Layan Anak, Sambil Phone Kat Tangan

I was playing with Haikal, 
sambil pegang handphone kat tangan, 
busy replying whatsapp and emails.

Tiba-tiba --

Haikal: Mama tahu tak kenapa superman pakai spenda kat luar?

Mama: Err... Tak tahu.

Haikal: Nak tahu kenapa?

Mama: Nak.

Haikal: Superman pakai spenda kat luar sebab masa dia pakai spenda tu, dia tengah main handphone. So dia tak fokus sampai tak sedar spenda dia kat luar.

Mama: Errr..ok so?

Haikal: So macam mama sekarang lah. Nak main dengan Haikal, tapi layan handphone. Haikal tanya, mama tak jawab. Haikal cakap lain, mama dengar lain. Tak fokus langsung.

Mama: Sorry. 😑

Haikal: Macam mana kalau mama tengah bercakap dengan Haikal, tapi Haikal sibuk layan handphone. Mama suka?

Ok please stop. 
I. Am. Really. Sorry. 
Dah rasa macam kena tembak dengan bazooka dah ni. 😭

Kita manusia memang terlalu mudah lupa dan kena diingatkan setiap hari setiap masa, terutamanya tentang handphone. 
Kan? 😥

Jangan jadi macam saya yang sering terlupa,
dan jangan jadi superman yang pakai spenda kat luar.
Let's try to be better parents everyday.

Kita semua tak sempurna dan selalu sangat buat silap
Tapi tak salah untuk sentiasa bercita-cita ke arah yang lebih baik.

InsyaAllah setiap pengorbanan dan usaha, 
anak-anak akan nampak. 
Yang paling penting --
Allah nampak. 😊

Good night, everyone!



0 comments: