GameBooks 3.0 : This is your LAST CHANCE!

Ingat lagi entry DIY Game Books yang saya share beberapa bulan lepas?
Yang tujuannya supaya anak-anak tak terlalu kerap leka dengan games dalam gajet. :D

Siapa yang tak tahu-menahu lagi pasal DIY Game Books ni, boleh klik SINI.
Dalam entry tu, saya ada bagi step by step guide untuk DIY sendiri Gamebooks untuk anak-anak anda,
dan bagi ibu-bapa bekerja, yang takde banyak masa untuk DIY sendiri,
 saya ada offer untuk TOLONG buatkan.
TOLONG ye. Bukan JUAL.
Dan mashaAllah, ramai juga yang minta saya tolong buatkan. 
Dan sampai ke hari ni tak berenti-renti pulak orang meminta pertolongan tersebut.
Tak tahu la nak rasa terharu ke terpilu.
;D

Nak-nak pulak saya ni memang jenis yang cepat rasa bersalah,
tak reti pulak nak cakap "tidak" bila orang minta tolong.
Maka saya pun redhoooo.
Redho punya redho, dah lebih 2000 unit Game Books jugak lah yang dah menggunakan tenaga incredible hulk ku ini.
-____-

So maka sebab itu lah terhasilnya entry pada hari ni, yang bertajuk,
"Game Books FINAL BATCH"
atau maksud tersiratnya,
"Ni last aku tolong buatkan. Lepas ni kau pergi bertukang sendiri."

Wah gitu dia acah-acah garang.
;D

Siapa yang follow Instagram saya @rajiahnasir, akan tahu la kisah perkembangan DIY Game Books ni.
Dari memula saya buat semua sendiri,
printing, laminating, tebuk lubang apa semua sendiri.
Memang tak tidur woi. -___-

Mana yang memahami tu, ada jugak paksa-paksa saya supaya ambil kos upah.
Tapi mana boleh, cik kak.
Semua games dan aktiviti dalam buku tu bukan hak milik saya.
Macam yang saya bagitahu dalam entry lepas,
activities dalam gamebooks ni semua saya search dari internet, dan kumpul sikit-sikit selama 3 tahun,
dan pomm! terhasil lah idea nak Gamebooks untuk anak kesayangan.

So saya tiada hak ye untuk claim profit ke apa dari tempahan buku ni.
That's why saya cakap, saya tolong je,
bukan jual.

Dan untuk first batch dulu, saya hanya mampu ambik 200 tempahan je.
Itu pun macam nak meninggal nak siapkan 200 buku tu. Pfft!

Dan alhamdulillah atas desakan bertubi-tubi dari korang semua, supaya saya terus buka tempahan Game Books ni,
saya telah dipertemukan dengan sorang hamba Allah iaitu Amir from Mayda Solution yang ada kilang printing kat Ipoh.
Dia yang beriya nak bantu saya memenuhi permintaan korang, untuk teruskan penghasilan Game Books ni, pada HARGA KOS tanpa profit!
Haa kau.
Memang jarang la jumpa orang camni. Tapi alhamdulillah saya jumpa.
Memang aturan Allah la semua ni kan.
Saya tak pasti Allah sayang korang ke sayang saya, ke sayang dua-dua.
Siap bagi kilang pulak untuk saya tolong buatkan game books untuk korang kan.
Amboi amboii.
:D

Maka dengan itu, terhasil la Gamebooks second batch yang much better berbanding first batch yang saya buat sendiri tu.
Sebab kilang guna kertas keras dan teknik cold lamination.
Which kualitinya jauhhhhhh lebih best.


 Ini rumah saya ye. Bukan kilang.
Tapi rupa memang tak jauh beza. -___-


 Ini bila dah susun mengikut order, maka terbentuklah menara condong teluk intan.
;D


 Ini bukan longgokan sampah ye.
Ini parcel gamebooks korang.
Kalau tadi rumah saya seperti kilang buku, kini sudah kelihatan seperti tapak pelupusan sampah.
Bertabahlah wahai hati. ;D


 So untuk yang third batch ni, kitorang dah bersepakat bahawa this is THE FINAL BATCH.
Third batch is the final batch ye tuan puan.
Sebabnya, saya dah tiada khudrat. ;D
So yang ni last.

Dan untuk final batch ni, kitorang akan bagi MAXIMUM QUALITY.
Lebih banyak yang kitorang upgrade dari segi kualiti.
 Dan masih menggunakan kertas keras, dan every page is laminated.

Kenapa laminate?
Supaya anak-anak boleh guna whiteboard markers, buat aktiviti dan padam berulang kali.
Sampai diorang addicted terhadap buku, dan bukan gajet.
So satu buku tu memang boleh pakai bertahun, selagi tak ranap.
Dan aktiviti dalam setiap buku, kitorang dah upgrade design dia,
dan susun ikut tahap umur dan difficulty levels.



 Dan kalau dulu ada 7 buku, tapi untuk yang third batch ni, ada 5 buku je.
Sebab kitorang dah ammend balik, dan merge 7 buku tu jadi 5 buku je,
mengikut aktiviti dan difficulty levels.
So satu buku memang akan jadi lebih tebal berbanding yang sebelum ni.
Details untuk setiap buku ada kat bawah nanti.


 
Ni haa gambar close up.
Camni la rupa cold lamination tu ye. Dan SETIAP PAGE adalah laminated ye.
Saya ulang, SETIAP PAGE.
Dan kenapa kitorang guna ring dua ketul camtu je dan bukan binding ke apa?
Sebabnya, supaya senang nak buka untuk ceraikan page boleh kongsi beramai-ramai.
Sebab kos satu buku adalah agak mahal (kos cold lamination adalah mahal ye),
so kalau anak lima takkan nak beli 5 buku kan?
Lain la kalau mak mertua korang bernama rosmah, memang borong 5 kontena pun ok je. -..-
So tujuan saya pasang ring camtu, supaya boleh cerikan page dan semua 5 beradik boleh share satu buku.
 Jimat dan ada unsur sharing is caring di situ. :D

Saya pernah explain pasal cara penggunaan Gamebooks ni dalam ENTRY INI.
Dan tentang whiteboard markers, boleh cari kat Mr.Diy atau Daiso atau ToysRUs.
Pilih je mana-mana colourful whiteboard markers.
Asalkan bukan permanent marker, boleh pakai.
Dan untuk padam, boleh pakai eraser whiteboard tu atau pakai tisu je pun boleh. 

By the way, saya nak ambil kesempatana ni untuk clarify tentang harga sebab ada segelintir yang kata GameBooks saya ni mahal. 
Ok camni,

Satu, apa kata anda buat sendiri, dan rasakan sendiri kosnya. Heheh. 
Sebab ramai juga yang dah buat sendiri Gamebooks untuk anak-anak mereka, dan mereka bagitahu saya bahawa buat sendiri adalah lebih costly, atau lebih mahal.
Tak percaya, cuba anda buat. :)

Dua, untuk anda yang tak biasa dengar apa itu cold lamination, 
ia adalah satu teknik laminate yang kualitinya lebih bagus berbanding laminate biasa.
Untuk pengetahuan, kos cold lamination adalah RM5 per page.
Abih kalau satu buku ada 60 muka surat, kan ke dah RM300 harga seketul buku tu?
Dan Gamebooks saya jumlah mukasuratnya adalah 100 ke atas ye.
Dan kitorang tolong buatkan untuk korang, dengan harga RM70-100 je. 
Korang tak rasa macam eeiiii...!!
-___-

Tu pun kitorang dah habis tahan napas dah tu nak control kos.
In fact, banyak juga hidden cost yang kami tanggung sendiri sebenarnya.

Jadi, maafkan kami sebab tak mampu untuk turunkan harga.
Kalau turunkan harga jugak memang kitorang makan pasir je la kang. ;D
Cuma kitorang boleh tolong dengan bagi korang pilihan, sama ada nak bayar full atau deposit 50% untuk secure order. Itu saje.
Bila dah siap, bayar lagi 50% yang selebihnya. Camtu.

Yang ketiga, please don't compare gamebooks ni dengan buku yang berharga RM15 kat bookshop.
Seperti yang saya katakan tadi, setiap page Gamebooks ni adalah LAMINATED.
So anak-anak boleh conteng-padam berulang-ulang kali selama bertahun.
Plus, games yang kitorang pilih memang FUN GAMES yang memang akan buat anak-anak seronok.
Bukan akademik punya aktiviti ye.
So bagi saya, ini jauh lebih berbaloi berbanding buku RM15 yang pakai sekali dan buang.
Kan?

Saya harap clear, dan takkan ada lagi yang persoalkan tentang harga.
Kerana ia amat menyentap jiwa sanubari. -..-


Oh dan untuk pengetahuan jugak, untuk last batch ni, kitorang akan buka untuk 500 orang SAHAJA.
Sebab itu je kot yang kitorang mampu contribute.
So cukup je 500 orang, kitorang akan close order.
Masa buka untuk second batch hari tu, lepas 3 hari je dah 700 orang.
Terkapai-kapai jugak la nak handle. -____-
So kali ni, kita set limit siap-siap.

So tanpa membuang masa, dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim,
here is the details of our Gamebooks 3.0.
Again, this will be the last batch of our Gamebooks.


Book 1 (SOLD OUT)

Activities in Book 1:
Pre-writing, Pre-drawing, Tracing, Symmetry, Missing Parts, Drawing & Colouring.

Jumlah mukasurat: 140
Umur yang sesuai: 3-8
Harga kos: RM102





Book 2 (SOLD OUT)


Activities in Book 2:
Spot The Difference, Maze, Hidden Things, Dot to Dot.

Jumlah mukasurat: 130
Umur yang sesuai: 3-8
Harga kos: RM97
 

 

Book 3 (ONLY FEW PARTS ARE AVAILABLE)

Activities in Book 3:
Alphabets, Arabic Alphabets, Alphabets Maze, Word Search, Phonics, Antonyms & Simple Read.

Jumlah mukasurat: 170
Umur yang sesuai: 4-8
Harga kos: RM115
 



 Book 4 (SOLD OUT)

Activities in Book 4:
Colors, Shapes, Logical Thinking, Shadow Matching, Classifying, Recognizing Patterns

Jumlah mukasurat: 130
Umur yang sesuai: 3-8
Harga kos: RM92



 
Book 5 (ONLY 20 UNITS LEFT)

Activities in Book 5:
Numbers, Counting, Comparing, Simple Maths, Time

Jumlah mukasurat: 90
Umur yang sesuai: 4-8
Harga kos: RM70
 



Postage or COD?

Please note that, postage is NOT free ye.
;D

Please jangan tanya, "Jiji, kalau saya order semua, dapat free postage tak?"
Memang tak.
Sebab korang bayar buku tu pun memang dah pada HARGA KOS,
takkan saya nak belanja kos postage pulak tetiba.
Common sense kot kan.
Saya tolong korang, korang pun tolong saya k.
Tolong faham.
:D

Dan untuk COD, hanya di Manjung, Perak je ye.
Selain dari Manjung, by postage only.
Sebab saya bukan posmen. -___-



 Macam mana nak order??

Please whatsapp or sms me:
016 217 3349 (Jiji) 

Mesej anda mestilah dalam format berikut SAHAJA:
Nombor buku yang nak ditempah: (Contoh Book 1 & 2)
Postage ke: (Contoh: Shah Alam)

Tolong jangan mesej panjang berjela.
Sebab kalau dah 1000 mesej masuk, semua berjela-jela,
memang arwah lah saya keesokan harinya. ;D

And please, DO NOT CALL.
I dont entertain calls, sebab saya bukan customer service. -..-

Dan untuk makluman, I only check sms and whatsapp pukul 10 malam ke atas sahaja.
So maaf kalau terpaksa tunggu terlalu lama untuk saya balas.
Tapi CONFIRM saya akan balas, cuma makan masa sikit. Boleh?
So please jangan mesej selang sejam,
"Jiji dapat tak mesej saya? Jiji dapat tak mesej saya? Jiji dapat tak mesej saya?"
-___________-

Saya juga seperti anda, yang tak punya banyak masa.
Yang juga punya komitmen tetap pada setiap malam jumaat.
Ehh!
;D

Please note that, this Gamebooks are not ready stocks. Ia adalah pre-order.
Korang buat payment (at least deposit 50%) baru kitorang proceed buat.
Kalau tak, memang tak buat.
Dan macam yang saya cakap tadi, tempahan kali ni kita limitkan untuk 500 orang yang paling cepat buat payment sahaja.
Dan saya encourage korang ambik semua buku, sebab lepas ni takde dah batch baru.
Ni last batch.
Sorry naik lorry. Huhu!

Sebelum mengakhiri entry ni, nah saya share beberapa feedbacks dari mereka yang dah dapat GameBooks.
Terima kasih sebab doakan yang baik-baik untuk saya!
Semoga bermanfaat ya. :)

 


P/s: Bagi yang dah order untuk first dan second batch, tapi belum dapat buku, make sure you have resend your details, sebab phone saya rosak sebelum sempat record orders hari tu. -___-
I am trying very hard, supaya korang akan dapat buku korang dalam bulan ni juga.
 
Lastly, kepada yang asyik call saya suruh buka order lagi, nah this is your last chance!
Whatsapp now!