The Coolest Playschool in Bukit Jalil - Babytots@play

A week before puasa hari tu, kitorang sempat bawa Haikal ke Babytots@play di Bukit Jalil.



Mula-mula tu, saya takde la letakkan apa-apa expectation pun,
sebab honestly saya tak pernah dengar tentang Babytots@play ni sebelum ni.
So rilek je la sebab ingatkan macam playschool biasa je.

Tapi..
Sejurus kitorang melangkah masuk je, terus woaww! Melopong masing-masing. :O
Pastu tengok Haikal terlompat-lompat excited, saya pun rasa nak ikut lompat-lompat sekali.
Hahaha.
Seriously korang, tak pernah lagi saya tengok playschool yang sangat cantik, luas, well-organized, feels like home dan serba lengkap macam ni.
 Sangat kagum dan program diorang pun memang lain daripada yang lain!

 


Ini Mr. Prem.
Beliau dan isteri (Ms Sathyah) merupakan pemilik Babytots@play di Bukit Jalil ni.
Terharu bila saya dilayan dengan baik oleh mereka dan dibawa ke setiap pelusuk tempat tu untuk mendalami sendiri setiap aktiviti yang mereka lakukan untuk kanak-kanak.

MashaAllah i must say, program diorang sangat padu dengan harga yang sangat berpatutan!
So sila baca sampai habis sebab saya dah excited sangat dah nak share EVERY SINGLE THING tentang playschool yang terlalu best nih!
:D

 


Haikal masuk-masuk je terus ambik tempat, terus main.
Buat macam rumah sendiri. :D


Rupanya Babytots@play ni bukanlah satu nama baru.
Ia dah lama bertapak di Malaysia dan mempunyai 5 cawangan di sekitar Lembah Klang.
Laaaa awat cek taktau? -___-

Plus, artis-artis pun hantar anak diorang kat sini tau.
Yang paling latest ialah Amber Chia.


Perghhh lagi la saya berkobar-kobar nak hantar Haikal kat sini jugak! Behehehe.



Haa ni la Ms. Sathyah, the principal.
Comel dan sangat soft-spoken orangnya.
Dapat teacher macam ni lagi la budak-budak suka nak pergi sekolah. :D

Ok lepas dah lihat dan fahami sendiri apa benda sebenarnya Babytots@play ni,
saya nak share dengan korang,
6 sebab kukuh kenapa setiap ibu bapa kena beri peluang kepada anak untuk join 
program Babytots@play di Bukit Jalil nih.


1) Activities yang disediakan mengikut peringkat umur.

 Diorang ada aktiviti untuk bayi seawal umur 6 bulan sehingga 4 tahun+.
Dan program diorang khas mengikut setiap peringkat umur.


Ada tiga program kesemuanya.
Jom tengok satu per satu.


A) Baby Boost (6 - 8 months old)
Duration: 45 mins

Dalam program Baby Boost yang berlangsung selama 45 minit setiap sesi ini,
mereka mementingkan beberapa aspek seperti sensory activities yang akan meransang setiap deria dan secara tak langsung akan promote early brain development.


Mereka juga ada sesi physical movements untuk strengthen baby muscle, body awareness, serta singing and music yang boleh meransang listening skills dan early literacy development.
Selain tu, ada banyak aktiviti-aktiviti lain yang membantu early social skills,
create bonding, emotional skills dan lain-lain.


 Modul yang dilakukan berulang-ulang ini juga akan membantu bayi menyesuaikan diri di tempat baru dan berasa lebih yakin serta selamat ketika membuat aktiviti.
Dan ini juga membantu mereka mempelajari dan mematuhi sesuatu rutin yang ditetapkan untuk mereka. :)


B) Happy Tots (18 - 30 months old)
Duration: 60 mins 

Untuk kanak-kanak berumur setahun setengah hingga dua tahun setengah,
program Happy Tots ni memang sesuai.
Dalam durasi satu jam, anak-anak akan belajar berdasarkan tema yang ditetapkan setiap minggu.


Dalam setiap tema, beberapa unsur pembelajaran untuk brain development akan diselitkan secara tidak langsung, contohnya multisensory play, music and movement, counting, colours, shapes, etc.


Program Happy Tots ni sangat bagus sebab ia akan membantu develop social skills, active listening, increase concentration, building confidence serta self-esteem pada anak-anak.


C) Boogie Tots (2.5 - 4 years old)
Duration: 2 hours

Ok Boogie Tots pula ialah for older tots.
Dan kelas mereka lebih lama iaitu dua jam.
 Dalam program ni, anak-anak akan belajar dengan lebih intense, lebih kognitif,
 tapi dalam suasana dan tema yang menyeronokkan!

Anak-anak akan didedahkan dengan multimedia learning seperti flashcards, workouts, alphabets, numbers,etc
Dan semua jenis sensory play activities seperti creative crafts, puzzles, play dough, matching pretend play, physical play, etc.




2) Their sessions/classess are on weekends only and 
they INVOLVE PARENTS in every session.

 Haa ni yang paling saya suka sebenarnya dengan Babytots@play ni.
Selain ia suitable for working parents, sebab kelas diorang weekends je,
diorang juga involve parents dalam setiap session!

Best kan!!
Parents involvement adalah sangat penting sebab selain dapat spend a solid quality time dengan anak,
parents secara tak langsung dapat belajar new skills and knowledge on how to PLAY the right way with the kids.
Lepas tu nanti dekat rumah, kita dah tahu dan boleh fikir sendiri apa aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk peringkat umur anak kita, dan apa benefits aktiviti-aktiviti tertentu.
:)



So parents, ambil lah peluang macam ni!



3) Yuran sangat berpatutan dan berbaloi.


 Mana nak dapat yuran playschool kurang dari RM200 sebulan kat bandaraya KL camni?
Berbaloi sangat la ni jika nak dibandingkan dengan apa yang anak-anak dan parents akan gain dari program ni.



4) Lokasi strategik dan classroom yang spacious.

Playschool ni dalam corner lot building.
So area dia sangat spacious.
Memang boleh berguling la dari hujung ke hujung.
:D



Best kan?
Nampak sangat cozy, safe dan rasa nak tidur je situ sampai anak graduate dari Babytots@play.
;D



5) Multiracial.

Ini satu lagi sebab kenapa Babytots@play ni unik bagi saya.
Its race diversity.
India, Cina, Melayu semua bergabung dalam sebuah playschool demi anak-anak.
Nampak harmoni sangat. :)

Saya pernah terbaca somewhere lebih kurang begini,
"Galakkan anak-anak berkawan dan bergaul dengan bangsa dan agama lain,
supaya mereka lebih kenal dan hargai diri sendiri serta orang lain,
dan tidak berada dalam sesuatu comfort zone terlalu lama kerana sentiasa mahu mara ke depan dan sukakan persaingan."

Make sense, kan?

Kita sendiri pun bila selalu berada dalam kumpulan sesama melayu sahaja,
kita akan mula rasa terlalu selesa, sampai kadang-kadang tidak ada kemajuan dalam hidup.
Kalau ada pun, mungkin perlahan.
Cuba tengok kawan-kawan kita yang memang bergaul dengan Cina dan India dalam kehidupan seharian.
Diorang ni lebih berpandangan jauh, lebih pandai membawa diri dan lebih maju ke hadapan.
Kan?

So kenapa perlu terus membezakan dan meng-isolate-kan diri dari kaum-kaum yang lain,
sedangkan kita boleh dapat terlalu banyak benefits kalau kita berkawan dengan mereka.

:)



6) Increase play awareness in our parents society

Masih kurang playschool di Malaysia yang betul-betul menggunakan play dalam modul mereka.
Rata-rata nama je playschool tapi still mengamalkan academic-based module.
Kenapa?
Sebab parents di Malaysia lebih mementingkan academic berbanding fitrah dan intelligences lain pada anak-anak mereka.

Betul ke salah buat macam tu?
SALAH.

Saya pernah menulis satu artikel tentang kenapa BERMAIN ITU PENTING untuk kanak-kanak 5 tahun ke bawah.
 BACA DI SINI.

Bermain adalah hak anak-anak yang tak sepatutnya disekat-sekat.
Dan para ibu bapa sebenarnya perlu ada ilmu tentang bagaimana cara yang betul untuk bermain dengan anak-anak.
Sebab ada ibu bapa yang fikir,
bagi anak main game angry bird dekat ipad tu lah cara yang betul untuk bermain.
-_____-

Kamonnn..
They need the realll play.
They need physical movements.
They need to do something that could boost their nerves stimulation, their brain, their cognitive skills, their immune system, their emotional quotient, their everything!
 Sedangkan angry bird hanya perlu menggerakkan satu jari, and u thought that is enough for your child?
U better think again BEFORE IT'S TOO LATE.

So invest lah untuk playschool macam ni.
InsyaAllah anak-anak anda akan dapat fitrah dan hak mereka.
Dan IQ mereka akan berkembang dengan lebih baik daripada yang anda sangkakan.


Ok so itu lah antara 6 sebab kenapa saya kata Babytots@play ni best.
Sebenarnya ada 60 juta sebab lain, tapi cukup la saya bagi 6 je.
Yang lain kalau nak tahu, sila lah join sendiri Babytots@play ni.
:D

Untuk booking your session, just call
 019-691 7221
 

Facebook: Babytots Atplay Bukit Jalil 
Email: babytotsplay.bukitjalil@gmail.com

 Address:
No 10-1-M, Jalan Jalil Perkasa 15,
 Aked Esplanad Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur.

Website: http://www.babytotsatplay.com/


Oh ada lagi satu sebab kenapa korang kena juga try Babytots@play ni!

Khas untuk pembaca blog ni,
anda akan dapat one free trial session,
dan RM10 off for the first month bill if korang sign up for their program.



Haa amacam?
:D
.
All you have to do is, mention "Blog Adlil Rajiah" semasa nak booking slot untuk anak-anak korang nanti.
Confirm dapat dua special offer yang saya sebutkan di atas.
:)

Dah cepat pergi booking, kang penuh tak dapek den nak nolong.

3 comments:

Fariza said...

Terima kasih info ini. Dekat dengan rumah :)

Suffi Izzara said...

playschool ni fully in English @ mix Bahasa ye?

khairiah hameed said...

murahnya. per month pulak tu. tq juga sebab bagi info. tengah survey juga playschool ni