Talk to your kids like Cristiano Ronaldo talks to his ball ;)

Lain macam tajuk hari ni. 🤭

Hello semua!
Yesss, saya dah kembali menulis semula di sini!

Blog ini--
asal usul saya. 

Sebelum nama "Adlil Rajiah" tu jadi hype meniti di bibir-bibir ibu bapa muda (eceh),
blog kecil ini lah permulaannya.

It feels so good dapat kembali menulis di sini,
untuk anda yang masih setia.
So hari ni, hanya kita-kita,
macam dulu-dulu. Heheh

Ok back to our Ronaldo's Ball topic.
Ball ye, bukan balls. 😑

Hari tu saya ada tonton satu video tentang Cristiano Ronaldo reveal his secret about how his team wins almost all football match yang dia participate.
Walaupun world cup kali ni Portugal kalah, tapi Cristiano Ronaldo sendiri sebenarnya diisytihar pemain bola sepak terbaik dunia selama 5 tahun berturut-turut.

Haa power kan?
Dah la handsome, muscular, gigi cantik dan menggiurkan.  
Eh tiba. 😋


So dalam video tu, dia reveal satu powerful secret formula yang dia guna sejak umur belasan tahun sampai lah sekarang, dan dia sangat percaya bahawa formula itu lah yang buat dia menang dan naik sebagai pemain terbaik dunia dengan mudah.

And here is his BIG SECRET--

Ronaldo kata, setiap kali sebelum match dia akan buat tiga benda ni:


1) Setiap pagi, dia akan habiskan masa 4-5 jam dalam bilik, seorang diri. Dan apa yang dia buat adalah, pejam mata dan bayangkan SETIAP KEADAAN YANG DIA MAHU BERLAKU ketika perlawanan itu nanti.

Dia akan visualize satu per satu secara terperinci --
dia sepak bola masuk goal, crowd tepuk tangan, dia nampak mak dia tepuk tangan,
dia nampak satu stadium sorak untuk dia, etc.
He visualises EVERYTHING yang dia mahu in details.
Dan proses visualization ni diulang berkali-kali sampai dia betul-betul percaya benda tu adalah REAL. And dia juga akan pastikan team dia pun buat benda yang sama.



2) Dia ada a very strong and positive beliefs in his mind. He always believe that he's the champion, walaupun sebelum bertanding.
Kata Ronaldo--

"Walau apapun yang orang sekeliling mahukan, walau apapun yang mereka cakap, 
saya yakin saya nombor satu. Dan saya tak pernah ragu-ragu tentang itu."

Haa dia punya yakin akan menang tu melepasi angkasaraya tau!
Dan yang paling ahmazing,
Ronaldo siap cakap, dia tak takut kalah. Sebab dia tahu dia takkan kalah.

"I never lose. It's either i win, or i learn."

Hmm baiklah abang ronaldo. Baiklah 😌



3) Dan last sekali, masa latihan sebelum perlawanan, selain bercakap dengan team dan coach,
Ronaldo juga akan BERCAKAP DENGAN KASUT DAN BOLA!
Macam orang gila kan?
Orang gila pun tak pernah bercakap dengan kasut. Hahah.
Tapi itulah rahsia kemenangan dia!

Masa latihan, Ronaldo akan ambil bola, letak kat depan muka dan cakap dengan bola tu lebih kurang macam ni--

"Nanti bila aku sepak, kau kena terbang tinggi, dan terus masuk net. 
Kau kena laju, elak goalkeeper, elak pihak lawan, pastikan terus masuk net."

Haa lebih kurang camtu la kalau di-translate-kan dalam bahasa pasar tani. :P
Dan dia akan ulang-ulang-ulang ayat yang sama kat bola tu.
Sampai bola tu angguk. 
Ok angguk tu tipu. ;D

Lepas setel cakap dengan bola, dia akan ambik kasut pulak, dan buat benda yang sama.
Dia ambil kasut, letak depan muka, dan ulang-ulang cakap--

"Aku suka pakai kau sebab kau laju, sepakan kau tepat dan kuat, kau laju kejar bola, kau pandai bawa bola sampai kat net. Kau  memang terbaik."


Haa.
Itulah method PROGRAMMING yang Ronaldo si champion ni guna sejak sekian lama!

Lepas tengok video tu, saya terduduk.
Satu, sebab terlalu mindblown.
Dua, sebab omg handsomenya rasa nak pengsan. ;D

Dan tiba-tiba, saya teringat pada satu ayat yang saya belajar dari guru NLP saya:

"Kau boleh tentukan sesuatu perkara, when you know how to make unconscious conscious.
When you are able to tap into your SUBCONSCIOUS MIND."

Dannnnn that's exactly what Ronaldo's secret is all about!


Rupanya Ronaldo tak gila bila bercakap dengan bola dan kasut.
Dia sebenarnya tahu, 70% yang mengawal minda, tindakan, emosi dan persekitaran dia adalah subconscious mind.
Dan untuk capai kejayaan yang dia bayangkan,
dia hanya perlu selarikan subconscious dan conscious mind tersebut.
Sebab hanya dengan cara itu, minda dan keseluruhan anggota akan 100% "sedar" dan "menuju" ke arah kemenangan yang dibayangkan.


Dan tahukah anda,
teknik yang sama ini juga boleh digunakan untuk PROGRAMMING MINDA ANAK!

Kita semua impikan atau bayangkan sesuatu tentang masa depan anak-anak kita. 
Kita semua nak tengok anak-anak capai sesuatu dalam diri dan hidup mereka.
Kan?

Contohnya,
kita mahu anak kita jadi orang yang baik dan berguna,
kita mahu anak kita bercakap dengan penuh adab,
kita mahu anak kita rajin solat,
kita mahu anak kita bangun pagi dengan gembira,
kita mahu anak kita jadi orang yang berdisiplin,
bla bla bla.

Selain menasihati anak, dan jadi contoh yang baik kepada mereka,
kita juga perlu programkan subconscious mind mereka.
Supaya mereka juga "tahu" dan "mahu" menuju ke arah misi yang sama.

Waktu untuk bercakap dengan subconscious mind anak,
adalah waktu anak baru tidur, dan beberapa minit sebelum mereka bangun tidur.

Caranya macam ni--

Tulis 5 ayat ringkas tentang perkara yang kita mahu anak capai. 
Dan ayat-ayat tu mesti lah MACAM DAH CAPAI,
mesti POSITIF (takde words "tak, takkan, taknak, etc)
dan MUDAH UNTUK DIBAYANGKAN.

Contohnya:
"Haikal anak yang rajin. Haikal selalu tolong mama kemas mainan.
Haikal selalu tolong mama kemas katil."
"Haikal anak yang sabar. Haikal suka senyum. Haikal cakap elok-elok."
"Haikal pandai berkawan. Haikal ada ramai kawan. Ramai orang sayang Haikal. Ramai orang suka main dengan Haikal. Sebab Haikal baik. Haikal suka share mainan. Haikal suka buat orang lain happy."

Haa itu contoh.
Make sure ayatnya ringkas-ringkas je.

Bila anak dah tidur, baring sebelah dia, 
dan gosok ubun-ubun dia sambil ulang-ulang satu per satu ayat tadi.

Sebut dengan jelas, dan tenang.
Jangan pulak kau pergi jerit kat telinga budak tu.
Dapat mak kuat berletiaq camni, hempok kan aje dengan kayu hoki. ;D

Slowly je. Tapi sebutan kena jelas.
Dan ulang ulang ulang ulang ulang banyak kali.

Beberapa minit sebelum anak bangun tidur,
ulang lagi kaedah yang sama.

I actually did this for Haikal too.
And I guess itu juga yang banyak bantu saya tap his mind dan dia tap mind saya,
untuk kami sama-sama capai sesuatu perkara dengan mudah.
And of course dengan pertolongan Allah. :)

Method ni sebenarnya boleh mula buat sejak anak dalam kandungan lagi.
Jangan sangka baby tak faham apa yang kita cakapkan.
Sebab baby la yang paling boleh read dan feel mind ibu tau.

Bola dan kasut pun boleh paham bila ronaldo cakap ngan dia.
Ini kan pulak baby yang bernyawa tu kan.
Of course dia faham, dan dia rasa.


So mulai hari ni--
let's talk to our kids, 
like Ronaldo talks to his ball.

Semoga bermanfaat :)
Have a good Monday, everyone!