"Sebab mak pun tak cakap elok-elok."

Tadi ada sorang anak jiran datang rumah saya. 
Dengan muka monyok dia bagi salam, 
terus melangkah masuk bila saya bukakan pintu. 
Dia punya monyok kalah orang putus cinta. 
Padahal umur baru 10 tahun. 😂

Me: Kenapa pulak ni? 

Anak jiran: Takde pape. 

Me: Kalau takde pape kenapa datang rumah acik? Dengan muncung macam kuda laut. Takkan takde pape? 

Anak jiran: Bosan duduk rumah. Mak saya marah2. 

Me: Mak awak marah mesti bersebab. Kan? 

Anak jiran: Entah la. 

Me: Cuba lah bincang elok2. Kalau awak cakap elok2, mesti mak awak pun lembut hati dengan awak. 

Anak jiran: Macam mana nak cakap elok2? Mak saya pun tak pernah cakap elok2. Dengan ayah saya pun dia tak pernah cakap elok2. 

😑
CHECKMATE. 

That is how we affect our children with our attitude and behaviour.

They see. 
They imitate. 
And they become. 

Kita semua tahu fakta ni. 
Tapi SELALU LUPA! 

Kita selalu lupa nak tunjuk akhlak yang baik depan anak-anak. 
Sedangkan, we always expect good akhlak from the children, all the time. 

Memalukan.
Kan? 

Anak jiran yang datang rumah saya tadi, bukan setakat datang untuk didengari. 
Tapi untuk menyampaikan peringatan kepada diri saya juga. 

If you ask me, siapa yang paling patut baca buku parenting #3Kertas3Krayon3PenselWarna dan #WhySoSeriousParents
my answer would be--
ME. 

As parents, we should always be reminded and equipped ourselves with the right knowledge, 
EVERY SINGLE DAY. 
It's very important to know how to be a good parent, to not only show good akhlak in front of the kids, 
but also behind them. 

Sebab kita sentiasa ada these little beings around yang sentiasa perhatikan perangai kita, 
mencontohi perbuatan kita, 
dan menjadi SEPERTI KITA. 
They imitate the energy, the vibes and the language inside us. 

Remember--
If you don't like the way your child responds to you, 
change your response towards him (and everybody else) first. 

Always try to be that person you want your children to be. 
Sebab cara paling efektif untuk ubah sikap anak adalah dengan mengubah sikap diri sendiri. 

So malam ni, 
kita renungkan sama-sama. 
Yang dah lepas, biar lah lepas.
Maafkan diri sendiri, 
dan terus berazam untuk jadi lebih baik setiap hari. 

Bukan hanya untuk anak-anak, 
tapi untuk diri sendiri--
agar layak dapat redha Allah. 

#TerimaKasihAnakJiran
#ThatsWhyIHaveMyBooksWithMeAllTheTime
#INeedToBeRemindedAndSlappedEveryday😂
#3Kertas3Krayon3PenselWarna 
#WhySoSeriousParents 
#SharingIsEmpowering



0 comments: