KinderKaizen Bandar Sri Damansara - Empowered by PLAY!

 Assalamualaikum semua!

Hari ni saya nak share satu lagi playschool yang sangat cool dan highly recomended,
yang bertempat di Bandar Sri Damansara.
Haa sesiapa yang tinggal berdekatan, sila buntangkan mata anda dan
bersedialah untuk menghadap sesuatu yang extraordinareyhh!
Dan kepada yang tinggal berjauhan, sila kemas rumah dan
bersedia untuk pindah ke Bandar Sri Damansara sekarang juga.
;D

Playschool yang saya maksudkan adalah,
KinderKaizen



Awal bulan lepas, saya sempat hantar Haikal & Aqil (sepupu Haikal) untuk join one week Play Program by KinderKaizen ni.
Dan dari situ la saya discover ke-best-an dan ke-rare-an aktiviti-aktiviti diorang.

Dalam masa satu minggu tu, jadual diorang adalah sangat sarat dengan aktiviti PLAY,
indoor dan outdoor!
Bukan setakat main yang stok longgok mainan, punggah, buat sepah, pastu balik rumah,
esok datang lagi, longgok mainan lagi, dah penat main, balik, dan berterusan begitu sampai mereput ditelan tanah.
-______-

Kat KinderKaizen, they have MORE than that.
Diorang ada aktiviti baking biskut, siap dough pun kanak-kanak belajar uli sendiri from scratch.
Siap sebelum start baking diorang buat topi chef yang tinggi tu dulu. :D
Pastu ada aktiviti belajar buat khemah,
Ada aktiviti cycling kat taman,
Ada aktiviti buat playdough sendiri pastu budak-budak boleh bawa balik rumah main sampai ranap.
Ada aktiviti art and craft,
Ada aktiviti buat binaan guna straw & marshmallow.
Haa macam-macam lah!

Menarik yang sangat menarik.
Sampai saya sendiri rasa nak apply buat part time kat situ.
Bukan sebab nak jadi teacher sangat. Tapi sebab nak join main.
;D

Yang buat saya lagi percayakan Kinder Kaizen ni ialah,
the owner is actually our famous pakar perkembangan awal kanak-kanak, 
Dr. Putri Afzan Maria.


Dr. Afzan yang pakai baju hitam tu ye. Bukan yang baju purple tu.
 Sebab sekali tengok macam yang baju purple tu yang paling pakar sekali. ;D

Untuk pengetahuan, Dr. Afzan mempunyai pengalaman dan ilmu yang cukup luas dalam
bab perkembangan awal kanak-kanak terutamanya dari segi brain development.
So kat mana lagi dia nak menyalurkan kepakarannya itu kalau bukan di KinderKaizen!
Selain tu, beliau juga bertugas sebagai Timbalan Dekan fakulti Early Childhood di UNITAR, Kelana Jaya.

Mashaa Allah.
Untung betul yang baju purple tadi tu. Heheh.

Kalau korang nak kenal Dr Afzan dengan lebih lanjut,
silakan check out her FB: Afzan Maria.
 Dia memang selalu share benda best-best untuk rujukan parents kat timeline dia.
So pergi follow sana.


Ok kembali kepada topik asal,
KinderKaizen.
Apa maksud KinderKaizen?

 KinderKaizen adalah gabungan dua perkataan, bahasa jerman dan bahasa jepun.
Kinder dalam bahasa jerman bermaksud, "children".
Dan Kaizen dalam bahasa jepun bermaksud, "continuous improvement".
So dari maksud nama tu sendiri kita dah boleh nampak objektif penubuhan KinderKaizen ni.

"KinderKaizen is a place to enrich your children's skills through play. MASSIVE PLAY! 
A play that they cannot explore at home and at school!"

Walaupun dengan hanya BERMAIN, formative assessment tetap dilakukan secara berterusan terhadap kanak-kanak ini untuk membantu dan meningkatkan learning skills dan development mereka, secara individu.
Ada 2 elemen utama yang dilihat dalam assessment KinderKaizen iaitu 
"child's ability, skills and needs" dan 
"suitable multiple intelligence" bagi setiap kanak-kanak.



KinderKaizen menerima kanak-kanak berumur 4 hingga 8 tahun.
Dan yang paling best, diorang takde classroom,
takde kerusi meja papan hitam yang disusun macam dalam bilik darjah tu.

Budak-budak kan memang perlu berlari melompat berguling apa semua.
So jadahnya suruh diorang duduk setempat dari pagi ke petang?
Kamon..
Jangankan budak, mak budak pun ponteng sekolah kalau lagu tu. -___-

So kat KinderKaizen, takde bilik darjah tipikal yang dibahagi ikut umur tu,
ia cuma ada 4 bahagian iaitu,
Play Area, Project Area, Quiet Room dan Waiting Area.




Waiting Area.





Play Area.
Best kannn!



Project Area.



Quiet Area.

Kat Quiet Area ni la budak-budak akan ditenteramkan kalau nangis,
Untuk diorang tidur kalau mengantuk,
Untuk diorang solat berjemaah,
Takpun untuk diorang sesaje nak me-time.

Hmmm how i wish zaman kita dulu ada sekolah camni.
Rasa down sikit boleh lari kejap masuk quiet room pastu nangis dalam khemah.
-____-


Dan satu lagi yang membezakan KinderKaizen dengan playschool-playschool lain ialah,
semua aktiviti dia menekankan 3 aspek penting dalam Domains of Learning and Development iaitu,
Cognitive (knowledge), Affective (attitude) dan Psychomotor (skills).
Boleh tengok sendiri gambar-gambar antara aktiviti yang diorang buat di KinderKaizen.


 


Haa best kan?
Memang rare aktiviti diorang nih.
Sangat menyeluruh dan menyentuh segala aspek perkembangan kanak-kanak.

Play-based Learning, Fine & Gross Motor Skills, Emotional Quotient (EQ), Social Skills,
Exposure to different types of PLAY - Simple & Structured Play, Sensory Play, Messy Play, Playing with Nature,
dan yang paaaaaaling penting,
anak-anak kita akan dapat childhood memories yang paling memorable!
So nanti dah masuk sekolah rendah/menengah takde la diorang asyik ngelat ponteng sekolah
sebab masa kecik tak dapat hak bermain yang sepatutnya. Kan?
 
 

Oh lagi satu, pasal YURAN.
Dengan hanya RM240/sebulan anak-anak boleh menikmati childhood experience yang indah sebegini.
Bukan sahaja indah, malah membantu perkembangan fizikal dan mental secara maksima.
It's totally worth it!

Dan bagi anda yang sedang menangisi di dalam hati sebab tak duduk kat Bandar Sri Damansara,
 korang boleh visit cawangan-cawangan mereka yang lain.

 For more info pasal Kinder Kaizen, boleh hubungi

Office: 03-62616099
Atau Whatsapp: 018-2332 988 / 010-401 2579
Email: kinderkaizen@gmail.com

10 comments:

aryien enya said...

Memang nampak best sangat.. Dan saya beruntung sbb saya student owner tadika ni. Dr Putri memang best. Lemah lembut dan dia sangat sweet.. šŸ˜šŸ˜

dorsett pink said...

besstnya.. how I wish my baby masuk belajar kat sini.. tapi rumah saya jauh.. huhu... and yet the fees was sooo cheap.. affordable!

AZENI AHMAD said...

Selalu dengar pasal Kaizen nie.
Selalu keluar tv kan.
Tapi tak sangka pulak aktiviti yang sangat menarik..
Main sahaja.
Hehehe. Best tue.
Murah pulak.

m U c h ! k said...

Saya rasa puan elok bukak brach sendiri di perak

raisingmystars said...

menarik sgt..not a typical playchool/kindy. kalau dekat ni dh pegi.

Raihanah Ahmad said...

Besr2

khairiah hameed said...

wah...ni lagi best dari gymboree. thanks for sharing cik puan rajiah :)

Maya Mikhail Suriati said...

d perak x ader ker cawangan

Unknown said...

Owner blog ni dok perak ke?di mana?saya teringin nak hantar anak sekolah mcm ni..tapi saya tinggal di perak..;( saya rasa puan boleh buka cawangan di perak ni..;)

Nani Hanani said...

Fees tu smpi.ptg ke