Tiga benda yang saya belajar daripada anak-anak kecil


Ada tiga benda yang saya belajar daripada Ashraf Haikal dan anak-anak kecil yang hadir dalam hidup saya. 
Setiap kali saya rasa helpless, 
atau semangat hilang entah kemana, 
saya akan "pinjam semangat" daripada fitrah anak-anak kecil ni.

1) Always be curious. 

Anak-anak tak pernah penat untuk belajar dan gain knowledge baru setiap hari. 
Adaaaa je benda yang diorang nak tahu. 
Adaaaa je benda diorang nak tanya. 
Apa itu apa ini, 
kenapa itu kenapa ini kenapa kenapa kenapa (ni soalan cepucemas yang mampu buat mak bapak rasa nak terjun bangunan bila tak dapat jawab 😂).

2) Always be happy for no reason. 

Anak-anak memang periang. 
They always choose to have good emotions. 
Asyik nak main, asyik nak gelak, sentiasa happy! 

Kalau ada benda tak kena pun, 
sekejap je moody nya. 
Takde sampai berhari-hari berminggu-minggu siap luahkan dalam timeline FB. 😑

They never hold negative emotions for too long. 
They don't overthink. 
They don't make negative assumptions. 
They don't hold grudge.
And they have that powerful ability to SWITCH their emotions, just like that. 

Sebab tu anak-anak lebih mudah bersangka baik dan sentiasa "nampak" the bright side in every situation. 
They don't see problems. 

Baru je 2-3 minit lepas kena marah/jatuh/gaduh, 
tetiba selang beberapa minit dah boleh gelak-gelak macam takde apa-apa berlaku. 
Aihh senang betul hidup awak ye. 😂

3) Always fight tirelessly for what they want. 

Ingat tak macam mana anak kita mula-mula belajar berjalan dulu? 
Bukan main banyak kali tersadung, terjatuh, tertonggeng, termelepek kat lantai, tersembam kat pintu, terjerobos ke dalam rak baju sebab tak reti brek 😂

Punya lah payah nak berjalan. 
Tapi ada tak, lepas 3 kali jatuh diorang terus stop trying? 
TAKDE. 
80 juta kali jatuh pun diorang masih bangun dan cuba berjalan lagi. 

Because they believe in themselves, 
satu hari nanti aku pasti boleh berjalan macam orang lain. 
So they keep going, 
sampai lah boleh berjalan, berlari, lompat bintang, kejar ayam, dan lari pecut bila nampak mak pegang rotan. 😂


Itu lah--
anak-anak kita. 

They taught us to stay motivated in life.
They taught us to focus on the goals, not problems. 
They taught us to fear less, and believe in ourselves more. 
They taught us to maintain the healthy state of mind by maintaining good emotions. 
They taught us to learn new things everyday. 

Indah--
betapa anak-anak mengajar kita melalui fitrah mereka sahaja. 
Kan? 
😊

Good morning, everyone! 
Have a good day, 
and remember to show your best attitude! 

Don't forget to read your daily declaration, guys! 
(Hanya orang-orang yang dah beli buku #3kertas3krayon3penselwarna je paham nih 😉)




0 comments: