Checklist Sebelum Balik Kampung!



I just done my things-to-do list untuk balik kampung raya nanti.
It's my job, setiap kali balik kampung atau pergi roadtrip ke mana-mana,
saya akan write down dan buat list untuk semua barang nak bawa, aktiviti nak buat, etc.
.
Kenapa kena write down?
.
Supaya otak tak kelam kabut last minute bila terlalu banyak benda nak setel,
dan tak boleh nampak mana nak buat dulu,
mana nak buat later.
Pastu tak tahu nak start dari mana,
main sumbat je beg,
dan lastly banyak barang penting tertinggal.
Pastu marah-marah tak tentu hala padahal kau tu yang tak terurus dan suka buat kerja last minute. 😑
.
I'm not that spontaneous type of person,
I always plan everything.
Simply because saya cepat gelabah bila ada benda tak kena.
And i believe if I fail to plan,
meaning that I'm actually planning to fail.
Walaupun dalam soal balik kampung. 😁
.
Masa bujang dulu lain lah.
Memang gamble.
Belum ada tanggungjawab.
Perlu jaga diri sendiri je.
.
Tapi bila dah berkeluarga ni, nak taknak kena la jadi family manager.
Perlu lebih terurus, dan pandai menguruskan.
Spenda suami kena packing berapa helai, spenda sendiri berapa helai, semua kena tahu.
Kalau tak, haa terpaksaaa pinjam spenda mak mertua. 😂
.
Tapi seriously, ever since i started write down my plans and activities terutamanya bila road trips,
saya perasan saya lebih tenang dan lebih terurus because i know exactly what and when to do things.
Risiko barang tertinggal pun sangat jarang berlaku.
.
Dan yang paling penting--
bila everything is well-planned,
kita akan lebih in-control,
dan always have that peace of mind.
.
Kalau ada something unexpected happen pun,
masih boleh berfikir waras dan tak mudah gelabah lalu terjun jambatan. 😂
.
So let me share with you, my lists for balik kampung untuk raya kali ni.
Mungkin tak semua benda boleh relate dengan semua orang, but those yang boleh,
manfaatkan.
.
.
A) TO BRING IN HANDBAG :
.
1. Light-weight busy kit anak.
.
Kalau saya, 3 benda yang akan sentiasa ada dalam handbag saya ialah 3 keping Kertas, 3 batang Krayon dan 3 batang Pensel Warna.
They always work wonders on Haikal.
Masa beraya rumah orang ke, kat kedai makan ke, kat masjid ke, kat dalam kereta ke,
itulah 3 penyelamat saya untuk prevent Haikal from getting bored / misbehave. Sebab tu lah buku pertama saya judulnya#3Kertas3Krayon3PenselWarna 😁
.
2. Wet tissue.
Useful bila beraya kat rumah orang, tapi tuan rumah tak sediakan air basuh tangan. Nak lap kat sofa dia takut putus saudara pulak. 😂
.
3. Socks tebal.
Ni kalau tetiba kena solat kat rumah orang atau kat public area. Saya selalunya memang akan pakai baju & shawl yang solat-ready. Dan sebolehnya jaga wudhu selagi mampu. Supaya sonang hidop.
.
4. Topi anak.
Pun sentiasa ada dalam handbag. Satu, sebab Haikal sekarang dah tak berapa ada rambut 😂. Dua, sebab kalau terpaksa redah hujan atau panas terik, at least boleh cover kepala dia.
.
5. Sufficient cash for the whole week.
Sebab mesin ATM selalunya akan out of cash bila raya season.
.
B) TO BRING IN LUGGAGE BAGS :
.
1. Pakaian harian & baju raya.
.
Selalunya saya akan susun baju ikut hari yang nak dipakai. Baju yang akan dipakai dulu berada bahagian paling atas. Supaya senang capai dan tak payah selongkar macam tengah merompak. 😑
.
Dan baju2 raya selalunya dah iron siap2 supaya pagi raya tak payah berebut iron dengan seluruh isi rumah. Bila turn kau nak iron, tetiba rumah black out sebab iron dah overworked. Maka beraya lah kau dengan hashtag the worst day of my life. 😂
.
2. Laundry plastic for dirty clothes.
Plastik untuk isi baju kotor sebelum dibasuh kat self-service laundry apabila cukup kuota jumlahnya dan cukup bau kepamnya.
.
3. Pakaian solat.
Ofkos lah yang ni. Kalau tengah period, paddddddd jangan lupaaaaaa!
.
4. Toileteries.
Yang ni pun ofkos. Tertinggal berus gigi memang mood spoiler sangat.
.
5. Mosquito / insect repellent.
Ini berguna bila nak tidur tapi nyamuk banyak dan kau asyik bertepuk bertampar dengan nyamuk sehinggalah takbir raya berkumandang. Maka beraya lah dengan eyebags LV latest collection dua ketul.
.
6. Duit raya untuk sanak saudara.
Dah siap-siap isi dan tulis nama penerima kat sampul. Kang pagi raya, hulur je.
.
.
C) BARANG YANG KENA STANDBY DALAM KERETA :
.
1. Extra busy kit anak.
.
Ini kalau travel long distance. Jangan expect anak boleh layan aktiviti yang sama berjam-jam. Standby beberapa aktiviti lain. Dan beri satu per satu.
.
Haikal punya favourite: Buku conteng, Gamebook (https://goo.gl/N2aWXs
), playdoh, buku stiker, buku cerita, glass marker (https://goo.gl/VNgN6V
), small toys.
.
2. Thumbdrive yang dah siap letak beratus lagu kegemaran. Ini untuk elakkan driver mengantuk sebab radio asyik ulang ulang lagu raya yang sama.
.
3 Smart tag / TouchNGo yang dah di-topup siap2. Please note that, semua lane tambah nilai tidak akan dibuka sepanjang musim raya.
.
4. Flashlight, jumper kereta, air bateri. (in case of emergency)
.
5. Snack (biskut/roti), air kosong, kurma, coffee, energy drink. Kot la kena buka puasa atas jalan. Atau tetiba anak lapar.
.
6. Carseat / booster seat. Untuk yang ada anak-anak kecik. Safety first please!
.
7. Selimut dan small pillow. Untuk anak-anak tidoq.
.
8. Resealable plastic. Atau plastic biasa pun boleh. Untuk buang sampah, bungkusan makanan, atau diapers anak.
.
9. Tissue roll. In case kalau tetiba Coffee tertumpah atas dashboard. Atau termenitik atas steering. Boleh cepat2 lap dengan tisu kalau taknak laki korang menopause cepat sebab stress kereta comot. 😂
.
.
D) BEFORE LEAVING THE HOUSE :
.
1. Pastikan cabut semua plug dan tutup semua suis. Kalau fridge kosong, Boleh tutup semua sekali (main switch).
.
2. Buang sampah especially sampah yang mendatangkan lipas berterbangan di malam hari. 😣
.
3. Pastikan takde baju kat ampaian. Tak elok baju lama2 kat luar. Sidai dalam rumah takpe.
.
4. Pastikan sinki kosong, takde pinggan mangkuk mahupun hampas makanan. Boleh mendatangkan lipas jugak tuh herghhh
.
5. Make sure semua phones are fully charged. Senang kalau ada emergency.
.
6. Sebelum keluar rumah, baca al Fatihah, ayat Kursi, dan lafaz lah "Ya Allah, aku serahkan rumah ini dan segala isi di dalamnya dibawah jagaanMu." InsyaAllah rumah akan selamat.
.
7. Solat sunat musafir dan doa musafir.
Caranya: https://goo.gl/3ZaLhE


.
8. Empty your bladders and intestines.
Kang dah jalan baru nak kencing berak, payah. 😑
.
.
E) LAIN-LAIN DOs AND DONTs:
.
1. Pastikan dah tidur secukupnya before driving.
.
2. Bertolak during children's nap time. Supaya anak akan tidur dalam kereta. And never expect children will stay calm in the car when they're wide awake. Berhenti lah sekejap bila anak perlukan ruang untuk bermain dan bernafas.
.
3. Kalau anak tantrum, stop sekejap. Give room for them to calm down.
.
4. Plan some quick and easy games untuk dibuat dengan anak-anak kat dalam kereta. Teka teki ke, teka bentuk awan ke (https://goo.gl/MpN6Ao

) , storytelling ke, sing hari raya songs ke. Apa saje.
.
5. Ketahui available RnR locations along the way. In case nak berhenti, senang. Dan sentiasa ingat untuk awasi anak-anak setiap kali berada di RnR. Dah banyak case budak hilang kat tempat crowded. Nauzubillah.
.
6. Gadget as the last option. Jangan la sepanjang masa beri anak gajet. Selang seli kan juga dengan aktiviti lain. The best is, buat aktiviti lain dulu, sebelum gajet. Screen time limit kena obey, walaupun masa travel.
.
7. Brief anak sehari sebelum bertolak. Beritahu mereka kita nak kemana, berapa jauh tempat tu, lama mana perjalanan nya, keadaan perjalanan nanti camane. At least anak-anak dah mentally ready.
.
8. Banyakan berdoa. Doa orang musafir mujarab.
.
9. Go with the flow, don't stress, and enjoy HARI RAYA!
.
.
Semoga kita semua dapat beraya dalam ketenangan, kerahmatan dan kebahagiaan.
InsyaAllah.
.
Kalau korang ada points nak tambah, silakan tulis di bahagian komen. Supaya boleh dimanfaatkan bersama.
.
Selamat balik kampung guys! 

0 comments: