Psikologi Anak Remaja

Seperti yang dijanjikan semalam,
saya akan kongsi satu cerita tentang sorang anak remaja yang tiba-tiba datang jumpa saya, dengan ayat ni--
.
"Acik jiji, saya nak mati. Semua orang dah tak sayang saya termasuk mak bapak sendiri. Semua yang saya buat, semuanya salah di mata orang. Saya rasa nak duduk tengah jalan sampai kena langgar lori. Saya taknak hidup dah."
.
His name is Abu (ofkosss bukan nama sebenar),
he's 15 years old,
he's a son of my former neighbour.
.
Dia datang all the way dari sekolah,
terus ke rumah saya,
semata-mata nak beritahu, dia nak mati. 😑
.
Kalau situasi ni berlaku kat korang,
how would you react?
Marah?
Melatah?
Gelakkan dia?
Baling kasut?
Suruh dia jumpa pakar sakit jiwa?
Jumpa bomoh?
.
Tak boleh bayangkan kan?
So macam mana saya react?
.
I just imagined myself in his shoe, at his age.
Recall semula apa pergolakan perasaan yang dialami masa di umur dia.
Dan saya jawab pada dia--
.
"Pergi balik. Tidur."
😂
.
No.
Seriously.
I used to have this issue too, when i was a teenager.
.
Banyak kali rasa nak mati,
rasa give up dengan hidup,
rasa benci hidup dikawal mak bapak,
rasa nak bunuh diri,
padahal jauh di sudut hati,
langsung tak bersedia nak mati,
nak mengadap malaikat munkar nakir,
nak kena patuk ular dan kala jengking kat dalam kubur nanti.
.
Konon-konon je tak sabar nak mati.
Padahal sebenarnya nak attention,
dan nak rasa lebih disayangi je.
.
Biasa lah remaja--
bertuhankan perasaan.
.
Kita semua pernah alami fasa macam tu, kan?
Ke aku sorang je? 😑
.
So bila Abu datang rumah saya and talked about suicide, saya terus nampak diri sendiri dalam matanya.
A poor kid yang tengah depressed dengan segala benda, yang dah tak nampak apa-apa nilai pada diri sendiri, dan tiada sokongan emosi daripada sesiapa.
.
And when i asked him to go home and sleep.
He disagreed.
Alasannya--
dah penat tidur dan tiada apa pun yang berubah.
.
So i invited him for a heart-to-heart talk instead.
And here is our conversation,
yang saya sempat rekod tanpa pengetahuan Abu. 😉
.
Me: Ada apa-apa yang Abu nak kongsi dengan Acik?
.
Abu: *diam*
.
Me: Takde?
.
Abu: *geleng*
.
Me: Abu ada 2 pilihan. Satu, tak payah cerita kat sesiapa, dan tiada apa yang akan berubah dalam hidup Abu. Dua, kongsi dengan Acik dan mungkin ada sikit yang boleh selesai.
.
Abu: Tak tahu nak cerita cemana.
.
Me: Apa yang dah berlaku sampai Abu rasa nak mati?
.
Abu: Semua orang benci Abu.
.
Me: Semua orang tu siapa?
.
Abu: Mak ayah. Kawan-kawan. Cikgu-cikgu. Semua lah.
.
Me: Habis tu Abu datang rumah acik ni untuk apa?
.
Abu: Sebab acik je yang suka dengar Abu bercakap.
.
Me: That means, masih ada orang yang sayangkan Abu. Bukan semua orang benci abu. Kan?
.
Abu: *diam*
.
Me: Abu tahu siapa lagi yang sayang Abu?
.
Abu: Tak.
.
Me: Allah.
.
Abu: Tapi Allah tak bagi pun apa yang Abu nak. Hari-hari Abu susah. Hari-hari orang benci. Hari-hari kena marah. Hari-hari kena pukul. Abu doa banyak kali, tapi takde apa jadi pun. Abu belajar sampai penat otak, tetap gagal jugak. Abu try kerja macam-macam, sampai 2-3pagi, tetap miskin jugak. Abu try cari kawan-kawan baru, tetap kena game jugak. Mak abu kata, abu ni suwey. Abu ni bawa malang. Baik abu mati je lah acik!
.
*air mata abu mula bergenang*
.
Me: Hmm okay. Acik faham sangat-sangat perasaan abu sekarang. Abu tahu kenapa?
.
Abu: *diam*
Me: Sebab acik dulu pun pernah rasa apa yang abu rasa sekarang. Rasa kecewa, rasa tertekan, rasa benci diri sendiri, rasa putus asa, rasa nak mati. Tapi abu tengok acik sekarang, masih tak mati-mati lagi. Abu nak tahu kenapa?
.
Abu: Nak.
.
Me: Sebab sebenarnya ada baaaaaanyak lagi cara untuk ubah situasi ni, selain dari bunuh diri. Tapi mungkin Abu tak nampak.
.
Abu: Tapi bunuh diri lagi cepat. Abu kena langgar, abu mati. Habis cerita.
.
Me: Itu kalau mati. Kalau tak mati? Abu kena langgar, kena gilis lori, tapi tak mati. Kaki dah takde, tangan dah takde, tapi masih bernyawa. Macam mana?
.
Abu: *diam*
.
Me: Acik nak tanya satu benda, boleh?
.
Abu: Ape?
.
Me: Abu sembahyang?
.
Abu: Tak. Mak ayah pun tak semayang. Buat apa abu nak semayang. Dari kecik memang tak pernah belajar semayang pun.
.
Me: Okay. Kalau acik nak minta abu semayang, abu sudi tak?
.
Abu: Pehal pulak. Taknak ah.
.
Me: Sebab tadi abu cakap, abu dah belajar sampai penat otak, tapi masih gagal. Dah kerja keras, tapi masih takde duit. Dah buat macam-macam, tapi masih orang benci. Acik rasa tak salah langsung apa yang abu usahakan tu. Tapi acik rasa abu tertinggal satu step.
.
Abu: Ape?
.
Me: Solat.
.
Abu: Tak penting kot.
.
Me: Abu, Allah tak pernah janji, orang yang belajar 24 jam akan lulus. Allah tak pernah janji, orang yang kerja keras 24 jam akan kaya. Tapi Allah janji, "haiya alassolah, haiya alalfalah". Siapa yang jaga solat, dia akan berjaya. Pasti berjaya.
.
Abu: Tapi ayah abu tak pernah solat pun. Dia berjaya je.
.
Me: Berjaya macam mana?
.
Abu: Banyak duit. Boleh beli motor besar. Kereta besar. Umm tapi..
.
Me: Tapi apa?
.
Abu: Tapi perangai macam syaitan. Abu benci dia.
.
Me: Hmm. Abu sendiri dah nampak kan. Duit bukan ukuran kejayaan hidup sebenarnya. Dia mungkin berjaya dapat banyak duit, tapi dia masih gagal memelihara amanah Allah yang paling utama iaitu-- Anak. Abu rasa dia seorang bapa yang berjaya?
.
Abu: Memang tak ah.
.
Me: Acik taknak masuk campur hal keluarga abu. Bcoz now it's between me and you. Dan abu pun dah cukup matang untuk fikir tentang halatuju hidup sendiri. Kan? Abu buktikan yang abu boleh jadi jauh lebih berjaya daripada orang-orang yang bencikan abu. Boleh?
.
Abu: Tapi cemana?
.
.
Dan ini 3 benda yang saya suruh abu CUBA buat untuk permulaan--
.
1) CUBA belajar solat. I gave him youtube links tentang cara solat. 😂
.
Yang penting, dia solat.
Bcoz no solat, no success.
Solat--
walaupun merangkak, walaupun gagap, walaupun rasa awkward.
Allah menilai usaha, bukan kesempurnaan.
Tapi dengan usaha berterusan, pasti datang kesempurnaan. InsyaAllah.
.
2) Senaraikan 5 orang berjaya yang Abu kagumi, contohi dan nak jadi seperti itu.
.
Lepas siap senarai,
cuba tiru apa saje ciri-ciri BAIK yang ada pada orang tersebut.
Cara berjalan, cara makan, cara duduk, cara gelak, cara berpakaian, rutin harian, hobi, etc.
Bcoz the fastest way to be like those successful people, is by pretending to be them .
.
And abu said, "abu nak jadi macam acik jiji".
Erkk habis laa. 😂
.
3) Apa pun yang berlaku, sentiasa ingat untuk JAGA HATI SENDIRI.
.
Whenever you feel pressured, hated, or betrayed.
Remember to protect your heart first.
Jangan buang masa bersedih untuk orang-orang yang tak sepatutnya.
Protect your heart. Jaga hati.
Talk to people who love you.
Talk to Allah.
.
.
And before Abu left,
i told him--
.
"Acik boleh rasa yang satu hari nanti abu akan jadi somebody. Somebody yang sangat berjaya. Sebab dah banyak kajian yang acik baca, orang-orang berjaya kebanyakannya datang dari masa silam penuh dengan tekanan. Tekanan itu yang buat diorang jadi kuat macam incredible hulk sampai takde siapa boleh jatuhkan."
.
And abu replied with smile on his face. 😊
.
Mungkin bagi sesetengah orang,
ini adalah cerita biasa.
But to me, ia sangat bernilai.
Making people smile when they're depressed, is priceless.
.
Saya bersyukur dapat experience macam ni.
Kalau sebelum ni hanya mampu baca buku teori tentang isu adolescence.
Tapi kali ni dapat peluang practice apa yang dibaca.
Alhamdulillah 😊
.
And i always believe in Allah's message dalam setiap pengalaman yang diizinkan ke atas saya.
Macam dalam kes abu ni,
pasti ada pengajaran yang boleh saya ambil untuk jadikan saya orang yang lebih baik.
.
And these are some empowering lessons i learned from Abu's story:
.
1) Betapa attitude ibu bapa main peranan BESAR dalam pembentukan akhlak dan masa depan anak-anak.
.
2) Betapa EQ (emotional quotient) jauhhhh lebih penting berbanding IQ (intellectual quotient). 95% dalam hidup ini adalah tentang emosi emosi emosi! Anak yang ada IQ semata-mata takkan mampu survive under pressure dan cepat rasa nak bunuh diri. Tapi bila ada EQ yang bagus, anak akan jauhhh lebih survive, lebih matang, dan lebih rasional dalam hidup!
.
3) Betapa anak-anak remaja yang selalu kita anggap dah boleh berdikari ni, rupanya masih memerlukan perhatian yang tinggi daripada kita ibu bapa. So please jangan lepas tangan!
.
.
And if you guys wonder why did i share the whole conversation with abu,
saya sebenarnya nak korang perhatikan cara saya communicate dengan abu.
I actually practiced some tips yang saya pelajari dari pembacaan psikologi adolescents.
.
1) Always ask questions yang minta minor response. Seperti angguk geleng, nak taknak, ya tidak, etc. But don't ask WHY or WHY NOT.
.
2) Don't deny their feelings. Be in their shoes. Dan tunjuk yang kita pun rasa apa yang dia rasa. Don't say things like "Awak ni tak bersyukur. Awak tak fikir elok-elok. Awak ni melampau."
.
3) Jangan mengungkit. Contohnya, "Sia-sia je 9 bulan mak mengandungkan kamu!". Bukan permintaan budak tu pun minta dikandung. Itu mak ayah nya yang meminta lalu melakukan sesuatu di malam hari. 😂
.
4) When talking to them, use your heart (emotion), not logical brain. Anak remaja perlukan sokongan emosi, bukan fakta teori atau statistik! Dan remember to speak calmly.
.
5) Ikut cara Rasulullah SAW layan anak--
.
0-6 tahun : Layan seperti raja
7-13 tahun: Layan seperti hamba
14-20 tahun: Layan seperti kawan
21-tua: Serahkan kepercayaan tapi teruskan menasihat
.
6) LISTEN to them, walaupun mereka tidak bercakap.
.
Macam mana tu?
Lihat hobi dia.
Lihat kawan-kawannya.
Lihat tingkah lakunya.
Lihat perubahan tubuh badannya.
Lihat pergaulannya.
Lihat aktiviti dia di media sosial. (I secretly create a fake wechat account to observe Abu's activities 😉)
So whenever anak nampak macam depressed, hilang kawalan atau sedih, terus beri perhatian.
Be the first hand to help.
.
.
Phewww.
Ok dah.
Tu je perkongsian hari ni.
Penat menaip dari pagi. 😂
.
Semoga bermanfaat untuk semua!
Dan please doakan Abu.
Saya percaya, Allah takkan menganaiya hambaNya.
Acik Jiji loves you, Abu. 


0 comments: