasan".
Empat belas, dua belas dan sebagainya.


Untuk counting 20-100 juga menggunakan kaedah yang sama.
Iaitu guna gandaan 10.
Contohnya nombor 32, 
guna 3 tray nombor "10" 
dan extra tray kecil nombor "2".

Faham tak?
Sorry la kalau expalanation lintang pukang. -___-


Ok untuk operasi tambah pula,
pun boleh guna lapik telur yang sama.


Haa senang kan?
:D


Untuk operasi tolak, lain sikit kaedahnya,
Kena main tindih-tindih.
Nak explain susah, so tengok je la video kat bawah ni k.
A video posted by Adlil Rajiah (@rajiahnasir) on

Haa banyak kan benda boleh belajar guna lapik telur?
So lepas ni beli telur, lapik dia jangan buang. Kumpul banyak-banyak.
Boleh buat counting sampai sejuta. Haha.

Pesan kat jiran-jiran,
"Joyah, kau kalau beli telur, beli banyak-banyak ye. Pastu lapik telur tu bagi aku."
"Kau nak buat apa lapik telur?"
"Ada la projek sikit."
"Kalau untuk projek, aku tolak satu lapik 2 ringgit."


Rupanya joyah pandai mencari peluang.
Cis.
;D


Selamat Mencuba!

12 comments:

nini said...

Wahhhh suka baca blog ni walaupun belum ada anak...hihi...really love diz blog

cikgu-zamie said...

Tq sis...sy cg pendidikan khas pun dpt manfaatkn ilmu dr u..tqsm..moga Allah merahmati sis dan kluarga

cikgu-zamie said...

Tq sis...sy cg pendidikan khas pun dpt manfaatkn ilmu dr u..tqsm..moga Allah merahmati sis dan kluarga

Nor Murni Fairouz Rafingi said...

Alhamdulillah. Thanks for sharing jiji! In shaa allah ada idea da..hee

Zu Ida said...

Like 10x.. ;D

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Pinkle Island said...

Rajinnya you buat your materials!! Impressive :,))).

Pinkle Island said...

Rajinnya you buat your materials!! Impressive :,))).

AZENI AHMAD said...

Bestnya.
Saya memang tengah cari material untuk homeschool anak saya pun.
Kering idea.
Tapi banyak idea dapat daripada sini.
Best.

Hanim Husin said...

wow best nya..thanks kak!

norsalihin abdullah said...

suka baca blog kak jiji..thanks!!sgt bermanfaat...

Leonardo Dora said...

Selamat datang ke FINANCE LEONARDO DORA sebuah syarikat pinjaman yang didaftarkan, yang menyediakan pinjaman untuk membantu kehidupan. Anda amat memerlukan pinjaman untuk membayar hutang anda, atau anda memerlukan pinjaman untuk perniagaan anda? Anda telah ditolak oleh bank dan institusi kewangan lain? Anda perlu pinjaman penyatuan atau gadai janji? Adakah anda mencari lebih banyak lagi, kerana kami berada di sini untuk membuat kesulitan kewangan anda sesuatu yang lalu. Kami telah membantu orang-orang yang memerlukan bantuan kewangan yang mempunyai kredit buruk atau memerlukan wang untuk membayar bil, memberi pinjaman untuk kadar faedah hanya 2%, Saya ingin menggunakan medium ini untuk memberitahu kami menyediakan sokongan dan penerima yang boleh dipercayai, dan akan bersedia untuk memberi pinjaman. Jadi, sila hubungi kami hari ini (leonardodorafinance@gmail.com)