Bila Nak Tambah Anak??

Someone asked me--
Pernah tak orang tanya, bila nak tambah anak?

Jawapan saya--
Gila tak pernah? Hari-hari orang tanya. 😂

Bila nak tambah anak? 
Taknak bagi haikal adik ke? 
Takkan dah serik beranak? 
Takkan cukup sorang je?
Jangan lama2, nanti lupa nak masuk lubang mana. *this is the worst so far* 😑
Kesian Haikal tu. Bagi la dia adik.

Banyak lagi lah. 
Macam-macam pesen.

Tapi all i did is--
SMILE.

And say--
DOAKAN SAYA.

Sebab hakikatnya semua ni, 
hanya Allah yang tahu rahsianya kenapa dan mengapa.

Dan jawapan yang ada dalam pengetahuan saya cuma--
saya pernah keguguran 3 kali selepas ada Haikal. 
Dan salah satunya adalah kehamilan kembar. 😭

Now tell me, 
If u were in my shoes, 
how would u feel?

Daripada mengungkapkan jawapan untuk memahamkan orang lain, 
tapi finally merabakkan hati sendiri, 
baik senyum sahaja. 
Kan?

Tapi tu lah. 
Nobody will truly understand, 
what we've gone through, 
Nobody knows, 
how much efforts we've put in. 
And nobody feels, what we truly feel.

Hanya kita yang betul-betul tahu dan rasa. 
Maka hanya kita yang patut pilih untuk jawab macam mana, 
untuk react macam mana, 
dan untuk pandang dari sudut yang mana.

If we choose to answer those questions in a negative way, 
with disappointment, 
salahkan takdir, 
atau salahkan orang yang bertanya tu, 
end up kita sendiri yang memenatkan hati sendiri.

The key to happiness is in our hands. 
We can choose to open it, 
or to keep it close dan ulang tayang kekurangan diri dalam minda, and eventually become toxic to ourselves, 
buat kita benci nak jumpa saudara mara/orang ramai, 
and the worst, kita mula benci dengan diri sendiri.

So here's what we can actually do:

1. Make peace with our weaknesses and things we cannot change. Jodoh, anak, rezeki, ajal tu semua beyond our control. So chill, biar Allah uruskan. Dia tahu.

2. Let it go, and don't try too hard to make it happen. Ikhtiar, doa, dan serahkan 100% pada Dia. Kita merancang, tapi Dia lebih hebat merancang. Just wait and see.

3. Focus on what you already have. Dan berbahagia lah dengan apa yang Allah dah bagi. Count your blessings and be grateful for that.
.
4. Fa sobrun jameel. Sabar itu indah. Kalau Allah belum beri apa yang kita nak, SABAR. 

Bak kata Abu Bakar AsSiddiq--
"Sabar itu memang payah. Tapi melepaskan ganjaran yang Allah dah janjikan terhadap orang yang sabar itu lebih merugikan." 

So--
cuba sabar. 
Yakin, keindahan itu akan tiba. 
Kalau bukan kat sini, kat sana nanti. 

5. Don't overthink or question God the Why and When. Allah dah tetapkan semuanya. Bersangka baik. Dia lebih tahu. Dia lebih kenal kita. 


So let us just remain calm. 
Anggap je orang yang suka bertanya soalan-soalan sensitif ni tak berniat pun sebenarnya. 
Diorang saje nak cari topik untuk berbual. 

Kalau diorang seolah menyindir, 
anggap je diorang pernah di diagnosed dengan penyakit mulut puaka sejak kecil. 
So kasihani dan doakan je la. 😂

Kalau setiap kali jumpa diorang duk ulang-ulang soalan sama, 
anggap je diorang ada masalah "short term memory lost". 
Diorang sebenarnya lupa pernah tanya sebelum ni. 😂

So layan je. 
Senyum dan stay cool. 

Yang penting, 
tak perlu react / emphasize apa-apa yang finally melukakan hati sendiri. 
Pagar dan jaga hati sendiri. 
Because no one else will. 

Dan semoga kita pun terpelihara daripada bertanya soalan sensitif dan mengguris perasaan orang lain. 

Banyak lagi kot soalan lain yang boleh ditanya. 
Dah makan ke belum
Kerja kat mana
Sihat ke tak
Sekarang duduk mana
Kenapa perut makin berlipat

Eh yang last tu tak pasti la sensitif ke tak. 
Tapi boleh la try. 
Kalau kena baling buluh lemang, maksudnya sensitif la hahahah. 

So kesimpulannya, 
takmo sedih-sedih musim raya ni please. 
Aidilfitri kan hari kemenangan. 
It's a once in a year occasion which supposed to be filled with happiness, positive vibes, gratitude, and silaturrahim.

Lets all beraya dengan tenang dan lapang dada. 
Bila ditanya apa jua soalan, take it easy. 
Macam drama dalam tv tuh. 
Masa acting kemain penuh emosi, 
tapi lepas "cut" terus takde pape. 

So bila orang tanya soalan-soalan pedas, 
senyum seikhlasnya, 
pastu cakap "cut" kat diri sendiri. 
Terus muka poker face balik 😂

Ingat, yang boleh tentukan hati nak rasa apa, 
adalah diri kita sendiri. 

Berbahagialah untuk diri sendiri, 
agar kita boleh berbahagia melihat kebahagiaan orang lain.
Jaga hati sendiri, 
supaya kita sentiasa tahu menjaga hati orang lain. 
😊

Have faith in Allah, 
and i wish all of you SELAMAT HARI RAYA! 
Maaf zahir dan batin. 



0 comments: