Cara Handle Isteri Degil

Masa saya buat Live Session hari tu,
ada seorang follower lelaki tanya lebih kurang macam ni --
.
"Jiji, anak-anak saya semua ok. Cuma bini saya je yang degil dan susah nak dengar cakap. Ada tips tak?"
.
Adeh. 😅
.
Masa live tu, saya cuma jawab--
"Kita KIV dulu lah soalan ni. Later saya jawab."
.
Sebenarnya bukan tak tahu nak jawab apa,
Tapi sebab sentap dengan soalan tu.
.
Because to be frank--
i am that stubborn-type of wife too. 😑
.
So bila brother tu tanya soalan camtu terus kemurungan, menikam tepat ke dalam kalbu naruni sanubariku. 😂
.
Tapi hari ni, saya rasa macam dah ready nak jawab soalan brother tu.
.
Saya nak kongsi sikit how my wise husband handles my stubbornness.
Ia mungkin tak work untuk semua bini degil,
but it works wonders on me,
dan mungkin dapat bantu seketul dua suami yang menghadapi masalah yang sama.
.
Selama 7 tahun kawen,
saya akui saya masih belum jadi isteri yang baik.
Tapi saya kagum dengan sikap suami yang sentiasa dengan penuh hemah mengendali kedegilan saya. 😅
.
Everytime i make mistakes atau repeat the same mistakes, suami saya akan buat 4 perkara ni:
.
1) Ingatkan saya tentang kebaikan yang saya pernah lakukan.
.
2) Tegur kesilapan saya apabila saya dalam keadaan tenang.
.
3) Nyatakan yang dia yakin saya boleh baiki sikap dan takkan mengulangi kesilapan tersebut.
.
4) Nyatakan sikap positif yang ada pada saya yang buat dia sentiasa sayang.
.
Contohnya,
pernah satu hari, saya marahkan Haikal dan keluarkan kata-kata yang kurang sopan. Suami saya tak happy dengan keadaan tu, so dia datang kat saya dan cakap;
.
1) "Hari tu Haikal buat silap, Mama boleh handle dengan baik. Dengan tenang. Tapi hari ni Mama marah-marah. Mama stress sangat hari ni ye?"
.
2) "Mama marah-marah macam ni, Haikal lagi takkan faham apa-apa. Kan mama pun tahu apa kesan membebel macam ni terhadap emosi Haikal?"
.
3) "Tapi papa tahu mama tak sengaja membebel camtu tadi, dan papa yakin mama boleh react lebih baik lepas ni. Sebab mama pun mesti sayang Haikal, kan?"
.
4) "Papa suka bila mama cakap baik-baik, tenang, dan senyum. Sebab tu lah papa sayang mama sampai hari ni."
.
Cemtu.
Sentiasa ikut 4 steps tu.
.
Dan setiap kali saya "menjawab" suami dengan kasar atau biadap,
dia akan buat 4 perkara ni:
.
1) Diam dan senyum.
.
2) Datang dekat dan cakap, "Sorry kalau sebelum ni papa pernah cakap kasar dengan mama. Tapi papa tak happy dengan cara mama jawab tadi."
.
3) Give me a big hug, and say "Takpe. Papa tahu mama stress hari ni."
.
4) Sambung balik discussion /argument dalam keadaan yang lebih tenang. And he always make sure to react as calm as he can, to show me a good example.
.
Last but not least,
he NEVER use harsh words atau gunakan kekerasan fizikal ke atas saya,
contohnya tampar atau pukul setiap kali menegur, menasihati, atau mendesak saya untuk betulkan kesilapan.
.
😊
.
Of course benda ni tak mudah.
Sebab kita semua manusia.
Ada emosi, tahap toleransi dan batas kesabaran yang berbeza.
.
And it's not easy for my husband too,
to maintain lembutttt walaupun hari-hari terpaksa menghadap isteri degil. 😂
But he always try his best to consistently being calm and patient.
And as time goes by, he's getting better in handling my stubbornness.
Sampai aku pulak kengkadang rasa nak hempuk diri sendiri bila terbiadap tak tentu hala. Hahah.
.
Pernah jugak saya tanya dia,
kenapa tak marah je everytime saya tinggi suara atau buat silap? Sedangkan dia berhak sebab dia suami.
.
And his answer is simple --
"Tak guna tambah api kat atas api. Lebih baik tunggu api reda."
.
Hmm.
How i wish i could be as patient as him.
Tapi tu lah.
That's the beauty of marriage, kan?
Dua manusia berbeza sikap, jatuh cinta, and trying not to kill each other. 😂
.
Setiap perkahwinan pasti ada ujian tersendiri.
And it's not about how we battling each other,
but how we manage to grow out of the challenges together.
.
Ok fine.
Sekarang korang dah tahu everything nice, bijak and sopan yang ada pada Haikal--
is from his Papa. 😒
.
Apa pun,
Happy 7th Wedding Anniversary, suami.
Terima kasih kerana sentiasa berusaha untuk mendidik dalam kelembutan dan penuh sabar.
Mama doakan, supaya Haikal akan jadi lelaki se"gentleman" Papanya.
Dan tak kuat tidur seperti Mamanya. 😂
.
I am sorry for all my stubbornness and childishness yang selalu memeningkan kepala Papa.
Please accept my 5846327916258th apology walaupun I know you'll always forgive me.
Because you're kind and calm liddat. 😜
.
But hey, 7 tahun dah kita!
Nak 700 tahun lagi please.
I love you. 

#alahsayang
.
Ps: Macam biasa, para suami yang kena tag kat komen tu, anggap ini sebagai cabaran. You can handle this! 💪

0 comments: