Single Mothers, Single Fathers and Long-distance-marriage Parents.

Seperti yang anda semua sedia maklum,
kami di Haikal Parenting Management sedang menubuhkan satu Support Group untuk tiga golongan ini;
Single mothers,
Single Fathers, and
Long-Distance Marriage Parents.

Ok sebelum saya explain lebih lanjut tentang support group ni, 
saya nak share pasal isi hati beberapa orang ibu dan bapa yang saya sempat temubual pada minggu lepas.
Nama dan identiti sebenar mereka adalah dirahsiakan bagi menjaga privasi.
Dan tujuan saya share kisah-kisah mereka kat sini adalah untuk membuka mata kita semua supaya boleh memandang status single parent ini dalam perspektif yang lebih luas dan lebih matang.

Kebanyakan dari kita selalunya fikir mereka ni hanya memerlukan bantuan kewangan.
Tapi sebenarnya itu hanyalah sebahagian kecil cabaran yang mereka hadapi.
Ada banyak lagi cabaran lain yang melibatkan emosi, spiritual, perkembangan anak-anak, persepsi masyarakat setempat dan sebagainya.


Ok jom baca 4 kisah di bawah.


Kisah 1: 

Seorang ibu tunggal yang berumur 29 tahun, mempunyai dua orang anak (8 dan 4 tahun).
Beliau telah diceraikan ketika mengandungkan anak yang kedua.
Sekarang beliau menetap di kediaman ibu bapa beliau.
Beliau tiada masalah kewangan dalam menguruskan anak-anak.
Namun cabaran yang dihadapinya ialah dari segi emosi dan anak-anak.
Ibu bapa beliau sentiasa mendesak supaya berkahwin semula dengan segera,
 kerana pandangan komuniti setempat yang gemar bercakap-cakap tentangnya.
Beliau juga tidak mempunyai cukup masa dengan anak-anak,
dan kurang berpuas hati dengan cara asuhan ibu bapa terhadap anak-anaknya yang sentiasa mendedahkan televisyen.



Kisah 2:

Seorang ibu yang berusia 32 tahun, mempunyai seorang anak lelaki (3 tahun).
Beliau telah diceraikan atas permintaan keluarga bekas suami.
Cabaran yang dihadapi ialah,
anak lelakinya yang sentiasa bertanyakan ayahnya kerana sebelum ini anak itu memang terlalu akrab dengan ayah.
Jadi, apabila sudah ketiadaan ayah (ayah menetap di luar negara),
anak itu kini menjadi seorang pemberontak dan sering menghidap pelbagai komplikasi kesihatan.


Indeed.
A son needs his father.
:'(



Kisah 3:

Seorang bapa yang berumur 35 tahun, mempunyai seorang anak perempuan (6 tahun).
Beliau telah kematian isteri ketika melahirkan anak perempuannya.
Anak itu juga telah menjadi anak susuan kakaknya kerana anak itu terus disusukan kakaknya itu sejak dilahirkan sehingga berusia 2 tahun.
Kini anak itu dah mula mengerti ibu susuannya itu buat ibu yang melahirkannya dan mula bertanyakan di mana ibunya (seperti di dalam album gambar).

Keadaan menjadi bertambah buruk apabila ibu susuannya pindah lebih jauh dan
mempunyai komitmen dengan keluarga sendiri.
Bapa ini telah mencuba untuk mencari ganti, namun hatinya amat sukar dibuka untuk berkahwin semula memandangkan isterinya pergi ketika melahirkan anak mereka.
Anak perempuannya juga sentiasa dilihat murung dan sering memberontak.



Kisah 4:

Seorang ibu yang berusia 28 tahun, mempunyai seorang anak lelaki (3 tahun).
Ibu ini bukanlah ibu tunggal tetapi beliau tinggal berjauhan dengan suami atas tuntutan kerja,
dan perlu membesarkan anak besendirian.
Kekerapan suami pulang ke rumah berjumpa anak adalah 4-5 bulan sekali.
Cabaran yang mereka hadapi ialah, anak lelaki mereka langsung tidak mengenali ayahnya.
Dan langsung tidak mahu mendekati ayahnya.
Anak lelaki mereka juga disahkan oleh doktor, mempunyai behaviour problem yang agak kritikal.



Hmm.
Macam mana kalau kita yang berada dalam 4 situasi di atas?
:(

Masyarakat kita selalunya akan bagi nasihat yang hampir sama, iaitu
"Kawen lah lain."
atau 
"Berhentilah kerja."

Sedangkan kita tak tahu situasi sebenar dan tak tahu trauma yang mereka lalui.
Tak semudah itu untuk mencari ganti dan sebagainya.
Macam kes yang isteri meninggal masa bersalin tu. Of course it takes time to heal.
Soal hati bukan soal main-main.
Lebih-lebih lagi bila melibatkan perkahwinan dan anak.
Ia akan jadi lebih berat dan rumit. Kan?
Kalau sakit putus cinta pun dan macam hapeeee punya stress. ;D
Bayangkan lah pula putus perkahwinan atau isteri meninggal,
 dan ada anak-anak dari hasil perkahwinan itu.

 

Jadi kami di Haikal Parenting Management mengambil initiatif ini untuk membantu golongan yang berkenaan.
Biarpun tak banyak yang kami boleh bantu.
Tapi kami usahakan apa yang termampu insyaAllah.


So this is how this Support Group will work.


Support group ini bertujuan untuk mengumpulkan single mothers, single fathers, dan long-distance marriage parents di Malaysia di dalam sebuah komuniti khas, agar ahli-ahlinya dapat saling mengenali dan bertukar pendapat khususnya perihal anak-anak dan parenting knowledge.

Support group ini bakal dibimbing oleh beberapa individu bertauliah, seperti Dr. Putri Afzan Maria (pakar perkembangan awal kanak-kanak), Pn. Adlil Rajiah (blogger keibubapaan), beberapa orang Early Childhood practitioners dan juga beberapa orang "senior" single parents yang berpengalaman.

Support group yang bakal ditubuhkan ini,
bukanlah untuk meraih apa-apa keuntungan,
bukan juga untuk mempertikaikan atau mendiskriminasi keadaan single parents,
bukan juga untuk mencari pasangan baru buat mereka,
tetapi hanya mahu membantu golongan ini dari segi ilmu pendidikan awal kanak-kanak dan 
ilmu keibubapaan yang khusus buat mereka,
selain memberikan medium untuk mereka get connected dan support each other dari segi mental, emotional, spiritual, 
dan sebagainya.

Sebagai permulaan, kami akan menubuhkan Whatsapp Group dan Closed Group di Facebook sebagai medium komunikasi antara ahli Single Parents Support Group ini. Kami akan berkongsi tips dan panduan yang berkaitan dari semasa ke semasa di medium tersebut. Selain itu, setiap ahli boleh mengajukan soalan dan berinteraksi secara langsung dengan pakar-pakar kami secara atas talian (online).

InsyaAllah jika diizinkan, kami juga akan menganjurkan beberapa perjumpaan atau sharing session bersama ahli-ahli Support Group ini pada masa akan datang.

Kepada sesiapa yang berkenaan (single mothers, single fathers, dan long-distance marriage parents),
please come and join us.
 
Email kami di:
haikal_opg@yahoo.com
Dan berikan butiran lanjut seperti berikut,

Nama penuh:
No.IC:
Status (Single Mom/Dad or Long-Distance Marriage):
No Tel:
Email (yang digunakan untuk Log In FB):
Tempat tinggal (contoh: Shah Alam, Selangor):
Bilangan anak dan umur anak:


Kami mungkin tak berada dalam situasi anda,
tapi izinkan kami menyatukan anda dalam sebuah komuniti yang betul agar anda dapat sokongan yang sewajarnya

Semua single parents perlu tahu,
anda juga layak menjadi ibu bapa terbaik buat anak-anak.
Anda tidak keseorangan,
ada pihak yang sedia mendengar rintihan anda,
biarpun dalam keadaan anda yang tidak berpasangan.

So please. 
Come and join us.
:)


p/s: Ramai yang bukan single parents email kami untuk join support group ni untuk sama-sama beri motivasi dan semangat kepada golongan ini. Saya hargai sokongan anda. Tapi maaf, kami mahu khususkan group ini buat mereka yang berkenaan sahaja supaya mereka selesa dan bebas meluahkan sesama mereka. Kalau anda ada nasihat, cadangan atau kata-kata peransang buat mereka, just write down di ruangan komen. Saya akan printscreen dan sampaikan kepada mereka insyaAllah. Terima kasih.

12 comments:

Nur Hanisah Ahmad Zaini said...
This comment has been removed by the author.
Shizukaz Sue said...

Assalamualaikum jiji,

Tahniah atas usaha murni yang mungkin orang lain tak sedar betapa isu sebegini membawa impak yang besar.

Memang berat dugaannya tetapi hanyalah Allah sebaik-baik penentu. Semoga golongan ini terus tabah dan bersabar dalam menuai saham di akhirat kelak. amin

yoorin melacolea said...

menariknya.. walaupon tak tergolong dalam golongan tiga2 diatas, tp who knows in the future kann.. semoga mereka tabah menghadapi dugaan dan cabaran.. mohon share.. =)

Qider said...

Moga Allah mudahkan..

Qider said...

Moga Allah mudahkan..

Qider said...

Moga Allah mudahkan..

ummu hadif said...

Assalamu'alaikum...

Puan jiji, mngenai group ni..masih ade ke?

ummu hadif said...

Assalamu'alaikum...

Puan jiji, mngenai group ni..masih ade ke?

Daniel John said...

Adakah anda sedang mencari pinjaman perniagaan? pinjaman peribadi, pinjaman rumah, pinjaman kereta, pinjaman pelajar, pinjaman penyatuan hutang, pinjaman tanpa cagaran, modal teroka, dan lain-lain .. Atau adakah anda telah ditolak pinjaman oleh bank atau institusi kewangan untuk apa-apa sebab. Kami adalah pemberi pinjaman swasta, pinjaman kepada perniagaan dan individu dalam kadar faedah yang rendah dan berpatutan kadar faedah 2%. jika Berminat? Hubungi kami hari ini di (eleazardiaz536@gmail.com) dan mendapat pinjaman anda hari ini
Regards,
Eleazar Diaz pasukan pelaburan

Davies Ruth said...

Pinjaman untuk pelbagai tujuan
Kami menawarkan jumlah minimum 10,000.00 dolar untuk 10 juta dolar
Pada kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
pinjaman
tempoh: sehingga 25 tahun bergantung kepada jumlah pinjaman yang anda perlukan.
pelanggan mesti
Melebihi usia o f 18 tahun
Urus niaga ini adalah 100% selamat untuk semua clents
Untuk maklumat lanjut mengenai kredit, sila hubungi kami melalui e-mel:
(Daviesruthfirm@gmail.com)

celina campbell said...

Hello, saya Mrs celina campbell pemberi pinjaman pinjaman swasta yang meminjamkan peluang seumur hidup. Adakah anda memerlukan pinjaman untuk membersihkan hutang anda dengan segera atau anda memerlukan pinjaman untuk meningkatkan perdagangan anda? Adakah anda pernah ditolak oleh bank-bank dan agensi-agensi lain yang kewangan? Adakah anda memerlukan pinjaman atau gadai janji penyatuan? Mencari lagi kerana kita berada di sini untuk semua masalah anda dari segi kewangan pada masa lalu. Kami memberi pinjaman penjimatan kepada individu yang memerlukan bantuan dari segi kewangan, yang mempunyai kredit yang buruk atau memerlukan wang untuk membayar bil-bil, untuk melabur dalam perdagangan pada tahap 2%. Saya akan menggunakan medium ini untuk memberitahu anda bahawa kami memberikan bantuan yang boleh dipercayai dan benefisiari dan akan bersedia untuk menawarkan anda pinjaman. Jadi hubungi kami hari ini melalui e-mel di: (celinacampbellloanfirm@gmail.com)

Nurliana Novi said...

Hello,
Saya Nurliana Novi saya ingin berkongsi kerja-kerja yang baik dari Allah dalam hidup saya kepada bangsaku yang mencari pinjaman di Asia dan bahagian-bahagian lain perkataan, kerana ekonomi tidak baik di beberapa negara.
 Saya kini tinggal di jakarta di Indonesia. Saya adalah seorang janda dengan empat kanak-kanak dan saya telah terperangkap dalam keadaan kewangan yang pada bulan Julai 2016 dan saya perlu membiayai semula dan membayar bil-bil saya
Saya adalah mangsa penipuan pemberi pinjaman 4 kredit, saya hilang begitu banyak wang kerana saya mendapatkan pinjaman dari syarikat mereka. Saya hampir mati dalam proses kerana saya ditahan oleh rakyat hutang saya sendiri, sebelum saya dibebaskan dari penjara dan kawan-kawan saya yang saya terangkan keadaan saya dan kemudian memperkenalkan saya kepada syarikat pinjaman yang ELINA JOHNSON LOAN FIRM reliabl.
Bagi orang-orang yang mencari pinjaman? Jadi, anda perlu berhati-hati kerana banyak syarikat-syarikat pinjaman penipuan internet di sini, tetapi mereka masih amat nyata dalam syarikat-syarikat pinjaman palsu.
 Saya mendapat pinjaman saya dari ELINA JOHNSON LOAN FIRM Rp500,000,000 dengan mudah dalam tempoh 24 jam yang saya digunakan, jadi saya memutuskan untuk berkongsi kerja yang baik dari Allah melalui ELINA JOHNSON LOAN FIRM dalam kehidupan keluarga saya. Saya meminta nasihat anda jika anda memerlukan pinjaman anda sila hubungi ELINA JOHNSON LOAN FIRM. menghubungi mereka melalui e-mel:. (Elinajohnson22@gmail.com)
Anda juga boleh menghubungi saya melalui e-mel saya di (nurliananovi96@gmail.com) jika anda mendapati sukar atau mahu prosedur untuk mendapatkan pinjaman.