HANDPHONE dan ROKOK

While we were having some family time last night, 
Haikal tiba-tiba cakap--

"Bila Haikal besar nanti, Haikal taknak ada dua benda."

My husband and I looked at each other. 
Masing-masing tak paham apa yang Haikal cuba sampaikan.

Me: Haikal taknak ada dua benda? Apa bendanya?

Haikal: Bila besar nanti, Haikal taknak ada--
HANDPHONE dan ROKOK.

Sekali lagi, saya dan suami pandang sesama sendiri. 
Tapi kali ni, melopong. 
Tak tahu nak react macam mana.

Husband: Umm.. Kenapa Haikal cakap macam tu? Kenapa dengan handphone dan rokok?

Haikal: Sebab handphone buat orang malas, lambat buat kerja, dan tak dengar apa orang lain cakap. Rokok pulak buat mulut bau busuk dan suka kotorkan bumi, hujung rokok bersepah-sepah.

😨

Me: Kenapa Haikal tiba-tiba cakap macam ni? Are you okay?

Haikal: Dah banyak kali Haikal nampak. Handphone dan rokok buat orang jadi jahat.

😭

Haikal sambung--

"Haikal pernah nampak orang drive kereta senget-senget, sebab dia tgh main handphone. Bila dah kena hon baru dia letak handphone. Dan Haikal pernah nampak orang campak rokok ikut tingkap kereta. Haikal tak suka."
.
😩

Allahuakbar. 
True. 
So true.

Benda simple. 
Benda common. 
Benda yang hari-hari berlaku.

Tapi kita yang dewasa ni dah biasa. 
Maka minda terima saje, 
walaupun perkara buruk.

Tapi anak-anak yang masih terpelihara fitrah ni? 😑

Indeed, 
They're here to observe us. 
To fix us.

Children are perfect. 
They speak the truth. 
They speak what they genuinely feel. 
While we are not.

Handphone dan rokok--
buat orang jadi jahat.
Sangat. 😭

Thank you for today's lesson, Haikal. 
Ya Allah, please forgive us.



0 comments: