"Saya terlalu sibuk dan takde masa untuk anak."

Hampir setiap hari saya terima FB inbox / email tentang--
MACAM MANA NAK JADI IBU BAPA YANG BAIK UNTUK ANAK-ANAK, KALAU DAH HARI-HARI SIBUK BEKERJA?

Pergi kerja, anak belum bangun. 
Balik kerja, anak dah tidur. 
Anak lebih rapat dengan bibik berbanding mak bapak sendiri, 
sampai anak pun dah terer cakap indon. 

Itu antara keluhan yang saya terima almost EVERYDAY. 

I totally understand that parents nowadays kedua2nya terpaksa keluar bekerja untuk menampung kos sara hidup yang semakin tinggi dan bebanan hutang yang terpaksa ditanggung. 
Plus, ada juga yang terpaksa buat 2-3 kerja to gain side income. 
Membanting tulang pagi petang malam untuk beri keselesaan kepada keluarga dan anak-anak. 

So much respect untuk orang-orang macam ni! 💪

Majority of us nowadays are struggling to survive life under financial constraints. 
Dalam social media pun, 
hampir setiap hari kita baca tentang keadaan ekonomi dan financial constraints yang dihadapi. 
For some people, they just have no choice. 
Terpaksa keluar bekerja dan meninggalkan anak-anak. 

Bila baca keluhan dan rintihan ibu bapa bekerja, 
saya rasa amat bersyukur sebab diberi peluang dan rezeki untuk menjadi ibu/isteri sepenuh masa di rumah. 
Tapi dalam masa yang sama, rasa berkobar dan bertanggungjawab untuk bantu apa saje yang saya mampu lakukan, 
untuk golongan ibu bapa berkerja. 
InsyaAllah. 

Untuk pengetahuan, saya--
adalah salah seorang anak kepada ibu bapa bekerja. 
Ibu bapa saya dulu, masing-masing merupakan professor di sebuah universiti tempatan. 
Dan kedua-duanya sibuk yang teramat! 

Tapi! 
Kami 6 beradik langsung tak pernah rasa terabai dek kesibukan mereka. 
Dan sentiasa rasa "keberadaan" ibu bapa bersama kami, 
walaupun mereka selalu sahaja ke luar negara atas urusan kerja. 

Banyak kali saya tanya mama ayah saya, 
"How did you do it last time? How did you manage work and parenthood at the same time?"

Jawapan diorang setiap kali saya tanya-- 
"Entah." 😂

Seribu kali tanya, 
tu lah jawapan dia. 
Memang membazir air liur je tanya. 😂

Tapi apa yang saya ingat, 
mama ayah selalu pesan dua perkara ni kepada kami 6 beradik:

1) Kalau kita niatkan setiap pekerjaan yang kita lakukan kerana Allah, Allah pasti akan permudahkan setiap urusan kita, termasuk lah urusan membesarkan anak-anak. 

2) Dalam hidup ni, kita tak perlu tahu bagaimana untuk lakukan semua benda. Tapi kita perlu tahu dan yakin, apa yang kita mahu capai di penghujungnya nanti. Orang macam mana kita nak jadi, kehidupan macam mana yang kita nak, ibu bapa macam mana kita mahu jadi untuk anak-anak. Bila kita nampak goals kita, dan betul-betul nak capai, Allah pasti tunjukkan jalan untuk ke arah itu. 

Sama macam parenting. 
We don't exactly know how we should raise our children. 
Tapi kami (my parents) tahu, yang kami mahukan anak-anak yang surviving life successfully, 
dan sentiasa sayangkan kami sebagai ibu bapa sampai bila-bila. 

So berdasarkan matlamat itu, 
we took small steps at a time towards it everyday, 
we grew along the way, 
and alhamdulillah we became closer to our goals. 

Siapa yang tunjuk jalan ke arah goal itu? 
Our instincts and of course--
Allah. 
😊

Di atas prinsip mudah itu, 
they did great in carrier and in parenthood. 
And I'm so proud to call them--
MY PARENTS. 😊

Thanks ma Fatimah Corazon Abdullah & ayah Nasir Saadon 
I wish i could emulate your parenting skills for your cucu. 😑

Untuk semua ibu bapa bekerja, 
yang SUPERBUSY di luar sana, 
saya nak share beberapa tips yang mungkin boleh meringankan beban and to help you juggle with work & parenthood better. 
InsyaAllah. 

Yang baik, ambik. 
Yang kurang baik, buang jauh-jauh. 
Okay? 

Macam biasa, 
baca dengan hati sambil bayangkan wajah anak-anak. 😉

1) Buat persediaan pada malam sebelumnya. 

Perasan tak, hidup kita lebih terurus dan teratur bila kita buat perancangan harian lebih awal. 

Bak kata ayah saya, 
"Semua orang ada 24jam. Kita sebenarnya bukan takde masa, tapi kita tak pandai rancang dan urus masa mengikut keutamaan (prioritising)." 

So setiap malam, 
buat to-do list untuk esok, 
sediakan bahan2 masakan untuk masak esok (for those who prepare home-cooked meals), 
sediakan baju untuk dipakai esok, 
siapkan beg kerja / beg sekolah anak untuk esok, 
dan kemas rumah sikit-sikit asalkan nampak "presentable" supaya bila kita penat balik kerja esok, rumah akan beri good emotions kepada kita. 


2) Untuk ibu-ibu yang sediakan home-cooked meals untuk keluarga, plan your meals for one week terus. 

Mungkin ada sos, rencah, sambal, atau pati yang korang boleh masak siap-siap, 
packed kecik-kecik, 
dan masukkan dalam fridge. 
Bila nak masak kang, campak je dalam kuali.
Tak perlu terhegeh setiap kali nak masak, 
nak kopek bawang, 
tumbuk cili apa semua. 

Macam daging, ayam, ikan apa semua. 
Siap-siap siang, potong, selawat, dan letak dalam fridge.

Pastikan semua bahan-bahan mentah dah ready-to-cook untuk seminggu terus. 
Selain boleh jimatkan masa, 
cara ni boleh kurangkan hustle nak membasuh banyak benda lepas memasak jugak. 😁


3) Limitkan waktu shopping groceries. 

Buat sebulan sekali atau dua kali je kalau boleh. 
Menurut kajian, most parents become stressful bila terlalu kerap groceries shopping dengan anak-anak. 
Terutama bila anak-anak tantrums dalam supermarket. 
Last-last mak bapak pun tantrum sekali.
Terus terbalikkan troli kat situ jugak. 😂

Salah satu sebab anak tantrum adalah mereka mahukan perhatian dan masa berkualiti dengan ibu bapa. 
Dah la anak-anak jarang dapat bermanja dengan ibu bapa, 
bila ada peluang, asyik nak pergi shopping je pulak. 
So kalau boleh, kurangkan aktiviti yang berpotensi bagi anak tantrum seperti groceries shopping. 

Kalau ada khidmat online groceries yang boleh terus hantar ke rumah, 
GUNAKAN. 


4) Bila kat tempat kerja, kerja betul-betul. 

Stay focused. 
Gunakan masa di tempat kerja dengan sebaiknya untuk selesaikan semua tugasan dalam to-do list. 

Stay positive. 
Kekalkan state of mind yang baik. 
Kekalkan emosi yang baik. 
Good state of mind & emotion bantu otak berfungsi dengan lebih productive.

Tetapkan niat. 
Aku bekerja hari ni kerana Allah, 
untuk dapat keberkatan Allah, 
untuk menyara keluarga dan anak-anak yang di-amanah oleh Allah. 

InsyaAllah urusan di tempat kerja dipermudahkan, 
dan anak-anak dijaga oleh tangan-tangan yang baik. 


5) Asingkan kalendar kerja dengan kalendar keluarga. 

Pastikan semua jadual sekolah anak, events keluarga , family special occasions, urusan sekolah anak-anak, housechores, semua diletakkan dalam kalendar keluarga. 
Dan tak dicampur aduk dengan kalendar kerja. 

Kalau anak-anak yang dah besar, 
boleh involve them in family management. 
Boleh delegate house chores / daily routine plan kepada mereka. 

Bila dah ada kalendar keluarga macam ni, 
kita lebih aware dan ingat tanggungjawab terhadap keluarga. 
Dan anak-anak pun "nampak" effort ibu bapa untuk merancang hari bersama mereka. 


6) Tinggalkan kerja di tempat kerja. 

Kajian mengatakan, kecanggihan teknologi hari ni menyebabkan lagi susah orang nak tinggalkan kerja di tempat kerja. 
Dah sampai rumah pun masih check whatsapps, emails, etc. 

Dan para majikan juga gemar mengganggu pekerja di luar waktu bekerja. 
Padahal pekerja dibayar mengikut masa kerja yang sepatutnya sahaja. 

Perlu ingat, 
masa di rumah adalah HAK ANAK-ANAK. 
Kalau kat rumah pun kita still fikir pasal kerja, 
bermaksud kita menganaiya anak-anak. 

So nak senang, 
bila dah sampai rumah, 
phone letak tepi. 
Tetapkan masa, contohnya 8-10pm --
NO PHONE AT ALL. 

Tapi kalau dah terpaksa juga bawa balik kerja ke rumah, 
seboleh-bolehnya jangan buat kerja ketika anak sedang mahu bermesra dengan ibu bapa. 

Sediakan satu ruang khas untuk buat kerja kat rumah. 
So that u know, 
itu sahaja ruang untuk bekerja. 
Luar dari ruang tersebut, 
adalah ruang bersama anak-anak. 


7) ME TIME, is a must. 

Ini bukan selfish. 
Tapi hak asasi setiap manusia. 

Setiap manusia perlukan me-time untuk re-program minda, re-focus dan re-calibrate fungsi badan dan otak. 

Pastikan setiap ibu bapa bekerja dapat me time sekurang-kurangnya 30 minit sehari, sekali seminggu. 
Menurut kajian, me time dapat bantu seseorang itu mengembalikan fokus dan productivity dalam rutin harian. 
Plus, orang yang dapat me-time, 
akan jadi orang yang lebih happy dan bersyukur. 


8) Komunikasi sangat penting. 

Ini antara sebab utama saya dan adik beradik tak pernah rasa terabai walaupun ibu bapa kami teramat sibuk--

KOMUNIKASI. 

Tapi zaman tu takde handphone. 
Takde whatsapp. 
Macam mana kami berkomunikasi? 

Ada macam-macam cara. 
Bila ibu bapa kami balik kerja, 
diorang banyak bercakap, bercerita dan menyanyi dengan kami. 
Ibu bapa kami suka peluk anak-anak sambil meluahkan perasaan mereka. 
Dan sesekali, mama saya akan tulis surat untuk anak-anak. 

Untuk apa? 
To keep us aware, that they love us so much.
Supaya kami sentiasa ingat, 
mereka sibuk bekerja, kerana mereka sayang, dan mahu beri hidup yang terbaik untuk anak-anak. 😊

Komunikasi berterusan macam ni yang buat kami anak-anak betul-betul faham dan hargai kesibukan ibu bapa. 

Good communication--
keep us close, appreciate and love each other. 


9) Buang segala expectations. 

Kita selalu impikan rumah yang sentiasa cantik, bersih, kemas, 
makanan yang fresh dimasak setiap hari, 
dan anak-anak yang "well-behaved" setiap hari. 
Kan? 

In life, 
for us to be happy and stress-free, 
kita perlu buang semua expectations / perfections.
Hidup di dunia ni memang takkan pernah sempurna. 
Takkan pernah indah sepanjang masa. 
Sebab tu ia dipanggil, DUNIA. 
Bukan SYURGA. 😑

Belajar untuk bertenang dan terima segala flaws yang berlaku dalam hidup. 
Tak perlu compare hidup kita dengan orang lain. 
Setiap keadaan kita berbeza. 
Sentiasa percaya, Allah itu adil, 
dan setiap keadaan yang diberi, ada hikmah. 
Kutip setiap kebahagiaan kecil yang ada, dan bersyukur. 

Sesekali rumah bersepah, 
sesekali anak mis-behaved, 
sesekali bini masak tak sedap,
sesekali duit kering, 
sabar.. 

Ingat balik kebaikan dan kebahagiaan kecil yang pernah dilalui. 
Tak mungkin takde langsung. 
Pasti ada. 

Hidup ni bukan tentang baik buruk sesuatu keadaan yang kita alami, 
tapi tentang sikap kita terhadap keadaan tersebut. 
Dan Allah--
sentiasa memerhatikan sikap itu. 


10) Find an intensive family activities during off days/ weekends. 

Weekends & off days adalah masa yang paling ditunggu-tunggu oleh anak-anak. 
Masa ni la anak jadi lebih manipulative nak meraih attention mak bapak. 
Maka bapak pulak sibuk tengok TV, makan, main phone, tidur, repeat. 😂

Lakukan aktiviti yang lebih intensif untuk create bonding yang lebih kuat dengan anak-anak. 
Buat sesuatu yang challenging atau beri anak pengalaman baru. 
Tak semestinya pergi bercuti. 
Di rumah pun boleh. 
Cari aktiviti yang tak pernah dibuat, 
yang melibatkan kedua-dua pihak, 
ibu bapa dan anak-anak. 

Memasak sama-sama ke, 
buat aktiviti lakonan, tarian, nyanyian ke, 
basuh kereta sama-sama ke, 
apa-apa lah. 

Atau cari mana-mana aktiviti dianjurkan berdekatan rumah, 
yang melibatkan komuniti/masyarakat setempat. 

Contohnya gotong royong ke, 
berkelah ke, 
main layang-layang ke. 

Atau sign up aktiviti Lookisslah Tee Art Playgroup yang saya anjurkan setiap bulan, 
di seluruh Malaysia. 
It's an intensive Parent-Child activity. 

Boleh follow Page LOOKISSLAH supaya tak ketinggalan dengan pengumuman tarikh dan lokasi program, 
atau lihat #LookisslahTeeArtPlaygroup untuk tengok program yang pernah dianjurkan sebelum ni. 😎


Sekian 10 tips untuk ibu bapa bekerja. 
Semoga bermanfaat dan boleh diamalkan. 

Apa pun keadaan kita sekarang, 
tak perlu menyalahkan diri sendiri atau takdir. 
Yakinlah, semua ini adalah ujian, 
dan setiapnya pasti berhikmah. 

Bekerja atau tidak, 
Banyak masa atau tidak, 
Banyak duit atau tidak, 
sama-sama kita bercita-cita untuk jadi ibu bapa yang lebih baik buat anak-anak. 
InsyaAllah hari demi hari, 
langkah kita menuju ke arah cita-cita tersebut. 
Amin. 😊

Selamat bekerja, semua! 
Ikhlaskan hati dan niatkan setiap perbuatan kerana Allah. 
Selesaikan amanah di tempat kerja elok-elok, supaya balik nanti boleh gomol anak puas-puas! 


Untuk lebih banyak tips keibubapaan dan tips psikologi santai tentang parenthood, boleh dapatkan 2 buku saya.
Dalam buku tu ada banyakkkkkk lagi tips yang akan buat korang tak boleh stop baca. 😉

Boleh dapatkan di kedai buku Popular / MPH / Kinokuniya.
Atauuuu kalau nak signature dan free gift dari saya, boleh order directly from me! 

Whatsapp je:
016 217 3349 

Have a nice day, pipol! 



0 comments: