Favourite Quotes

Saje nak share beberapa favourite quotes yang saya petik dari Seminar Perlindungan Internet Bagi Kanak-kanak anjuran CENTHRA, bulan lepas;
.
"Jangan bina dinding (di sekolah atau di rumah) untuk disiplinkan anak-anak. Tapi disiplinkan mereka, walaupun tanpa dinding. Mereka berdisiplin dari hati, bukan kerana takut atau terpaksa."
~Ustaz Hasrizal,
Khalifah Model School
.
"Jangan tutup lubang longkang untuk melindungi anak daripada terjatuh. Tapi ajar anak cara melangkah longkang, agar dia tahu melindungi dirinya sendiri."
~Ms Ong,
Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia
.
"Parenting bukan sesuatu kemahiran. It's a lifestyle. Kita membentuk anak-anak dengan cara hidup yang kita tunjukkan kepada mereka."
~Dr. Putri Afzan Maria,
KinderKaizen
.
"Cuba jadi seperti orang yang sentiasa kita perlukan sewaktu kecil dulu. Dan elak jadi orang yang kita benci pada ketika itu. Itu cara paling mudah untuk kuasai emosi anak-anak."
~Adlil Rajiah,
saya lah tuh. 😂
.
Selamat berfikir,
Dan selamat pagi, ibu bapa hebat!
Jom sama-sama pasang niat hari ni,
untuk perbaiki hubungan kita dengan anak-anak. 💪

0 comments: