5 Perkara Yang Suami Mahukan Dari Seorang Isteri

Paling jarang upload gambar berdua dengan dia ni. 
But this one is speciol, 
because it was captured by our baby, Ashrof Haikol. 😍

By the way, 
masa Anniversary kitorang 2 minggu lepas, 
I randomly asked my husband;

"Papa, is there anything lacking in me, as a wife? Ada tak benda-benda yang mama perlu ubah, to make you happy everyday?"

And he answered;
"Takde apa. Papa dah cukup happy. In fact papa pun tak perfect."

Hmm bosannya jawapan dia. 😂

So i twisted the question a bit. 
Supaya suami luahkan juga segala yang terbuku di hati jantannya. 

Saya tanya semula;

"If u were a perfect husband, and please pretend that you are, what would you expect from me to be your perfect wife? Kalau mama tak mampu jadi se-perfect itu pun, at least mama boleh bercita-cita."

My husband smiled, geleng sikit, 
dan mula berfikir. 
Gaya macam banyak benda yang dia nak expect tuh. 
Terus berdebar-debar. 
Menyesal pulak tanya. 😂

Dan tetiba dia jawab;
"Ada 5 benda yang papa nak dari mama."

Wait, what?! 
Bapak ahh limaa!! 😨

Dan dia sambung;
"Tapi kelima-lima benda ni, papa nak kita usaha sama-sama. Okay?"

Oh ok la kalau usaha sama-sama. 
Ingat kena buat sorang. 
Baru nak terbalikkan meja. 😂

And these are the 5 things he expects from me, 
as his wife;

1) More teamwork. 

"Boleh tak lepas ni, semua benda kita buat sama-sama? I love it when u ask for my help. Papa suka bila mama minta tolong. Jangan lah buat kerja sorang-sorang, lepas tu mengungkit. Contohnya, mama kemas rumah sorang-sorang, bila bersepah, mama marah-marah, mengungkit. Ajak lah papa dan Haikal kemas sama-sama. Kalau kami tak reti, mama ajar lah. Lama-lama we can deligate house chores, dan buat sama-sama, mama pun tak penat sangat. Dan tak kuat mengungkit." 

😑
Ok foinn. Next.. 

2) Faham emosi suami. 

"When I'm tired, please let me rest. When I'm stress with work, give me some alone time at home. Bila papa nak bergurau, tolong lah layan. Jangan lah buat muka bosan. (ok ini kesian 😂)"

3) More tolerance. 

"Macam papa cakap tadi, i'm not perfect too. Kita dah 6 tahun kawen, u should already know my weaknesses. Tolerate lah dengan kekurangan papa. Of course, i will always try to be my-best-self. Kita sama-sama ada kekurangan. Tolerate, and show some support."

4) Sentiasa berada di sisi. 

"Kalau papa makan, teman lah papa makan. Kalau papa lepak-lepak atas sofa, seat beside me. Kalau papa tengah layan phone sekalipun, duduk je sebelah papa. Mama buat la hal sendiri pun. Papa nak sentiasa rasa ke-berada-an isteri kat sebelah. It makes me feel good."

5) More appreciation. 

"Papa suka bila mama recognize benda-benda kecik yang papa buat. Contohnya, bila mama cakap terima kasih lepas papa sidai baju, atau bila mama peluk papa lepas papa clear the kitchen."


Haa amacam? 
Ambik kau. 
Bila suami mula bercakap dari hati, 
berdesup-desup terpanah ke dalam jiwa. 
Bagai dihiris hirissss pedissss je. 😂

Tapi saya seronok, 
because at least now i know what to do lepas ni to make him happy. 

Sebab sebelum ni kan asyik kitaaaaa je yang suruh suami ikut expectations kita kan. 
Puak-puak isteri memang selalu selfish camni.
Pastu setiap kali minta maaf dengan suami masa pagi raya, perasan takde dosa langsung dengan suami. 
Padahal berkoyan. 😂

Suami pulak macam air, 
ikutttt je rentak isteri. 
Nak menyuarakan rentak sendiri, 
bini pulak garang macam singa. 
Astaghfirullahal'azim.. 😂

But to me it is good, bila once in a while kita audit hubungan kita dengan suami, 
untuk pastikan dia sentiasa gembira dengan kita, 
and to ensure the marriage is always on the right track. 

Mungkin lepas ni para isteri boleh tanya suami masing-masing, 
apa 5 perkara yang dia expect daripada anda, to make him a happy husband every single day. 😉
Cuma bila dapat jawapan tu, 
lapangkan dada dan tabahkan hati. 
Hahah. 

Selamat malam, semua! 
Semoga kita beroleh rahmah dan barakah dalam rumahtangga. 
More and more blessings coming our way, insyaAllah!



0 comments: