Tak salah letak sasaran pada anak, tapi.....



Silapnya bukan pada "letakkan sasaran” tu, sebab hidup memang perlu sentiasa ada sasaran. 
Tak salah untuk ibu bapa letakkan cabaran dan sasaran untuk diatasi dan dicapai oleh anak-anak.
.
Yang salahnya adalah —
meletakkan sasaran secara membuta tuli.
Tanpa peduli potensi dan kemampuan pada anak itu sendiri.
Dan lebih teruk , 
meletakkan sasaran berdasarkan potensi dan kemampuan yang dilihat pada anak orang lain!

Dapat mak bapak camni,
baling lesung batu je. πŸ˜‘

Bila tengok anak kawan sepejabat dah lancar membaca pada umur 4 tahun,
terus paksa anak sendiri lancar membaca.
Dengan alasan, 
anak si Senah tu boleh, anak aku mesti lagi boleh!
.
Yakin dengan anak sendiri tu bagus.
Tapi over-confident secara tak berasas tu malapetaka!
.
Banyak ibu bapa yang saya jumpa, 
yang PAKSA anak-anak membaca sebab TAKUT KETINGGALAN, 
bukan sebab nak anak betul-betul kuasai kemahiran membaca untuk dimanfaatkan dalam hidup.

Ada yang ajar anak membaca dengan kekerasan, 
sampai anak belajar membaca sambil menangis!
Siap cakap kat anak—
“Tengok anak kawan Mama tu, 4 tahun dah hafal banyak surah lazim. Awak ni, ba baris depan pun tak tahu baca. Tak malu ke?”

Oh kamon.
#WhySoSeriousParents?
Kenapa sampai macam tu sekali? 

Macam mana kalau tiba-tiba anak paksa kita hafal quran?

Tetiba anak cakap —
“Mak kawan saya tu dah hafal 30juzuk sejak umur 18. Mama yang dah 30 ni yasin pun tak hafal lagi! Tak malu ke?”

Kau rasa?
Mampu?

Adil ke bila anak membandingkan kita dengan ibu bapa lain, dan meletakkan sasaran di luar kemampuan kita?

Mau kita sumpah anak tu jadi peti ais. 
Derhaka sangat. πŸ˜‚

So kalau kita faham analoginya,
kenapa kita sanggup buat benda yang sama pada anak-anak?
Nak jadi peti ais jugak ke? πŸ˜‘

Sedangkan kita dah lama tahu bahawa minat, potensi, kemampuan dan kebersediaan seseorang manusia itu berbeza-beza.
Sasaran dan cabaran yang diletakkan perlu bersifat individu,
dinilai secara individu, 
dan tidak sepatutnya dibanding-bandingkan.

Banyakkkkk kali saya dengar ibu bapa mengadu—

“Jiji, anak saya dah 6 tahun, tapi belum pandai baca lagi. Suruh pegang buku pun taknak. Next year dah darjah 1. Saya takut nanti dia dimasukkan ke kelas khas atau kelas budak lembap. Macam mana?”

Ini jawapan saya—
SO WHAT?

What’s so wrong with “kelas khas”?
Malu?
Takut orang fikir anak kita lembap?
Biar la diorang nak fikir apa pun!

What matters most is—
apa yang kita fikir pasal anak kita sendiri.
MALU dan TAKUT ORANG CAKAP itu masalah dalam diri kita sendiri sebenarnya.
Kita ada kuasa untuk pilih nak rasa apa, 
dan nak pandang “kelas khas” tu macam mana. 

Kalau kita pilih untuk pandang “kelas khas” itu sebagai kelas untuk anak-anak lembap, 
maksudnya kita sendiri tak percaya dan was-was dengan kelebihan yang Allah dah jadikan pada anak kita.

Atau dalam erti kata lain—
kita munafik.

Maaf, kalau keterlaluan.

Tapi bukan ke Allah dah janji,
setiap manusia yang dijadikan adalah sebaik-baik kejadian,
dan mempunyai peranan tersendiri sebagai khalifah atas mukabumi.

Dan kita pilih untuk tak percaya, was-was dan rasa MALU dengan anak sendiri?
Tak percaya pada potensi dan uniqueness yang ada pada anak sendiri?

DESAK anak pandai macam-macam,
gunakan kekerasan dan paksaan,
dan berlagak seolah-olah dah didik amanah Allah itu dengan penuh hemah?

Apa lagi perkataan yang sesuai untuk kita, 
selain munafik?

Bagi saya, there’s nothing wrong with the so called “kelas khas” atau “kelas pemulihan”.
It’s just a name.
.
Let’s change our mindset--

“My child would be so lucky kalau dimasukkan ke dalam kelas khas. Sebab kat kelas tu nanti, the teachers would be more attentive and personalised to my child’s needs. My child will get to learn at his own pace. And he will be less pressured, happy to learn and gain knowledge.”

Sekurang-kurangnya kita tak mematikan impian dan self-esteem anak-anak dengan melabel anak sendiri sebagai –
“budak kelas lembap”.

Walau apa pun kelas,
walau apa pun sekolah—
takde beza.

Yang berbezanya adalah setiap anak-anak kita.
They are all beautifully unique and special.
And we don’t have to change that.
Because the world needs all the uniqueness and differences.
Baru lah fun!

Asalkan anak-anak gembira untuk pergi sekolah setiap hari,
menuntut ilmu,
develop their life skills along the way,
open up their minds,
get to learn from others’ differences,
dan bukan untuk kejar-straigt-As-sebab-mak-bapak-paksa semata-mata.

Cuba tanya diri,
berapa ramai kawan-kawan kita yang dulunya kelas corot,
yang kononnya lebih lembap berbanding kita yang memanjang straight As ni,
yang finally lebih berjaya, ada surviving skills yang luar biasa, dan “otak lebih gila-gila” berbanding kita?

Sangat ramai.
Kan?

Bukan lah bermaksud sekolah dan akademik tu tak penting.
Tapi ia bukan segala-galanya.

Alam persekolahan sepatutnya adalah satu fasa untuk anak-anak belajar dalam keadaan emosi yang baik, to bring out the best in themselves.
We shouldn't take it too hard and make it difficult.

Indeed, education is very important.
Tapi let our children take their time.
Let them learn in their own pace.

Education—
tak sepatutnya dijadikan perlumbaan, untuk tengok siapa cepat siapa lambat.
Atau pertandingan, untuk tengok siapa pandai siapa bodoh.

Sebab yang cepat, tak semestinya menang,
yang lambat, tak semestinya kalah.
Yang pandai, tak semestinya pandai dalam semua perkara,
yang bodoh, tak semestinya bodoh dalam semua perkara.

Every child is born to be successful—
in their own ways.

Anak-anak yang gembira dan sentiasa “fall in love” with the learning process,
takkan rasa jemu untuk upgrade ilmu sepanjang hayatnya.
Dan itulah sebenar-benar kejayaan yang kita mahukan.

Wujudnya unsur paksaan, kekerasan dan perbandingan dalam proses menimba ilmu, hanya akan mematikan minat dan semangat anak-anak untuk terus memajukan diri.

Dan bagi saya, ajar anak membaca dengan mamaksa sampai anak nangis-nangis,
hanya akan buat anak CEPAT membaca untuk memuaskan keinginan ibu bapa,
tapi TAKDE MINAT membaca untuk menimba ilmu pada masa akan datang.
Sampai satu tahap, mereka akan kembali menjauhi buku dan tak suka membaca.

Macam kita sendiri,
would you like to learn the Qur’an, if the teacher is too harsh and imposes very high expectation?
Forcing you to master the Quran without considering your emotions and ability, sampai jadi burden dan rasa terpaksa untuk belajar.
.
Mungkin kita pergi pancitkan tayar kereta cikgu tu lepas habis kelas.πŸ˜‚

So please dear parents.
Jangan letakkan sasaran yang terlalu tinggi dan tidak berasas pada anak sehingga mematikan fitrah asal mereka yang sememangnya LOVE TO LEARN.

Rilex, and break down the process,
Let them achieve small-small success in their daily routine.
Because small success will always lead to a bigger success, insyaAllah.

Biar anak jatuh cinta dengan proses pembelajaran.
So he will continuously love to learn and find the right knowledge to bring out the best in themselves, 
and eventually make you a proud parent.

Imagine your child come to you and say —
“Mama, terima kasih kerana sentiasa percayakan saya. Kejayaan ini untuk Mama.”

#ProudMoment 
#insyaAllah




Untuk lebih banyak tips parenting, read my BESTSELLER books:
Why So Serious, Parents (RM39)
3 Kertas 3 Krayon 3 Pensel Warna (RM45)

To purchase:
Whatsapp: 011 5289 0825 
www.wasap.my/601152890825

0 comments: