Hari Tidur Sedunia

Tahukah korang bahawa 16 Mac adalah World Sleep Day? 
.
Saya pun baru tahu tadi.
Tak sangka TIDUR pun ada “hari peringatan” peringkat dunia. πŸ˜‘
.
It's actually created to raise awareness about the importance of sleep in our lives. 
So sempena itu, I read some scientific facts about SLEEP.
Dan rupanya terrrrrrlalu banyak rahsia disebalik tidur!
.
Haa selama ni tahu membuta je.
Tak tahu pun apa yang berlaku disebalik membuta itu.
Yang kau tahu cuma mimpi kawen putera raja, 
mimpi jatuh bangunan, 
mimpi kena kejar pocong, 
dan mimpi basah tetttt. πŸ˜‚
.
Mimpi basah tu ialah mimpi mandi hujan ye kawan-kawan. πŸ˜‘
.
So sempena World Sleep Day ni,
apa kata kita upgrade sikit our knowledge about SLEEP.
Let me share 12 facts tentang TIDUR yang saya rasa agak menarik. 
.
1) Sebelum kewujudan TV, hanya 15% manusia yang bermimpi dalam keadaan berwarna. Manakala yang selebihnya bermimpi dalam keadaan hitam putih. This study proves that, screen time does affect our brain and memory. 
.
2) Seekor zirafah (atau jirap πŸ˜†) hanya tidur 2 jam sehari, manakala seekor kelawar tidur 20 jam sehari. Haa kepada yang berperangai seperti kelawar, mohon bertaubat. Kerana anda telah kufur nikmat. Dilahirkan sebagai manusia, tapi buat perangai kelawar tidur 20 jam. *tulis untuk diri sendiri πŸ˜‚*
.
3) Orang yang buta sejak dilahirkan, banyak bermimpi tentang emosi, bunyi dan bau, berbanding imej.
.
4) Orang dewasa yang tak cukup tidur akan lebih cenderung untuk bertindak lembap, manakala kanak-kanak yang tak cukup tidur akan lebih cederung bertindak hiperaktif. So pastikan anak-anak dapat tidur yang cukup, supaya tak penat sangat nak melayan. πŸ˜‚πŸ”«
.
5) Gajah boleh tidur lena sama ada sambil berdiri ataupun sambil baring. 
.
6) Kanak-kanak lebih cenderung untuk tidur lebih cepat dan lebih lena apabila mereka masuk tidur sebelum jam 9 malam.
.
7) “Dysania” adalah terma yang digunakan untuk orang yang terlalu susah bangun pagi. Yang jenis set alarm clock setiap seminit tapi tak bangun-bangun tuh. Gempa bumi lapanbelas skala ritcher pun tak bangun-bangun. 
.
8) Rasa seperti “terjatuh” masa mula-mula nak terlelap adalah dipanggil sebagai ‘hypnic jerks’. Yang ni kelakar. Cuba rekod diri sendiri masa tengah hypnic jerks ni. Mesti macam, “kau dah kenapa doh terkejut-kejut macam kena panah petir.” sambil gelak melihat keunikan diri sendiri. πŸ˜‚
.
Menurut kajian, hypnic jerks adalah kesan daripada keletihan melampau dan pengambilan caffeine sebelum waktu tidur. Dan ia lebih cenderung berlaku pada ramaja atau orang muda-muda. Orang tua-tua dah biasa jatuh bangunan agaknya so chill je tak terkejut sangat dah. πŸ˜‚
.
9) Kurang tidur boleh membunuh lebih cepat berbanding kurang makan atau kurang minum. 
.
10) Ketahanan badan terhadap rasa sakit akan berkurangan apabila seseorang itu tak cukup tidur. Tu yang baru sentuh sikit, tapi dia punya mengamuk macam kena penampor buaya. Bawa-bawa la berehat kalau dah cenggitu ghopenya.
.
11) Orang yang telah mencapai kebebasan kewangan atau golongan hartawan adalah golongan yang dikatakan mendapat tidur yang paling sempurna. Huntunglahhh.. πŸ’Έ
.
12) Fear, fobia atau takut, dikatakan bukan punca utama bagi sesebuah mimpi buruk. Tapi faktor kesedihan, kemurungan, kekecewaan, rasa bersalah dan kekeliruan dalam diri yang sering menyebabkan mimpi buruk terjadi.
.
.
Sekian random sharing dari saya sempena World Sleep Day.
.
Good night, pipol!
Sweet dreams, 
Sleep tight,
And enjoy hypnic jerks! πŸ˜‚



Baju Haikal from LOOKISSLAH.

0 comments: