Anak Tonton Video Lucah Di Phone Ayah.

I received this message from a mother --

"Jiji, tolong saya. Tension sangat tak tahu nak ngadu kat siapa. Saya baru dapat tahu anak saya suka tengok video lucah kat phone ayahnya. Anak saya tu baru 8 tahun. Saya tak tahu macam mana dia boleh jumpa video tu, dan saya tak tahu suami saya ada simpan video2 sebegitu dalam phone! 😭 Sebelum ni memang kitorang bagi anak layan gajet setiap malam sebelum tidur. Sama ada tengok phone saya atau phone suami. Tapi lately, dia dah taknak phone saya, asyik nak phone ayah je. Pastu dia suka tengok sorang-sorang, sembunyi-sembunyi. Kalau orang datang dekat, dia marah. Sejak saya tahu anak saya tengok video lucah tu, luruh hati saya. Kecewa sangat! Kecewa dengan anak satu hal, kecewa dengan suami pun satu hal (sebab simpan video2 macam tu). Saya dah marah anak saya, dan berjanji takkan beri dia phone lagi lepas ni. Serik! Suami saya pun dah denda anak saya macam-macam. Tapi bila saya suruh suami saya delete video2 tu, dia macam endah tak endah. Tak ambil serius dan tak rasa bersalah. Sedih sangat.”
.
Hmm.
This message not only makes me speechless, 
but it also makes me realize—
how scary the world we are living right now. 
And how scary technology can be bila ia sampai ke tangan-tangan yang salah. 😣

Pernah tak kita terfikir, 
apakah jenis “dunia” yang akan kita wariskan kepada anak-anak,
dengan keadaan sikap dan mentality generasi kita sekarang yang dah cukup "sakit" dan menyeramkan?
.
Don't blame the children, 
Don't blame technology, 
Don't blame gadgets--
kalau diri kita sendiri sebenarnya yang TAK LAYAK guna benda-benda tu, sebab tak mampu "handle" diri sendiri! 

I know I'm not the best person to answer this message from this unfortunate mother. 
In fact, saya dah pun suruh dia dan suami rujuk isu ini kepada pakar psikologi dan pakar kaunseling yang jauh lebih mahir memulihkan keadaan.
.
But that doesn’t mean I can simply stop thinking about this family. 😩
Sebab saya percaya, 
ramai lagi yang mungkin tengah menghadapi situasi yang sama.
Atau lebih teruk, 
yang tak tahu pun dia sebenarnya sedang menghadapi situasi ini. 
.
Sebagai ibu yang masih merangkak dan cetek dalam dunia keibubapaan, 
this is such an alarming situation for me. 
"Penyakit" macam ni boleh merebak sekelip mata, 
dan tak mustahil untuk berlaku kepada sesiapa pun.
Na’uzubillahi min zalik!
.
Dear parents --
PLEASE. 

Let’s prevent this from spreading. 
Let’s muhasabah, 
and make a difference to ourselves. 
.
Tak usah berangan nak ubah anak-anak, 
kalau diri sendiri pun susah nak diubah. 

Pejam mata, 
dan tanya diri--
.
1) Setiap kali anak buat salah, adakah aku yang membenarkan kesalahan itu berlaku?
.
Adakah setiap sikap buruk anak itu, sebenarnya ada pada aku juga?
Adakah setiap tindakan salah anak itu, sebenarnya dicontohi daripada aku?
Adakah hobi anak “tonton video lucah” itu, sebenarnya hobi aku juga?
.
Thennn we'll realize, the answer is always —
YES YES YES.

Ibu punca bagi segala punca adalah--
KITA.
.
Yang patut dimarah dirotan dibantai didenda sebenarnya adalah--
KITA. 

Yang patut berubah dan perbaiki diri adalah--
KITA.
.
Anak-anak cuma—
IKUT KITA. 
.
Sebab anak-anak kecil kita ni belum mumayyiz, tuan.
Belum tahu baik buruk. 
Kalau tuan marah, pukul dan denda anak hanya kerana menonton video lucah yang sebenarnya dimuatturun oleh tuan sendiri—
maaf cakap, tuan sebenarnya tak mengajar dia apa-apa, malah buat dia bertambah keliru.
.
Keliru sebab--
tuan katakan perkara itu SALAH, tapi tuan membiarkan perkara salah itu mendiami phone tuan.
Tuan katakan perkara itu salah, tapi sikap tuan sendiri tak menggambarkan langsung bahawa perkara itu salah. 
.
Tuan,
the scariest thing about having children is not when they don’t listen,
but when they’re ALWAYS watching,
and becoming the “vibes” of the parents.
.

2) Who am I and what I do, when no one's watching?

Tanya diri--
Siapa aku, bila tiada siapa2 yang melihat?
Bagaimana sikap aku, bila tiada siapa2 di rumah?
Bagaimana nafsu aku, bila tiada siapa2 di sekeliling?
Bagaimana iman aku, bila tiada siapa2 yang tahu? 
.
Di mana IHSAN aku, 
yang sepatutnya yakin bahawa Allah itu sentiasa melihat apa yang aku kerjakan? 
.
Kita simpan video-video lucah itu, untuk apa? 
Kita tonton video-video itu, untuk apa? 
.
Sedangkan kita dah LAMA TAHU—
perkara sebegitu hanya menggelapkan hati, menutup pintu rezeki, menghijab doa, dan menghilangkan cahaya pada wajah. 
.
Tapi kita tak kisah pun. 
Masih pilih untuk bertuhankan nafsu.
Kita tak kisah langsung Allah itu melihat. 
Kan? 
.
Bak kata Ustaz Zamri malam tadi—
“Jangan mimpi nak anak-anak soleh solehah, kalau mak bapak sendiri pun tak pandai jaga iman, tak pandai kawal nafsu.”

😭

Saya harap, kita semua dapat ikhtibar dari mesej yang dikirimkan kepada saya ini. 
Dan kita doakan Allah beri penyelesaian yang terbaik untuk si pengirim mesej tersebut.

Semua orang buat silap, 
semua layak dapat pertolongan Allah untuk berubah, 
dan semua orang mampu berubah insyaAllah. 
.
Hari ni Jumaat, yang jatuh dalam 10 hari pertama Zulhijjah.
Asbab hari baik begini, 
semoga Allah sudi pandang kita,
sambut doa kita, 
dan terima taubat kita. 

Jom sibukkan diri mencari redha Allah, 
agar syaitan dan nafsu takde ruang langsung untuk menggantikan tuhan dalam hati-hati kita. 



0 comments: