My happiness, is my responsibility

Recently, I read an article about mental health, 
dan ada satu part tu betul-betul kena tepat ke lubuk hati sanubari.

That article mentions, 
dalam dunia teknologi sekarang almost 80% manusia—
sebenarnya tak happy dengan diri sendiri, 
tak happy dengan apa yang dia buat, 
tapi HANYA “faking the happiness” untuk please people, especially di laman social.

Dan kebanyakan orang, 
meletakkan jumlah LIKE di social media sebagai penyebab utama untuk gembira. 
Ramai orang lebih suka meraih perhatian orang lain,
dan meletakkan happiness diri sendiri di tangan orang lain. 

Haaa hamik kau. 
Siapa rasa macam kena tampar? 😂

Buktinya?
When we post something, we only accept LIKES and COMPLIMENTS.
Dannnn kalau ada yang menegur, mengutuk, atau show something better than you have,
kita tetiba rasa down dan tak happy.

Kenapa saya kata statement ni betul-betul kena tepat ke lubuk hati sanubari?
Sebab few years ago, I used to be this kind of person.
A lifestyle blogger yang suka tulis panjang-panjang tentang diri sendiri. 😂
Siapa yang follow blog saya tahun 2010-2013, mesti tahu betapa tak matangnya perangaiku dulu ya rabbiii rasa nak bunuh diri bila teringat balik. Hahah.

And what makes me stop writing about my personal self to please people ialah–
sebab letih.

It's so true when the research says, 
orang yang buat sesuatu hanya untuk please people (memuaskan orang lain), 
hanya untuk gain attention orang lain,
supaya orang kagum dengan dia,
supaya orang sayang dia, 
supaya orang terima dia, 
adalah orang yang sebenarnya tak happy dengan diri sendiri.

So hari ni saya nak share some simple guide, 
yang saya sendiri buat selama ni,
in order to love myself more, 
to put my happiness as my #1 priority, 
and LESS PLEASING PEOPLE.
.

1) Sentiasa berada dalam keadaan sedar. 
.
When doing something, ask yourself—
Adakah aku buat ni untuk diri sendiri?
Atau untuk memuaskan orang lain?
Atau supaya orang puji? 
Atau sebab orang suruh? 
Atau sebab orang lain pun buat? 
.
Bila make up, bila dress up, bila ambik gambar, bila ambik video, bila post kat social media,
ask yourself that question.

Dan tanya diri, adakah benda ni betul-betul apa yang aku nak? 
Adakah benda ni betul-betul buat aku happy? 
Adakah benda yang aku buat ni, buat Allah bertambah redha dengan aku? 

Be extra careful, 
sebab kadang-kadang semua soalan ni kita jawab “yes”. 
Tapi most of the time, 
“yes” tu sebenarnya ialah “no”.

Tapi sebab kita ni in denial, 
so kita buat juga.

Contohnya,
Kita tahu kasut tu tak selesa, tapi kita pakai juga sebab cantik di mata orang lain.
Kita tahu baju tu tak menutup aurat dengan sempurna, tapi kita pakai juga sebab minggu lepas pakai, ramai orang puji.
Kita tahu anak kita tak suka bergambar, tapi kita paksa juga dia bergambar, sebab ramai kata anak kita comel.

Faham kan? 

Sebenarnya kita sedang menutup kecelaan diri, 
dan lebih kepada nak please people berbanding mementingkan happiness diri sendiri dan impian hidup sendiri. 

Menurut kajian, jika “mental problem” ni berterusan,
Self-worth dan confidence dalam diri seseorang tu lama kelamaan akan hilang.
Sebab kita dah meletakkan happiness diri sendiri di tangan orang lain.
Dan kita semakin tak percaya, 
bahawa kita boleh happy hanya dengan mengikut fitrah semulajadi dan keperluan diri. 


2) Pecahkan tradisi dan mentality salah.
.
Siapa yang memulakan penyakit “pleasing people” ni?

Jawapan nya--
Turun temurun.
.
Kita dah terbiasa dengan budaya membanding-bandingkan dan tengok orang lain.
“Tengok anak jiran sebelah tu, kecik-kecik dah hafal 20 surah.”
“Tengok anak paklang awak tu, petah bercakap sampai masuk pidato peringkat benua asia.”
“Tengok anak kawan mak ni, pandai buat kek, pandai cari duit. Sebab tu ramai orang sayang.”
.
Jadi lama-lama kita pun lebih cenderung nampak kelebihan orang lain,
dan hanya nampak kekurangan diri sendiri.
.
Budaya macam ni lah sebenarnya yang mengikis self-power dan originality dalam diri,
dan akhirnya hidup hanya untuk please people atau memuaskan hati semua orang KECUALI DIRI SENDIRI.
.
So let’s break this tradition.
Let’s appreciate our children for WHO THEY ARE.
For who Allah has made them.
STOP COMPARING.
.

3) Put your happiness first.
.
To be frank, 
dulu saya adalah orang yang suka buat orang lain happy,
dan ketepikan kebahagiaan diri sendiri, 
sebab saya rasa diri saya terlalu banyak kekurangan dan tak layak untuk rasa happy.

Tapi lama kelamaan, 
bila saya semakin letih happykan orang lain,
baru saya sedar, happykan diri sendiri juga penting.
.
So I start doing what I love to do and being who I love to be.
And based on those two factors, saya cuba bahagiakan orang yang betul-betul appreciate diri saya sepertimana yang saya mahu jadi.

I establish a connection between the things I love to do, and how they are beneficial for others. 

.
Being happy with yourself is not selfish.
It’s a responsibility—
to ourselves, and to other people.
.
So be happy with yourself, 
with every single thing you have in life,
and you will definitely make people around you happy as well. InsyaAllah 😊

Sekian perkongsian ringkas sempena Monday Blues. 😂




0 comments: