Ajar Anak Membaca Tanpa Buku

Sebab ramai yang mengadu,
"Jiji, saya nak ajar anak membaca, tapi dia tak suka buku."
"Jiji, saya nak ajar anak menulis, tapi dia tak reti pegang pensel."
"Jiji, anak saya belum kenal huruf dan nombor."
Yada yada...
.
Hmm.
Syukurlah anak puan tak kenal huruf dan nombor je.
Anak saya, siti nurhaliza pun dia tak kenal.
Ekekeke. ;D
.
Ok hambar.
-_______-
.
Bawa bertenang ibu ayah sekalian.
Membaca, tak semestinya kena guna buku.
Mengira atau matematik, tak semestinya kena guna nombor.
Menulis tak semestinya kena guna pensel.
.
Haa camane tuh??
.
Macam ni.
The process of LEARNING adalah--
sepatutnya sangat personalized. 
Manusia belajar dengan cara yang berbeza-beza.
.
Menurut kajian psikologi, 
ada sesetengah manusia, 
mereka belajar dengan lebih baik, tanpa melibatkan simbol, nombor atau bahasa.
Tapi mereka akan gunakan apa sahaja perkara sekeliling yang buat mereka rasa "hidup",
keseluruhan anggota badan mereka "hidup", 
dan keseluruhan struktur otak mereka juga "hidup".
Wah pakar psikologi tetiba acik jiji hari ni. -___-
.
Dalam bahasa mudahnya adalah,
kita belajar sesuatu dengan lebih baik, bila kita minat.
Itu je sebenarnya. ;D
.
Ingat tak masa kita study dulu.
Ada kawan kita, suka belajar sambil layan lagu.
Sambil belajar, sambil memekak. 
Tapi bila result keluar, BOOM dia score.
.
Ada kawan sorang lagi, 
suka belajar sambil makan chewing gum. 
Mulut tak berenti mengunyah. 
Tetiba BOOM, score jugak.
.
Yang sorang lagi, suka kayuh basikal.
Asal ada masa terluang, dia naik basikal sorang-sorang.
Jarangggggg je kita tengok dia belajar.
Tapi result pun BOOM jugak.
.
Ada kawan sorang lagi ni lagi best, kerja dia tidur je. 
Tapi kelas, dia tak pernah ponteng. 
Duduk paling depan. Kalau boleh tempat cikgu tu dia nak duduk.
Walaupun homework tak pernah siap, 
bila result keluar, BOOM dia score jugak.
.
Yang kita ni, 
punya la belajar berjadual, 
khatam buku teks kulit ke kulit,
semayang hajat 10 kali sehari sebab nak minta score exam. 
Tapi hasilnya, BOOOOOOO! 
-_____-
.
Kenapa agaknya?
Sebab apa yang kita belajar tu dan cara kita belajar, 
tak buat kita "hidup".
Kita cuma terpaksa. 
Kan?
.
So kesimpulannya adalah,
conventional/traditional way, is not always right.
Jangan terlalu ikut-ikut orang.
Cari dan adjust cara belajar ikut rentak sendiri.
.
So dalam mengajar anak, pun sama.
Kalau cara mereka belajar personalized,
cara kita mengajar pun perlu personalized.
Ketahui cara terbaik untuk tackle minat belajar untuk setiap anak.
.
Gunakan minat semulajadi yang ada pada mereka
untuk tarik minat belajar, 
untuk asah kemahiran-kemahiran tertentu.
Bukan guna cara orang lain ajar anak diorang,
dan paksa anak kita kuasai sesuatu kemahiran.
.
Slowly takpe.
Asalkan mereka faham dan enjoy setiap process of learning.
Kalau duk paksa-paksa,
anak akan makin jauh dan makin benci belajar.
Kang habuk pun tadak.
.
Yang saya share kat bawah ni,
adalah teknik yang saya gunakan kat Haikal masa tahun lepas.
Nak ajar dia sukukata bahasa melayu.
Dan masa tu dia tengah fasa suka main cawan,
so kita belajar guna cawan je lah ye. ;D



.
Sambil-sambil dia tengah buat tower guna cawan ni,
saya senyap-senyap curi dua cawan, 
dan tulis abc (macam dlm gambar).
Pastu acah-acah magik sebab tetiba cawan buat tower boleh ada tulisan abc.
.
Pastu acah-acah cakap kat haikal,
"Haikal tahu tak, kalau dua huruf dari dua cawan ni kita gabungkan, dia boleh hasilkan bunyi!"
Terus Haikal macam, WOAHHHHHH!!!
Padahalll... mari belajar sukukata bahasa melayu, sayangku. ;D
.
Sebenarnya saya ada share banyakkkk lagi cara untuk ajar anak membaca dalam keadaan "separa sedar" camni (hahah).
Dan bukan saje untuk membaca.
Mengira, menulis, mengaji pun ada caranya.
Tak payah buku, tak payah pensel, tak payah calculator.
Tapi kalau anak korang memang lahir-lahir terus suka buku, 
keluar dari perut memang tangan dah siap pegang pensel,
tahniah lah.
Ini untuk anak-anak kita yang biasa-biasa ni je. Huu.
.
Untuk baca tentang beberapa teknik lain,
boleh tengok dalam buku saya, "3 Kertas 3 Krayon 3 Pensel Warna".
Dalam tu, ada banyak lagi teknik yang insyaAllah boleh dijadikan rujukan.
.
Untuk tengok details buku tu dan cara order, 
boleh click link ni:
https://www.facebook.com/rajiahnasir/posts/1633307310055389
.
Buku ni RM45 je.
Terlalu murah jika nak dibandingkan dengan nilai yang bakal korang dapat. InsyaAllah.
Dan takkan lah 4 tahun saya menulis buku ni, semata-mata untuk hasilkan sesuatu yang tak bagi manfaat kepada pembaca.
Khennnn..? 

0 comments: